Total Pageviews

Thursday, August 30, 2012

kenduri vs rumah terbuka

musim org kawin dah kembali.....minggu pertama syawal dah ada jemputan kawin....belum kira jemputan rumah terbuka lagi...aduhai, hampir setiap hari lah pulak jemputan rumah terbuka ni......dari kawan2, anak2 murid dan ajk pibg....semua jemput sampai tak larat nak hadir....kdg2 rasa serba salah, tak pergi salah, pergi pun salah...iyelah kalau dah berebut-rebut open house sampai dua tiga rumah setiap hari.......!! bila pulak badan nak rehat oi...terutama tang perut.....baru je 'mesin' pengisar makanan berehat sepanjang ramadhan, tup2 bila syawal menjelma dia kena 'kerja' lagi kuat pulak.  Tak heranlah kalau selepas ramadhan, hospital dan klinik2 penuh sesak...ada je yg tak sihat....yg selsema, batuk, cirit-birit..ish3x.....macam2 lah.....

  tu dia...........makanan2 yg 'menjolok mata'.......hehe.

 makan...makan......banyak lagi tu...

Tapi hari tu mama ada tonton TV Alhijrah, tak ingatlah pulak nama ustaz tu....katanya kita WAJIB hadir majlis kenduri kahwin.....tetapi TIDAK diwajibkan untuk kita hadir rumah terbuka...so, pikir2lah sendiri....kalau rasa larat nak biarkan dapur rumah tak berasap [ mmg tak berasap pun dapur zaman ni] , silalah ke rumah2 yg terbuka tu...


Terlanjur cerita pasal makan ni, mari kita sama2 renung2kan adab2 yg perlu ada dan
diamalkan semasa menghadiri majlis makan2 tak kirala kenduri ke, rumah terbuka ke.....
ni mama copy paste je dari blog orang......harap tuan punya blog tak marah...sekadar berkongsi info...tergelak mama membacanya....jom baca..

Antara adab-adabnya :

(1). Jangan komplen secara terbuka pada tuan rumah yang menu masakan tak sedap,
menu sikit, air tak manis, tak sejuk lah.. Dah dpt makan free diam je .. Syukur lah.. 

haha Syrupmasin

(2). Dah habis makan tu sila la blah dengan segera jika tengah ramai orang berdiri
mencari tempat duduk kosong.. Jangan u alls dok hisap rokok, borak-borak berjam-jam..
Kalau nakberbuat sedemikian jugak, Sila bawa kerusi sendiri dari rumah !


(3). Makan di tempat yang disediakan untuk tetamu, bukan di tempat makan pengantinataupun masuk rumah tuan rumah sambil On TV.. 



(4). Makan dengan gelojoh teramat sangat macam setahun tak jumpa nasik..
Sehinggakan orang sebelah naik menyampah lalu menempeleng u alls laju-laju..

(5). Bawak kengkawan seramai 10-20 orang yang tidak dijemput oleh tuan rumah
dengan alasan ingin berteman.. 

ha.....amacam? menarikkan? terima kasih kpd alifharis.blogspot.com.

Sunday, August 26, 2012

Ramadhan oh Syawal

lama tak update blog ni....tak sangka pulak ada 'peminat setia' yg tanya...nape lama tak blogging?  hihi......walaupun yg menjadi 'peminat fanatik' tu anak sendiri ke, adik-beradik ke..., terasa juga 'terharu'  [ewah].....ada juga peminat yg rajin mengikuti cerita2 yg entah apa2 ni...

Ramadhan lepas tak banyak peluang nak berblogging sebab tak cukup masa.....kat sekolah setiap minggu ujian, jadi kena periksa kertas setiap minggu, non-stop...kemudian bulan puasa lak tu..siang dah sibuk masak utk berbuka, malam terawih......mana nak ada masa.....ditambah lagi dgn problem internet...senang cerita talian internet terganggu sebab ada broadband pun dah 'sedekah' kat Ariff.  Dia nak online selalu, maklumlah student, nak cari bahan kerja kursuslah..nak online kat lecturer lah.....akhirnya dia bawak balik broadband ke Lendu.  Kat rumah abah lak cah punya modem dah rosak....kalau balik rumah sendiri pun sekejap...tak dan nak ber online...

