Siang tadi suami mama bawa ibubapanya dan adik-adik ipar ke Seremban utk menghadiri majlis kahwin. Mama tak dapat ikut kerana anak gadis mama ada program kecemerlangan di MRSM Jasin. Dia balik jam tiga petang. Oleh kerana tak mahu tergesa-gesa balik dari Seremban, mama terpaksa ambil tugas menjemput anak mama. Biarlah suami pergi dengan keluarganya. Oleh sebab mama tak ikut sekali, ibu mentua minta mama tinggal di rumahnya utk menjaga aik ipar mama yg kurang sihat.
Jam 2 petang, mama terdengar seseorang memanggil nama bapa mentua mama. Mama keluar dan nampak seorang lelaki Cina dgn motorsikalnya. Mama beritahu dia , bapa mentua tiada di rumah. Lelaki Cina itu mengeluarkan beberapa biji durian dari bakul motornya.
"Ini buah bagi dekat Busu [nama panggilan mentua]."katanya.
Rupanya buah-buah durian itu dari kebun bapa mentua yg bersebelahan kebunnya. Uncle Meng, nama lelaki itu apabila mama tanya namanya, secara sukarela menjaga kebun durian bapa mentua mama. Katanya kasihan melihat bapa mentua yg sudah tidak berapa kuat berjalan. Katanya lagi, buah-buah durian itu akan dicuri org kalau dia tidak tolong kutip. Mama tersentuh mendengar kata2 Uncle Meng. Mama suruh Uncle Meng ambil beberapa biji tetapi dia menolak kerana katanya dia tidak berapa gemar makan durian.
Dua jam kemudian, Uncle Meng datang lagi. Kali ini lagi banyak buah durian yg dibawanya. Terharu betul mama dgn sikap prihatin Uncle Meng ini. Padahal agak jauh juga jarak kebun durian itu dari rumah mentua mama.
Kawan Uncle Meng yg bernama Uncle Hong pula ada ladang tembikai di sebelah kebun getah bapa mentua mama. Pernah suatu hari, motosikal bapa mentua hilang ketika dia sedang leka menoreh. Uncle Hong hantar bapa mentua mama balik dan tolong jaga getah mentua sekali. Pernah juga Uncle Hong hantar mentua balik apabila secara tiba2 org tua itu pitam di kebunnya.
Kisah2 ini adalah kisah benar. Mama cuma nak sampaikan betapa kita sebenarnya boleh hidup bersatu-padu walaupun berlainan bangsa dan agama. Semangat satu Malaysia sudah lama ada dikalangan warga tus seperti Uncle Meng, Uncle Hong dan bapa mentua mama ini. Keluarga mentua mama pun sudah biasa berjiran dgn kaum Cina dan sama2 bergotong-royong apabila ada kenduri-kendara atau perayaan.
Jadi mama sebenarnya hairan dgn sikap sesetengah org yg mengaku warganegara Malaysia tetapi berusaha utk memecah-belahkan perpaduan yg sudah sedia terjalin. Kita sepatutnya bersyukur kerana negara kita ini aman damai tidak seperti banyak lagi negara lain yg sentiasa huru-hara. Kita teringin sangat ke nak jadi macam negara mereka? Rusuhan sana-sini, pembunuhan berleluasa dan macam2 sengsara lagi. Agaknya kalau negara kita ini huru-hara, mahukah negara lain menerima kita sebagai pelarian di negara mereka?
Mama juga ada kenalan yang datang dari Mesir. Beliau berkahwin dgn org kampung mama. Sekarang ini beliau hidup senang dan selesa walaupun hanya bekerja sebagai pembantu kedai. Beliau selalu meluahkan rasa syukur kerana berhijrah ke Malaysia. Kalau di negara sendiri belum tentu dia dapat kerja walaupun ada ijazah. Di halaman rumahnya ditanam pelbagai sayur. Katanya tanah Malaysia ini seperti emas. Campak benih apa pun boleh hidup. Sebab itu beliau sanggup tak balik ke negaranya utk melayakkan dirinya memohon kewarganegaraan. Kalau org luar pun boleh berbangga tinggal di Malaysia kenapa kita tidak? Fikir-fikirkanlah.
Berkongsi cerita,rahsia dan tips KEHIDUPAN, khas untuk wanita dan pencinta wanita.....
