Total Pageviews

Saturday, February 23, 2013

dah mula dah.....

hmmmmmmm..........hajat dihati nak update blog setiap hari, tapi apakan daya kekangan kerja kadang2 tak memungkinkan angan dan impian kita direalisasikan. kerja, kerja, kerja......dah mula dah sibuk memanjang.  bila dah sibuk memanjang, mood dan emosi pun kadang2 berubah....tengah sibuk dan mengejar masa janganlah ada yang menyentap... huh, boleh stress dan meroyan dibuatnya. 
 masa tu kalau kerja yang kena buat memerlukan penggunaan computer, tetiba laptop buat hal...huh rasa nak buang je laptop kat sungai bemban.  hmmmm...gerammm...kalaule boleh ditelan kumakan, ku kunyah2 laptop tu agaknya....

  

dah mula dah....................  baru2 ini, mama stress giler sebab laptop buat hal.  dah mula dah.....'hang' la dan macam2 masalah lagi.  maklumlah laptop yg 'sewaktu' dan sebaya dengannya lama dah 'dikapankan'.....  fikir punya fikir, dpd dok stress gunakan  kau baik aku beli yang baru...!!!

kerja pun satu hal jugak.... semenjak dua menjak ni, hampir semuanya perlu gunakan 'online'.....dari sekecil-kecil 'task' kepada yang serumit-rumitnya.  semua nak 'online' tapi server very the slow.....

dah mula dah, masuk tahun baru, bulan baru.......meeting tak habis2.... dari meeting dalaman sampai la ke meeting di jabatan, semua nak kena attend... faham2 jela kalau dah attend meeting tu maknanya adalah kerja menanti..... fuh, kerja lagi...dah mula dah pening kepalo den....mana nak buat dulu ek,,....

dalam kita dok sibuk buat kerja kita ada pulak sosek2 , bla..bla...bla..... kononnya mama kena tukar sekolah..... dengar citernya adala sebuah sekolah baru tu yg memang dekat dgn rumah, perlukan seorang lagi cikgu macam mama ni....  seorang kawan yg kerja kat sekolah tu siap tepon mama lagi beritahu kononnya nama mama dah disebut-sebut di sana.... kebetulan pulak guru besar sekolah tu pun kenal mama, kawan sekelas masa sambung belajar dulu..  guru besar tu suruh kawan tadi call mama dan pujuk supaya mama pergi melobi di ppd, jumpa sipolan bin sipolan....



 mama kena melobi? ish, tak biasalah..... mama pasrah je, kalau betul 'rezeki' mama kat situ mama terima saja..jadi, cuma tunggu dan lihat....dah mula dah, khabar2 angin tersebar.......

tup2, isnin lalu... surat pertukaran betul2 sampai ke pejabat..... tapi bukan mama calonnya, sebaliknya orang lain.... orang ni pulak macam tak puas hati.... macam nak mama ambil alih pulak dan buat mama serba salah dan rasa bersalah.... fuh, gawat ni.....

dengar khabar juga, kononnya memang ppd nak mama ke sekolah baru tu, tapi bos mama pulak yg tak benarkan......  wah, terasa diri ni macam berharga jugak.... yelah, pening kepala bos nanti sebab kalau mama yang keluar, siapa lak yg nak sambung kerja2 mama nanti.... banyak tu.... ha, kan...dah mula dah...stress ooo.....