Ramadhan yang lalu lebih kurang sama sahaja ceritanya dgn Ramadhan 2011.  Cerita lama berualng kembali.  
Tapi tak pelah, malas nak bising2....reda sajalah...

.

Syawal kali ni betul2 sederhana ........program ziarah pun dah kurang seri dan meriah sebab dah kurang rumah yg mama adik-beradik kunjungi.  Yelah, mak dah tinggal tiga beradik...kalau tahun lepas ada mak ngah, mak long dan sepupu2 mama...tahun ni mak ngah, mak long, pak long dan sepupu mama Mon dah tak ada.....sedih juga...rumah mak ngah kat sg abong pun tak ada sesiapa....ada tak ada, ziarah sajalah kubur mereka....
 

Semoga roh aruah bapak, mak, mak ngah, pak ngah, mak long, pak long, abang ngah, mon, sidek, siti, mak andak, pak andak, pak usu, datuk2, nenek2 dan semua muslimin dam muslimat dirahmati Allah swt...hanya kitalah, anak2 yang masih ada di dunia ini yang sepatutnya mendoakan kesejahteraan mereka di alam baqa'....Al-Fatihah.....

Monday, July 16, 2012

kebun aku tu!!!

Berpeluang balik kampung lebih kurang dua bulan dulu, mama dan esah ambik kesempatan 'melawat kawasan' ala2 YB gitu........ala, tengok 'ladang' kitorang yang seberapa beso tu.......sebenonya tanah tu tiga ekar.  Dibahagikan kpd tga bahagian mama, idah dan esah.  Tapi dek kerana kami bertiga ni sibuk giler ala2 datin gitu, tak pernah berkesempatan nak 'ziarah' kebun tu.......sibuk dan kepoh jugaklah 'pengurus ladang' kitorang.  Sapa lagi kalau bukan adik kami si Udin.  Mana tak kepohnya, dpd kebun tu ala2 hutan sampai la dah bertanam kelapa sawit, datin2 bertiga ni tak pernah jengah.....bila si pengurus ladang mintak duit racun ke baja ke, kami hulur je...nama nak jengah tu wassalam....Akhirnya, selepas lebih kurang 3 tahun, kami terpaksa keluarkan modal tanam semula sebab pokok2 yang dah tanam dulu habis kena sondol dek lembu kaki pendek yg hidung kembang dan kemik tu......pekerja ladang yg diupah oleh Udin buat hal....kebun tu terbiar je semak tak terurus....
 
Ni pun nostalgia jugak....kolam kecil sebelah pokok tu dulunya tempat 'bersidang' mak dan mama atau sesiapa yg jadi 'pembantu' mak kat kebun waktu zaman menoreh dulu.....lepas menoreh rehat jap kat tepi kolam ni, minum ke makan bekal ke sebelum 'bangkit' susu getah....
 
eh..sapa lak ni?  hehe...bukan keluarga Indon ke Bangla  yang tinggal kat pondok dlm ladang.......tapi esah, adikku dan anak2 dia...ni kitorang melawat ke kebun udin..jeles tengok pokok2 kat kebun dia dah berbuah sedangkan kebun kitorang baru tanam semula.......padahal umur kebun tu sama..nasib dia lebih baik sebab kebun dia tak sama lokasi dan pekerja dia rajin beno......tiap2 hari ada kat kebun tu.....siap buat pondok lagi utk berehat...la ni orang yang sama jugak Udin upah untuk uruskan kebun kami...Alhamdulillah, kebun kami dah mulai 'pulih'.  
 
pucuk meranti yang tumbuh meliar....sodap tu masak lemak ke, goreng ke...

 
Ha......jangan tak percaya..kat dalam kebun Udin ni ada 'round-about'...

kolam semula jadi kot......kadang2 ada anak2 ikan....tak pun mr. berudu...hihi..

 
parit yang dah dibersihkan...nampak tenang je air kat dalam parit ni...

 
keladi sayur......ni pun boleh dimasak lemak dengan siput sedut atau masak asam....

 
tempat beristirehat............