Total Pageviews
Sunday, July 3, 2011
Sunday, June 26, 2011
kerja, kerja, kerja............
banyaknya kerja nak buat, melambak-lambak. mana nak tanda buku, mana nak tanda kertas ujian. dalam masa yg sama nak kena semak, kumpul buku-buku tulis dan buku-buku kerja sebelum dihantar kpd gb dan gpk utk semakan. petang sibuk dgn meeting itu ini.....malam ada kelas malam......hujung minggu, tuisyen lagi....ish, tak terkira letihnya. itu belum lagi bab kerja-kerja rumah yg tak pernah habis tu...mujurlah cik abang rajin membantu. kalau tidak, mahu jadi macam tongkang pecah rumah mama agaknya...
jiran belakang rumah mama pun selalu mengeluh.. dia ni menjaga anak org, baby sitter gitu...dulu kalau ada org nak khidmat baby sitter, kebanyakannya lebih suka pilih jaga anak-anak cikgu...alasannya mudah, cikgu kerja half day, tak ada out-station, tak ada shift..tapi sekarang, kebanyakan cikgu akan balik lewat petang..macam-macam kerja kena buat...termasuk mesyuarat yg kadang2 berlarutan hingga jam 5.30 atau 6.00 petang...jiran mama ni mulalah bising, siap tanya mama lagi. kenapa sekarang cikgu balik lewat....nak buat macam mana..kami ni org2 yg menurut perintah...
kadang2 hati terasa juga bila penjawat awam lain yg mempertikaikan kerja atau gaji guru...sedangkan mereka ni tak tau pun bidang tugas guru...cuba sesekali dia orang pulak masuk ke alam cikgu dan buat kerja guru..ada berani? memanglah. ada ramai jugak cikgu yg bersantai memanjang..mereka ni jenis yg suka melawan, yg tak banyak kelas dan tak mengajar kelas pepriksaan....tapi golongan guru seperti ni tak seramai guru yg kerja macam nak mati....mama ajar kelas pepriksaan,, setiap minggu ada kelas tambahan...mujrlah cik abang pun sama juga..kalau tidak, mau bergaduh selalu sebab kurang sangat waktu senggang yg kami ada utk makan angin atau balik kampung dsb. ini yg sesetengah penjawat awam lain tak faham...satu lagi, kami kerja dgn org, bukan dgn mesin. kalau mesin, kita bolehla picit je butang, jalanla dia....kerja dgn org, terutama kanak2 zaman ini, memang mencabar....lebih2 lagi ibubapa zaman ini...tak boleh lebih kurang, tak ada tolak ansur kalau hal yg melibatkan anak2. balik2 cikgu jugak yg salah...cikgu baik salah, cikgu garang salah....serba salah dibuatnya.
cikgu banyak cuti.....memang ada sesetengah guru yg cuti sakan...cikgu kelas pepriksaan serupa tak cuti..masa cuti nila macam2 program ada utk anak2 didik..kelas tambahanla, motivasila..dsb. kalau tak ajar kelas periksa pun, waktu cuti nila selalunya kami kena berkursus...kadang2 kursus berhari-hari, menginap di hotel dsb...jadi cikgu pun ada out-station juga...
hmm...memang tak habis kalau nk cakap pasal isu guru ni.....apa2 pun, utk para guru,bersabarlah..teruskan perjuangan demi anak didik kita.....utk pegawai2 yg bukan guru, lu pikirlah sendiri..jgn sedap2 nak mengata guru..k...jumpa lagi..

Friday, June 17, 2011
cerita kenduri
cuti sekolah dah berlalu. mama macam biasalah, cuti sekolah kadang serupa tak cuti. ada saja program masa cuti seperti kelas tambahan dsb. selain memenuhi tuntutan kerja [kelas tambahan], mama turut menghadiri jemputan2 kenduri yg memangnya amat banyak waktu cuti sekolah yg lalu. setiap sabtu dan ahad. kadang2 sehari tu sampai tiga atau empat rumah. kesian kat perut mama yg kekenyangan. rumah pertama dan kedua biasanya mama akan jamah sedikit. rumah ketiga mama makan sayuran sahaja atau menjamah hidangan sampingan seperti cendol atau bubur pulut hitam. masuk rumah keempat, mama pandang sajalah.
mama tertarik dgn satu majlis kenduri ni. ia rumah kenalan lama mama. mama dapat lihat situasi, suasana kekluargaan yg amat rapat. mereka anak-beranak saling bekerjasama. semua tugas dan acara tersusun rapi, dapat berjalan dengan mudah dan lancar. ini kerana mereka anak-beranak tahu peranan masing2.
hidangan majlis kenduri itu pun amat menyelerakan. ada kerabu mangga, nangka masak kari, keladi masak asam, ayam goreng berempah, daging lembu masak asam pedas, ikan masin, sambal belacan dan ulaman pun ada sama. kuih-muih termasuk tapai juga ada. mama dapat rasakan betapa ukhwah yg ada dlm keluarga ini begitu hebat sekali. walaupun penat, mereka nampak amat gembira menyambut kedatangan tetamu.
walaupun mereka ini sebuah keluarga yg amat sederhana, tetapi mereka gembira dan tidak pula sombong. mereka bijak menghargai orang lain, anak2 menghormati org tua dan saling membantu kepada yg memerlukan. oleh itu, majlis kenduri itu amat meriah. hampir semua org kampung datang menolong di majlis tersebut. tetamu pula dari pelbagai peringkat dan golongan. pendek kata, majlis itu mendapat keberkatan kerana sikap dan budi baik mereka.