Wednesday, February 13, 2013

Muzammil vs Sidiq

Ada sorang budak ni... dulu tersangatlah nakalnya... puas mama cuba nak tackle, tapi hampeh....
tahun 2010, dia ni dtg mendaftar di sekolah kami sebagai murid baru.. pindah dari Kedah nun...umurnya masa tu 10 tahun.. oleh sebab dia tak bawa bersamanya dokumen atau buku rekod pencapaian prestasi, dia pun dimasukkan ke kelas 4c.   Muka dia comel je... gigi depannya jarang, tapi itu menambah lagi manis diwajah..  di awal2 tahun dia baik saja..  pandai membaca, kira dialah yg paling pandai dlm kelas tu.  Tpi masuk bulan ketiga persekolahan, dia dah mula tunjuk belang.  Ada saja kes yg dibuatnya.. mama yg masuk mengajar di kelasnya pun selalulah tension... sebab dia suka sangat mengganggu 'ketenteraman awam'.. Ada saja murid yang disakatnya hingga menangis.  Kalau nama bilik kaunseling tu, boleh dikatakan setiap hari ada muka dia, maklum budak bermasalah..



Turut berpindah sama ke sekolah ni ialah mak dia.  Kebetulan mak si muzammil ni apply kerja sebagai pekerja sekolah dan diterima.  Pernahlah juga berbual dgn mak dia...  Katanya dia berasal dari Ipoh, Perak.  Kedah tu tempat kerja bekas suaminya.  Kampung asal datuk dan nenek Muzammil pulak di Jasin.  Tu yg mak Muzammil balik ke Jasin tinggal dgn neneknya.  Kenapa tak balik Ipoh?  Kata ibunya sebab dia ada masalah dgn ibubapanya.  Hmm, patutlah Muzammil nakal semacam, rupanya dtg dari keluarga yg berpecah-belah.


Alkisahnya, bapa Muzammil ni pergi tanpa pesan masa Muzammil dua tahun. Adik permpuannya pula baru lahir.  Beberapa tahun kemudian, selepas sah bercerai. kebetulan dtg jodoh jadi ibunya berkahwin lagi dgn seorang askar.  Tu yg dok kat kem di Kedah tu.  Alkisahnya lagi, bapa barunya dapat wang pencen askar.  Masa tu ibu Muzammil dlm pantang bersalin adik tirinya.  Agaknya bila dpt duit yg entah berpa ribu tu, bapa tiri muzammil jd lupa diri dan menceraikan ibunya.  Sejarah berulang.


Menurut kata ibunya, Muzammil ni mmg nakal sangat sampai dia pun tak tahu apa nak buat.  Jiran2 pun dah banyak mengadu tentng kenakalan Muzammil.

Thun ni Muzammil dah masuk Tahun 6. Dh nak UPSR.  Kebetulan pulak mama ajar dia lagi.  Kali ini dia nampak jauh berubah.  Ada kesungguhan untuk belajar dan tak nakal macam dulu. Ibunya dah tak kerja kat sekolah ni lagi.  Sejak tahun lepas ibunya dah bekerja di hotel Jasin sebagai pembantu tukang masak.  Dengar cerita, bapa tirinya dtg mencari ibunya nak rujuk semula tapi ibunya dah serik.  Mungkin duit dah habis joli, jadi baru teringat anak bini. Apa2 pun mama selalu berdoa agar Muzammil akan berjaya dlm pelajaran dan jadi anak yg berguna, sebab mama nampak ciri2 seorang yg bertanggungjwb itu ada dlm dirinya.



Adik mama si Idah tu pulak lain ceritanya.  Tahun lepas dia dpt anak segera.  Kisahnya adik ipar Idah dah bercerai dgn suaminya dan masing2 dah kawin lain.  Yng jadi mangsa anak2 lah.  Anak2 yg empat org tu terpaksa tinggal dgn datuk mereka kerana ibu dan bapa baru masing2 tak nak terlibat langsung dlm soal memelihara anak bekas suami dan isteri tadi.  Sidiq anak ketiga yg baru berumur lapan tahun tu nakal sungguh.  Maklumlah sejak kecil tinggal dgn datuk.  Oleh kerana datuk dah uzur, dah tak sanggup lagi menjaga cucu2, si datuk serah kembali cucu2 kepada anak2 dan bekas menantu.  Masing2 menggelabah.   Sidiq dan si kakak diambil oleh ibunya tapi setakat seminggu dua saja.  Awal tahun lepas, si ibu tinggalkan Sidiq di rumah Idah mintak Idah bela.  