..seronok juga sesekali duduk adik-beradik citer pasal kebun ni...hmmmm...lain kali kalau ada kesempatan bolehla jengah lagi kebun tu...kesian kat encik pengurus ladang....uruskan sorang2....

Monday, July 9, 2012

Forum

Pada 28 Jun lepas mama dan abang ke Masjid Al-Ghaffar.  Ada forum yang mana ahli2 panelnya adalah Prof  Madya Dr. Redzuan Tee dan Prof Madya Dr Sharifah Hayati.....Tajuk forum, ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIRKU.......sempena dngan kehadiran bulan Ramadhan yg tak berapa lama lagi...tajuknya syahdu.........isinya pun sayu..sampai ke usia kita sampai Ramadhan tahun ini?  Kalau sampai, apa pula persiapan kita?  Tak cukup kalau dengan menu berbuka dan bersahur saja, kita mesti ada JIWA untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang cuma sekali dalam setahun itu....silap2, hutang puasa pun tak habis bayar lagi.....Prof Madya Dr Sharifah Hayati macam yang biasa kita tengok kat tv tu, penuh dengan kata2 yang bermesej di sebalik gurauannya...
  
Prof Dr Redhuan Tee pulak bercerita tentang pengalamannya berpuasa diawal pengislamannya...mama tabik betul bila dia kata, baginya berpuasa itu amat mudah.  Tiada masalah langsung kerana dalam mindanya sudah tertanam nilai2 keimanan dan sudah faham mengapa puasa itu wajib ke atas orang Islam.   Masa kecik2 lagi beliau dah belajar berpuasa hasil pergaulannya dengan kawan2 Melayu.  Berbeza benar dengan orang Islam yang lahir sudah Islam..kadang2 susah nak beramal apalagi berpuasa. Itu baru bab puasa, belum bab yang lain2 lagi...kadang2 sedih mengenangkan sikap anak2 Melayu beragama Islam ni..Islam mereka Islam baka [bukan semua].....

cubalah buat kajian siapa yang paling ramai di universiti serenti, siapa yang paling banyak buang bayi, siapa yang hebat di jalan raya sebagai mat rempit........  pasti kita duduk di tangga teratas....belum lagi bab belajar, tak kira di sekolah atau peringkat universiti...rata2 anak2 Melayu ni malas sikit....ibubapa pulak banyak yang liat nak keluarkan duit untuk buku2 anak sedangkan untuk perbelanjaan lain tak berkira pulak...contoh termudah langganan stesen tv berbayar...kebanyakannya mampu bayar berbanding dengan duit buku, sampai ke hujung tahun tak bayar.  ini pengalaman sendirilah bila berdepan dengan ibubapa.  tapi malaslah nak membebel pasal ni.....macam kata Nabil, lu ada mata lu pandang, ada telinga dengar, ada otak, lu pikirlah sendiri....!!!!

Monday, July 2, 2012

nostalgia 2

 
Lagi cerita nostalgia.  Ini adalah kerusi gunting, tempat aruah bapak menggunting rambut orang2 kampung dan anak2 ...sekarang kerusi gunting ni ada lagi tapi dah tak digunakan untuk 'pelanggan' lagi.  Sebaliknya ia jadi tempat cucu2 aruah bapak bermain.  Seingat mama, anak2 bapak tak pernah bergunting rambut di kedai semasa kecil.  Bila dah merantau barulah bergunting di kedai.  Mak pun ada juga kebolehan menggunting rambut menggunakan mesin atau ketam rambut.  Mak selalu juga guntingkan rambut aruah bapak.  Mama sendiri kali pertama dan terakhir bergunting rambut di kedai adalah pada tahun 1991.  Masa tu baru menikah dengan abang.  Abang kata rambut mama panjang, so dia bawak ke kedai / salun untuk gunting rambut.  Itu pun kat Muar.  Masa tu hari pertama, selepas seminggu menikah dan mama kena ikut abang balik ke Kota Tinggi.  Sementara tunggu bas, selepas beli tiket, mama potong rambut jap.  Selepas tu setiap kali abang tengok rambut mama panjang, dia yang sibuk nak potongkan rambut mama.  Iyalah, kalau masa kecil, mak yg potong rambut mama, bila dah kawin, suami pulak ambil alih.     .  