Monday, June 13, 2011
mimpi yg tak sudah
satu lagi lagu yg mama suka nyanyian Ibnor Reza...try tgk you tube..kot ada
mimpi yg tak sudah
apa maknanya impian
datang dan pergi
membawa hati menyusuri kembali
jalan jalan sepi
kau kah di situ
yg menantiku
atau jelmaan titik kenangan
yg bernama pengalaman
corus:
siapakah diantara kita
dgn rela menjadi pendusta
siapa terdulu membina harapan
dan siapa yg memusnahkan impian
tanpa sebab dan alasan
kau mainkan perasaan
bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang
kau bayang-bayang
masa nan silam
ada ketika terbawa-bawa
oleh resah mimpi yg tak sudah
lagu: adam ahmad
lirik : habsah hassan
nyanyian: ibnor reza
lagu ni ada kngn tersendiri....lain kalilah kita sembang pasal lagu....

Saturday, June 11, 2011
Lagu lama
mama suka lagu ini tapi tak ingat tajuk pulak...kalau tak silap, 'gurindam jiwa'
tuailah padi antara masak,
esok jgn layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jgn rindu-rinduan.
anak cina pasang lukah,
lukah dipasang di tanjung jati,
di dlm hati tidak ku lupa,
sebagai rambut tersimpul mati.
batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun kembali juga.
burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan
kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga.
tuailah padi antara masak,
esok jgn layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jgn rindu-rinduan.
anak cina pasang lukah,
lukah dipasang di tanjung jati,
di dlm hati tidak ku lupa,
sebagai rambut tersimpul mati.
batang selasih permainan budak,
daun selasih dimakan kuda,
bercerai kasih talak tiada,
seribu tahun kembali juga.
burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman,
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan
kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja,
kalau tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga.
Rindu Yg Panjang
rindu............kenangan di asrama membuat mama rindu. rindu suasana seronoknya, rindu kat kawan2. kalaulah masa boleh berputar kembali, ingin rasanya mama kembali remaja, kembali tinggal di asrama dgn kawan2 yg sama dan membetulkan semua yg kurang menyenangkan menjadi kegembiraan.
tahun lepas rindu mama terubat juga dgn pertemuan demi pertemuan. pertemuan pertama dgn Noty. kawan mama yg seorg ini memandu dr putrajaya ke melaka dan berusaha mencari rumah mama sampai dapat. bertuah mama dpt kawan mcm ini. terima kasih tak terhingga mama ucapkan atas keikhlasannya itu.
sekitar mei 2010 pula, mama bertemu Norkh di JB. Masa tu mama berkursus induksi SSM [naik gredlah kononnya] selama dua minggu di Hotel Seri Malaysia, Larkin. Hari itu mama dpt pelepasan keluar sempena hari guru. mama ke bandar baru uda utk ziarah mak angkat mama yg juga guru senior waktu mama posting di jb. Norkh dan suaminya sanggup cari mama di uda dan kami bertemu melepaskan rindu.
minggu lepas 6 jun 2011, satu lagi sejarah pertemuan tercipta. kali ini Noty bawa mama ke kluang utk bertemu Cikgu Bedah, bekas ustazah dan warden asrama. di situ kami jumpa Norkh dan kak Quratuaini. terima kasih Noty krn jadi supir mama..hehe...akhirnya terlerai jua rindu yg panjang....................

Friday, June 10, 2011
Asrama 2
Kenangan pahit manis di asrama tak mungkin hilang dari ingatan........insyaallah...mama akan ingat yg manis2 sahaja selepas ini...di sini mama dapat ramai kawan........kawan ketawa, kawan menangis, kawan berangan, kawan yg macam2 lah.........
Mama ingat lagi, kalau boring2 mama dan kawan baik mama Noty akan duduk di tangga depan ampaian..[selalunya malam2]..kami dok berangan.......antaranya, bila dpt duit kami nak sangat pergi ke Kedai Kek Kim Leng......nak beli chicken pufflah, pie lah....ish, sedap!
Sekarang, alhamdulillah...kalau mengidam pun senangla nak dpt semua tu..tak payah berangan lagi..hehe..
Ramai lagi kawan2 mama yg tak dpt nak sebut semuanya. Antaranya Mas, Norkh, Jah, As, Siti, Sab, Nani dan ramai lagi. Kami cukup seronok bila sesekali dpt gi outing..Yg gi outing lak jenuhlah ..tak cukup tgn bawak barang [selalunya makanan] yg kawan2 kirim...masih ingat lagi dgn uniform asrama warna hijau pucuk pisang...semuanya penuh kenangan. Kini, semuanya dah berlalu...Semuanya dah berjaya dlm hidup, malah ada yg dah dpt gelaran Prof Dr..[tahniah Azah]...Kepada kawan2 mama, semoga kalian sihat sejahtera selalu dan di berkati Allah hendaknya..dimudahkan segala urusan kalian...semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu dlm suasana yg harmoni dn ceria..Amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)