Hmm.... mcm2 hal yg berlaku sejak Idah dpt Sidiq.  Hampir setiap hari jiran2 dan guru2 mengadu halnya.  Dari hal mencuri sampailah membuli.   Idah dah naik pening hingga akhirnya tak sanggup lagi menjaga Sidiq.  Dengarnya, Sidiq diambil kembali ke kampung ayahnya di Kedah untuk dipelihara oleh ibu saudara di sana pulak. 

Mama pun tak pasti kesudahan cerita Sidiq ni.  Harap2 dia pun dapat jadi anak yang soleh yang baik sebaik namanya.

'Moral of the story', ibu bapa kalau boleh janganlah bercerai-berai. Kalau terpaksa bercerai pun sama2 lah sepakat uruskan hal anak2.  Jangan biarkan anak2 terbiar kekurangan kasih sayang macam dua kanak2 tadi. Mama percaya, Muzammil dan Sidiq tu jadi begitu kerana mereka sebenarnya memberontak.  Mereka tentu kecewa bila ibu atau ayah tinggalkan, pergi tanpa pesan, hilang tanpa berita.  Kalau ada pun, mereka jadi macam bola, sepak sana, sepak sini sebab ibu dan ayah pentingkan diri mereka sendiri.  Mujur ada datuk atau saudara yg belas, tolong bela.  Tapi mana nak sama kasih ibu dan ayah kandung sendiri.  Nak marah, sedih sangat tapi tak tau pada siapa nak mengadu, jadi mereka lepaskan semua perasaan marah, sedih , kecewa tu pada org lain.  Mama percaya ramai lagi kanak2 yg sama seperti Muzammil dan Sidiq.   Malang sungguh nasib mereka.

Tuesday, February 12, 2013

bahulu dulu dan bahulu sekarang

buah hulu? baulu ?atau bahulu? apa2 pun pasti ramai yg tau, kenal dan suka makan kuih tradisional ni.....

teringat masa kecik2 dulu, bila menjelang raya mulalah mak dan org kg sibuk jemur tepung dan gula.. lepas tu tumbuk lak gula nak jadikan gula halus.... bila tiba hujung minggu mama dan adik2 jadi mangsa 'buli' mak... kena 'pukul' telur dan gula dalam pasu...  alat pemukul pun tradisional.. sekarang
ni tak pasti ada lagi ke tidak sepsis pmukul macam tu

e...

lama nak kena pukul tu.. selalunya bergilir dgn idah....kdg2 udin pun kena jadi mangsa gak... esah dan ajak rasanya tak merasa zaman tu sbb zaman diorang rasanya mak dah guna pemukul elektik...

lepas tu bila dah berat, maknanya adunan dah naik... mak ceduk sikit dan campur dgn tepung gandum.. pastu macuk dlm acuan dan bakar.. bakar lak guna sabut kelapa... pehhh.. asap tak payah citerla.. pendeknya kalau nampak asap berkepul, maknanya tuan rumah tengah bakar kuih...


masa time bakar kitorang seronok menunggu... terlupa sekejap kepenatan memukul tadi... bau kuih buat kami macam nak terbnka puasa... dlm hati selalu berdoa supaya kuih bahulu tu hangus sikit, bukan apa.. kalau hangus ada canlah kami merasa bahulu tu waktu berbuka nanti...