Habib, menggayakan kerusi gunting peninggalan aruah atuknya.


Ini satu lagi nostalgia.  Basikal tua inilah yang banyak berjasa kepada kami.  Dulu, sewaktu kecil, mak selalu jemput mama balik sekolah dengan basikal ni.  Masa tu darjah satu.  Mak tunggu kat depan kedai mamak Bt 18.  Kadang2 bapak yang jemput dengan motosikal .  Masih ingat lagi nombor platnya BAB 1.  Helmet atas basikal tu adalah helmet pertama aruah bapak.  Bila mama dah masuk darjah tiga, mama sendiri kayuh basikal tua tu ke sekolah.  Dua batu tau, tapi tak terasa jauh pun. Dengan basikal nilah mama membesar, jatuh basikal tu perkara biasa.  Kalau anak2 orang berada sikit kat kampung tu, macam anak Cikgu Sofa, anak Wak Leman, tak ada la ke sekolah kayuh basikal macam ni.  Diorang pakai basikal mini dan basikal Chopper.  Baru nampak ada kelas.  Mama tak merasa pun basikal Chopper sampai habis sekolah rendah.  Masa tu basikal tu cukup mahal harganya bagi orang2 kampung yang susah macam mama ni.  Bila hujung minggu dan cuti sekolah, dengan basikal ni jugak mama ikut mak ke kebun . Menoreh getah.  Balik dari kebun bawak getah sekerap atas basikal ni jugak.  Ha....., budak2 sekarang tak merasa......mau saja mama tanya, " Aku ada, kau ada?"

Basikal ni masih ada lagi kat stor belakang rumah.  Ini saja mama letak kat depan untuk 'shooting'.  hehe..


Yasin jadi model basikal tua.

Bilik air lama........lebih 20 tahun kot.....

Ini bilik air dan tandas [dua pintu] yang dulunya 'tempat terindah' untuk 'mencari ilham'.....sekarang dah terbiar sebab ada bilik air baru kat belakang rumah.  Seingat mama, bilik air ni wujud sejak mama masuk maktab lagi...pernah sekali tu, mama 'melalak' sakan kat dalam bilik air ni......tetiba mama toleh keluar, aruah abang ngah tengah pandang dengan muka masamnya...adus...kantoi...aruah abang ngah memang tak suka adik2 perempuannya terjerit2 menyanyi yang entah apa2....


Pokok2 yang mak tanam keliling bilik air....mak memang rajin..macam2 pokok ada kat laman rumah..sampaikan suatu ketika dulu ada tauke nursery datang beli anak2 pokok yang mak tanam...





.Inilah rumah yang menjadi syurga kami sekeluarga............

Sunday, June 24, 2012

nostalgia

hmm...tinggalkn cerita K dan L....semoga mereka terus kekal bahagia ke akhir hayat....

lebih kurang tiga minggu lepas, mama sekeluarga berpeluang balik kampung...bukan seronok lagi tapi 'beronok-ronok' macam kata JOZAN...nampaknya, abang pun macam tau2 je mama nak lama sikit kat kampung.....so, kami balik kampung hari Ahad dan kembali ke rumah pada Selasa....ok la tu, dua malam...bukan senang nak dpt lepak kat kampung sampai dua malam...

anak2 yg paling seronok...maklum jumpa dgn sepupu2 masing2....bolehlah main dan bergumpal, bergurau dsb...

anak2 dan anak2 buah...... 
kecoh rumah mak dibuatnya....yang besar2 nak main gamelah, nak tengok cd lah, tapi yang kecik pulak asyik nak mengacau..........

pada masa yang sama, Udin dah kemaskan 'bilik stor' belakang dapur.....wah, macam2 barangan nostalgia yg terkumpul........semuanya nostalgia belaka, mengingatkan mama dengan kenangan masa kecil dan 'muda2 ' dulu.....dari zaman kayuh basikal, zaman buat kuih baulu guna dapur kayu dan macam2 lagilah...


tu dia................deretan nombor2 plat motor dan kereta.  Yng plat SS8801 A tu motor ke atau kereta aruah abang ngah....yang lain2 tu semuanya motosikal termasuk VESPA aruah Pak Usu yang aruah abang ngah beli, iaitu JG 9456....sekarang tak tau pulak kemana pergi vespa tu....