 

bila kami dah dewasa sikit, mak dah tak buat kuih bahulu lagi, tapi mak lebih gemar buat 'bahulu pekak'.....  ia masih menggunakan adunan yang sama cuma bahulu ni dibakar dalam acuan yg besar ala2 kek gitu.... mama suka juga makan bahulu pekak ni sebab lembut ala2 kek span...
.
 baru2 ni abang ada beli kuih bahulu .....  ada seorang saudara terdekat abg yg buat bisnes bahulu...  ingatkan bahulu biasa je.... sekali gigit, hmmm lembut.. kali kedua terasa macam ada sesuatu dlm bahulu tu.. oh, rupanya bahulu tu ada jem nanas. sedap juga... selain dpd jem, ada juga bahulu dgn coklat cip dan mcm2 lagilah...  begitulah kreatifnya org kita...

cuma, hati ingin juga nak tahu penerimaan org dulu2......  boleh ke diorang terima bahulu moden ni?  kalau org yg kuat memperjuangkan keaslian kuih ini mesti tak suka kalau kuih ni di'modenkan'.  Mama tengok anak2 mama pun tak berapa gemar bahulu berjem tu... kalau bahulu biasa, lama dah habis diorang 'ngap'... anak mama yg sulong suka sangat makan kuih bahulu cicah air....  bila dah berjem ni nampaknya diorang kurang berminat mungkin sebab rasanya yg terlebih manis....

anak2 ada mencabar mama... mintak mama buat kuih bahulu..... hmm resepi ada dah, tapi........ macam biasalah... cari alasan, sibuk kononnya..  hati tu ada juga ingin mencuba, tengoklah sehari dua lagi atau sebulan dua lagi atau, tunggulah...... kdg2 abang pun ada berangan...., katanya pencen nanti dia nak ajak mama usahkan sesuatu makanan dan pasarkan...hmmm..berangan bolehlah, tak kena bayar pun...hihi...

 sebenarnya dulu waktu anak2 kecik2 lagi, mama dah puas memasak dan mencuba mcm2 resepi.....tapi sejak anak2 membesar ni, mama dah rasa malas....  mama lebih selesa membeli dpd membuatnya.. maklumlah, sekarang ni macam2 ada.... nak makan pau, beli je pau frozen.. balik rumah kukus sekejap.... rasanya pun lebih sedap, dapur tak semak, badan pun tak penat.... karipap, donat, cucur badak dan macam2 lagi ada..... yg penting duit adala....


Monday, February 4, 2013

Pilih-pilih menantu...jom layan.!

Badan letih, kerja banyak....  kebosanan pun menjengah, jadi nak hilangkan bosan jom le layan citer ni...  mama dapat cerita ni dari pak cik mama di Muar.  Masa tu kami hantar pengantin anak abang Long, si Awie..
Pak cik mamaa ni memang selalu meriuhkan suasana dengan cerita2 dia....

Kisahnya begini... jenggggg...
Tersebutlah kisah sebuah keluarga di utara tanah air.  Dalam keluarga ini ada seorang anak gadis mereka yang sedang meningkat remaja.  Cun jugalah, jadi ramailah yang mencuba nasib masuk meminang.

Suatu hari ada rombongan meminang dari kampong seberang.  Macam biasa, si ayah akan interview wakil rombongan.  Macam2 yang ditanya... termasuklah pekerjaan jejaka yang akan jadi menantunya nanti. 

"Apa koje [kerja] bujdak lelaki tu?" lebih kurang begitulah kot soalannya.  Wakil pihak lelaki menjawab dengan sopan dan rendah diri.

"Ala, kerja drebar je.."

Ayah si gadis tadi mencemik. 

"Tak pelah kalau lagu tu..., nanti teman tanya kt anak teman dulu.."

Wakil jejaka pun minta diri untuk pulang.  Dari riak wajah ayah si gadis, mereka tahu dah, fahamlah yang ayah gadis tu tak berkenan dengan pekerjaan  drebar itu.

Beberapa hari kemudian, datang pla satu lagi rombongan meminang. 

Belum sempat pihak perempuan bertanya, pihak lelaki berkata dengan megahnya.

"Anak buah kawan ni kerja enjin nyiuk.."

Wah, tersenyum lebar ayah si gadis.  Maklumlah seorang enjin nyiuk datang meminang anak daranya.  Tanpa berfikir panjang, ayah gadis itu berkata, "Jadi....! Bulan depan juga kita nikahkan depa ni.."

Hari yang ditunggu pun tiba.  Meriah sungguh majlis perkahwinan uda dan dara.  Ayah si dara tadi senyum sampai ke telinga.  Lega sungguh hatinya.  Setiap kali tetamu bertanyakan pekerjaan menantunya, dia akan menjawab dengan bangga, "Oh, menantu teman ni enjinnyiuk.."

Menantu dan anaknya tinggal bersama mereka.  Hari berlalu.... si ayah hairan melihat menantunya... setiap hari pergi bekerja naik kapcai saja... pakaian pun buruk.  Balik kerja pulak pakaian menantunya berminyak-minyak.  Kotor sungguh.  Bau tak payah bayangkanlah.

Suatu hari si ayah bertanya menantunya.

"Nak, kenapa pakaian hang selalu kotoq.  Penuh minyak.  Hang ni pi kerja tang mana?"

"Saya kerja kat kilang nyiuk pak.  Jaga enjin nyiuk.... tu pasailah berminyak.."

Terlopong si ayah, sampai tak sedar mulutnya ternganga..... lalat ka, nyamuk ka masuk pun dia tak sedaq.  

"La, bukan ka hang ni enjinnyiuk [engineer}?"

Kecewa sungguh si ayah. Sangkanya menantunya tu seorang engineer..... rupanya cuma technician kat kilang minyak kelapa.....!!!

Nak jadi cerita, beberapa hari kemudian, dia terserempak pulak dengan wakil rombongan si drebar dulu.  Si drebar tu pun ada sama.

"Inilah anak buah teman yang kerja drebar tu....drebar kapai terbang...!!!"

Si ayah tak terkata apa dah...

Thursday, January 31, 2013

Kita sebenarnya.....................

 
Kita sebenarnya....
Lebih gembira menyambut 1 Januari
 daripada 1  Muharram
 
Kita sebenarnya.....
Lebih tahu apa itu 14 Februari
daripada 12 Rabiulawal
 
Kita sebenarnya...
Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad
daripada hari Jumaat
 
Kita sebenarnya....
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada
mendengar azan
 
Kita sebenarnya...
Lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada
sembahyang
 
Kita sebenarnya....
Lebih tahu tentang artis pujaan daripada
nama nabi-nabi ALLAH
 
Kita sebenarnya....
Lebih suka menyebut hai,..hello! daripada
Assalamualaikum
 
Kita sebenarnya...
Lebih suka menyanyi daripada
 berwirid, bertahmid
 
Kita sebenarnya...
Lebih suka memuji manusia daripada
memuja Pencipta kita sendiri
 
Kita sebenarnya...
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada
membaca buku-buku agama
 
Kita sebenarnya...
Lebih suka ke konsert, karaoke daripada
ceramah agama
 
Kita sebenarnya...
Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada
memuji mereka
 
Kita sebenarnya...
Lebih cintakan urusan dunia daripada
urusan akhirat
 
Tetapi......
Bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab
KITA SEBENARNYA...
Lebih suka menuju ke syurga daripada ke neraka.
LAYAKKAH KITA?
Layakkah kita melangkah ke syurga milik ALLAH swt?
 
Lalu...
Siapa sebenarnya kita?
 
 