Ha, yang ini pulak alat untuk pukul telur ngan gula bila mak nak buat kuih baulu.....

 
dan...jeng jeng jeng....yg ni pulak pasunya....mak masukkan telur dan gula dalam pasu ni lepas suruh mama atau idah pukul....lama, berjam-jam...selagi tak putih telur dan gula tu selagi tu lah kami buat bergilir-gilir...sekarang ni mak pun dah pandai pakai pemukul elektrik.....pakai oven....tak macam dulu2 semuanya manual....bakar baulu pun guna kayu api......tepung dan gula pulak nak kena jemur dulu...bulan puasa, kalau mak dah mula menjemur tepung dan gula, maknanya dah dekat nak raya la tu...orang dah mula sibuk buat kuih...selalunya kuih tradisi lah....cakap pasal kuih tradisi ni, teringat mama kat Notie...mak dia dulu ada terima tempahan sagu potong dan kuih yg putih dan bersira gula tu, tak ingat apa namanya...mama paling suka sagun potong....belum jumpa lagi kat mana2 kuih tu....mak Notie pun dah tak buat lagi........terasa rugi jugaklah kalau warisan org dulu2 tak dikekalkan...ha, amik ko Notie, balik kampung nanti cuba2lah korek rahsia camana nak buat kuih tu.....silap2 boleh buat bisnes juta2 tau...mama pun nak cuba buat kuih baulu yang lembut macam mak buat.....mana tau kalau ada rezeki, boleh bisnes baulu..hihi...




Monday, June 18, 2012

kembali senyum

ni sambungan kisah K dan L....

sejak beberapa minggu yg lalu, K seakan cuba mengelak dari mama dan kawan2...kalau terserempak pun dia buat2 tak nampak......pendek kata, dia tak macam dulu.......tak ada lagi nak bersembang atau bergurau dgn kami......menurut sumber yg boleh dipercayai, K dah lama tak balik rumah.  Satu hari tu L tak pergi kerja sebab keretanya tiba2 rosak.....kesian si L, terpaksa uruskan semua sendirian.  Kemudian, mama terdengar citer yg si Y dah tak keruan sbb K dah tak berapa layan kat dia lagi.  Ibubapa Y pun dengarnya tak setuju kalau anak dara diorang nak kawin dgn K, apalagi statusnya yg masih suami L.  Nak jadi citer ni lagi panas ala2 drama gitu, suatu pagi tu Y datang cari K di tempat kerjanya...kat manalagi kat sekolahlah!  Y bawak pisau dan nekad nak bunuh diri depan K kalau K tak layan dia lagi.     Ish3x, tak malu punya anak dara....So, kecohla dgn adegan tu yg mana guru2 dan GPK tempat kerja K cuba nak tolong selesaikan masalah K dan Y...mklumlah, kawasan sekolah tu, malu kat budak2....kemudian K berjaya ajak Y keluar, tak tau lah kemana dia bawak Y tu....dengarnya juga, GPK dah 'basuh' Y.....iyelah, sampai nak berbunuh diri tu apa ke hal? macam org tak ada iman lak.....
 
tup2, hari ni mama terserempak dgn K dan L di satu kursus yg mama dan abang juga hadir.  Tempat, tak perlu citerla... Alhamdulillah, kedua-duanya nampak mesra dan tak 'melarikan' diri lagi....Mama agak mungkin K dah berjaya selesaikan masalahnya dgn Y....Mama tengok diorang macam pasangan baru bercinta pulak, jalan berdua, makan berdua....duduk pun dekat2.....Alhamdulillah, senang hati mama tengok..harap2 betullah yg K dan L dah berbaik dan memulakan hidup baru.....K pun ada tegur mama dan cuba nak bersembang mcm dulu2....L pun dah kembali senyum dan ceria.....nampak air mukanya yg bahagia........semoga kebahagiaan mereka berkekalan, amin....