Monday, January 28, 2013

Nurul Refaya

Nurul Refaya bt Ayob Devan.   Seorang anak berumur 11 tahun yang sangat baik budi bahasanya.  Setiap kali terserempak dengannya pasti dia mengucapkan salam dan menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kita.  Sebelum berlalu dia akan mengucapkan terima kasih dan memberi salam sekali lagi.  Tutur katanya penuh kelembutan.  Tingkahlakunya sentiasa menawan. Cuma dia agak ketinggalan dari segi pelajaran.  Pun begitu, setiap guru tidak jemu memberi didikan demi didikan.    Masih mama ingat lagi tahun lepas, Refaya menangis sedih kerana pemergian mama ke tanah suci.  Sehari sebelumnya, sempat dia menghadiahkan sehelai kain batik untuk mama.   Pernah juga bertemu dengan kedua ibubapanya.  Masyaallah, ibu dan bapanya juga begitu bersopan santun tatkala berbicara.   Bertuah Refaya mendapat didikan ibu dan ayah yang begitu.  Ibunya berasal dari India, 'pure' India Muslim tapi amat fasih berbahasa Melayu.  Bapanya India Malaysia, seorang mualaf.  Hanya bekerja sebagai pembuat roti canai di sebuah kedai makan di Melaka, manakala ibunya tidak bekerja.

Minggu pertama persekolahan 2013, mama panggil Refaya dan kawan-kawan perempuan kelasnya seramai lima orang.  Maklumlah kelas hujung, tak ramai murid perempuan.  Tahun ini mama tak mengajar di kelas mereka.  Mama hadiahkan mereka gelang dan cincin dari Mekah.  Gembira betul mereka, terutamanya Refaya.  Dia memeluk dan mencium mama selepas minta izin untuk berbuat demikian.  Kawan2 Refaya mulanya hanya memandang tetapi kemudian membuat perkara yg sama.  Betul, kadang2 Refaya mempengaruhi kawan2 dalam bab memberi salam ini.  Itu yang mama dapat lihat sisi positif dirinya.  Esoknya, dia memberitahu yang ibu dan bapanya berkirim salam.  Dia juga mengatakan yang ibunya sakit.  Ayahnya pula sedang bercuti kerana kecederaan kaki akibat kemalangan.  Kata Refaya, ibunya akan pulang ke India untuk berubat.  Mama tanya sakit apa, "migrain, mak saya sakit kepala teruk.  Sudah pergi hospital pun tak baik juga."

Dua hari kemudian Refaya  datang berjumpa mama.  "Teacher, tolong doakan mak saya."

"Kenapa mak Refaya?"

"Petang ni mak balik India.  Refaya tak ikut, Refaya tinggal sini dengan adik dan ayah."

Pagi Jumaat lepas, dia datang lagi bertemu mama.  "Teacher, hari ini Refaya last day sekolah sini.  Refaya nak pindah India."  Kemudian airmatanya mengalir.  Dia menangis teresak-esak.  Mama terkejut.  Serius beanrkah penyakit ibunya?  Sudah seminggu ibunya pulang ke India. 

"Refaya rindu mak ye?" dia mengangguk.  "Refaya tinggal dengan saya nak? Jadi anak saya..."  dia diam. "Saya sayang Refaya tau.." diam lagi.

"Boleh, tapi...."

"Oh, Refaya nak jaga mak ye?  Mak sakit kan? Tak apa, banyak pahala tau kalau Refaya jaga mak...tapi kalau Refaya rasa nak tinggal kat sini, Refaya boleh tinggal dengan saya." dia mengangguk.

Tengahari itu mama lihat ayah Refaya datang ke pejabat.  Kebetulan mama sedang berbincang dengan guru besar, jadi mama tak dapat bertemu ayah Refaya untuk bertanya hal anak2nya itu.   Selesai perbincangan, mama bergegas cuba mendapatkan ayah Refaya, tapi malangnya dia sudah berlalu.  Mengikut maklumat dari kerani sekolah, ayah Refaya telah menghantar borang pertukaran anak2nya ke India.  Bila ditanya, rupanya ibu Refaya mengidap tumor otak dan akan menjalani pembedahan beberapa hari lagi.  Anak2 tidak mengetahui penyakit ibu mereka.  Ayah Refaya kata, dia sebatang kara di Malaysia.  Dia sudah dibuang keluarga kerana memeluk Islam.  Sedangkan keluarga isterinya ramai, alim dan agak berada. Kalau mereka masih di sini, tiada sesiapa yang akan membantunya menjaga anak2 bila dia keluar bekerja.   Bapa mertuanya yang mendesak mereka berpindah ke India. Kos penerbangan semunya ditanggung oleh keluarga ibu Refaya.  Ayah Refaya akan kembali semula ke Malaysia selepas menghantar kedua-dua anaknya.  Sedih mama mendengarnya.

Tak lama kemudian, Refaya dan adiknya datang berjumpa kami.  Mereka bersalaman sambil menangis teresak-esak.  Refaya berjanji akan datang lagi hari ini [Isnin], kerana guru pra-sekolah iaitu guru kelas adiknya akan membuat jamuan utnuk mereka, tapi nampaknya penantian mama hampa.  Sebenarnya mama dah berniat untuk menghadiahkan Refaya dengan senaskah al-quran yang mama beli di Mekah, tapi tak kesampaian.  Mungkin Refaya sudah pun terbang ke India.  Semoga dia bahagia di sisi ibu dan saudara-maranya nanti.  Dia akan bersekolah agama di sana.  Dia akan memakai jubah hitam.  Doa mama agar ibunya cepat sembuh dan Refaya pula menjadi anak yang solehah.  Amin...Sejujurnya, mama amat sayangkan Refaya.  Sudah berpuluh tahun mama di arena perguruan, dan sudah beratus[ mungkin beribu] anak2 murid mama, tapi Refaya adalah murid yang istimewa di hati ini.
  
*mungkin beginilah penampilan Refaya bila dia dewasa nanti..




Tuesday, January 22, 2013

Menuju Perubahan

Sejak pulang dari Mekah dan memegang title hajjah, walaupun bukan mama minta gelaran itu, mama terasa-rasa yg kawan2 sekerja selalu memerhati gerak-geri, tindak-tanduk yg mama buat.  Kadang2 rasa tak selesa.   Tapi ada bagusnya juga, sekurang-kurangnya mama akan sentiasa ingat dan waspada.  Dan sekurang-kurangnya, diri ini akan sentiasa ingat akan Allah, sentiasa bersyukur kpd-Nya.  Sentiasa juga berhati-hati agar tiada kesilapan dari segi tutur kata dan tingkahlaku jangan sampai menyinggung perasaan org lain.

Ada seorang kawan bangsa India di sekolah mama ni.  Nama saja India tapi tak fasih pun bahasa Tamil sebab dia bersekolah di sekolah kebangsaan masa kecilnya dulu.  Cukup rajin dan kuat bekerja.  Suatu hari tu, mama panggil seorang kawan dari kantin.  Biasalah, kenalah jerit sikit sebab kawan tu jauh juga dari mama.  Tiba2 kawan India ni boleh pulak tegur, "Akak, akak sudah lupa ye? Akak kan dah hajjah...mana boleh menjerit...."  Pulak....!!!  Habis tu takkan nak berbisik, sah2 la kawan tu tak dengar ..

Yang pasti, tahun ini mama rasa lebih tenang, lebih mudah kawal emosi dan Alhamdulillah, cerita2 menarik dari Mekah pun kadang2 boleh mama gunakan semasa mengajar dan budak2 pun suka mendengar.  Betul kata orang, kalau sudah menunaikan rukun Islam kelima itu, kita akan rasa 'ringan' kepala.  Terasa macam satu bebanan dan hutang sudah kita langsaikan.  Alhamdulillah...  Jadi, kepada kawan2, sahabat2, adik2 mama, cepat2lah sempurnakan tuntutan ini jika sudah ada kemampuan...  Pasang niat dari sekarang, Insyaallah Allah maha mendengardan semoga Allah memperkenankan doa kita..aminnn..

Mama pula, mudah-mudahan Allah mudahkan untuk mama mempersiapkan diri menuju perubahan.  Perubahan ke arah menjadi muslimah sejati, berazam menjadi yang lebih baik, yang boleh pula menjadi contoh kepada orang lain.  Insyaallah....