Total Pageviews

Sunday, August 27, 2017

Trip Ke Vietnam 2




Ceritanya mama ni betul2 teringin nak gi mana2 trip overseas.  Lebih2 lagi bila selalulah tertengok, terpandang, terbaca, terdengar berita dan cerita kawan2 yang rajin update tentang trip2 mereka.  Rasa seronok ada, jealous pun ada ..hihi.  Niat mama cuma satu je.  Kalau dapat peluang pergi mana2 trip, mama bukan nak shopping pun.  Cuma nak tengok tempat orang.  Almaklum, mama pun bukan orang senang. Ini pun syukur mama ada kerja yang baik,so peluang untuk menyimpan dan melabur pun ada.

Alhamdulillah. Allah beri rezeki.  Ada pulak kawan yang ajak join trip ni.  Alhamdulillah, rezeki pun ada, izin dari boss pun ada. Boss ikut , ok..

Seawal November 2016, mama dah serah nama mama dan big boss, bayar sekali booking fee rm500 seorang.  Dua minggu kemudian, En Ramadhan send tiket melalui whatsapp, bukti yang mama dan big boss dah tersenarai dlm trip tu. Seronok tak terkata.  Alhamdulillah.  Syukur.

Februari 2017, kami bayar lagi balance fee rm600 lagi.  Opss, ada lagi fee tambahan rm60 kalau tak silap untuk tambang bas pergi balik dari Jasin ke KLIA. Oklah tu kan.  Tak payah susah2 hati cari sesiapa waris untuk hantar kitorang ke KLIA.       
  
Mulanya big boss berat hati nak ikut.  Takut2 dia sorang je kaum Adam yang join.  Tapi lepas Ina kata ada lagi lelaki termasuk En Ramadhan sendiri, barulah big boss mama ikut sekali.  Hai, berpeluh nak pujuk.  Kalau dia tak ikut, payahlah dia nak bagi izin mama pergi.

 Gambar di KLIA.  Cikgu Mona dan Faizah . Yang nampak over sikit tu mamalah.

 Tunggu flight. Waktu ni dah selesai solat magrib dan isyak.  Alhamdulillah.

Ok.  Jom kita study pulak tips yang kedua oleh Artika Hassan ni.

2. Penukaran wang

1. Tukar VND sikit je untuk pengangkutan dan makanan. Untuk penggangkutan mereka cuma terima VND dan USD. Jika tukar USD lagi rugi sebab lagi banyak mereka boleh telan duit anda. Jadi, tukar sedikit VND selebihnya RM sahaja.
   * Yang ni mama untung sikit. Pengangkutan dan makanan dah masuk dalam pakej.  So, tukar sikit je.

2. Membeli belah guna RM sahaja kalau guna VND lagi mudah ditipu sebab kita akan pening2 lalat dengan duitnya yang ratus ribu dan juta-juta.
    *Memang betul.  Pening kita dengan juta2 dong dia. Sehelai T-shirt pun harga dia 1.5 juta dong.


 My Big Boss, upon arriving at Ho Chi Minh... 

Mama nak kena pen off dulu.  To be continued ye.

xin kam en = terima kasih

Saturday, August 26, 2017

Nak Pi Vietnam? Jom study dulu.


Kinh chao quy khach = selamat datang / welcome

Awal tahun 2017 iaitu pada 20 Mac , mama berpeluang join trip ke Vietnam.  Trip 5 hari 4 malam dengan kos cuma RM1100 seorang termasuk makan dan penginapan.  Excited nak pergi trip tu. Bukan senang nak dapat .  Kebetulan kawan mama kata ada kosong lagi utk trip tu.   Agen yang bawa kami tu Encik Ramadhan.  Kebetulan jugak ada promosi.  Biasanya paling kurang pun RM 1500.  Kira rezekilah utk mama ni. So pujuklah cik abang sayang sekali . Mujur dia bagi tapi dgn syarat dia ikut sekali. 

Oleh sebab tak pernah gi trip overseas, kecuali Singapura, so mama search dulu .  Tanya kat pak cik google kot2 ada apa2 petua atau pantang larang kt sana. Sebelum tu asyik dengar cerita dari kawan2 yg dah pernah pergi ke sana. Oleh sebab nakkan kepastian, mama google lah,  Jumpa plk artikel oleh Artika Hassan ni.  Memang berguna sebagai peringatan untuk kita. Jom kita study.  Maaf ye Artika, mama copy paste dan edit.  Hihi..

Kredit untuk Artika Hassan.

Tips bagi mereka yang berminat nak ke Vietnam(Ho Chi Minh, berikut beberapa info yang diharap dapat membantu anda sebelum ke sana.
Ibu negara: Hanoi
Bandar terbesar: Ho Chi Minh
Bahasa: Vietnamese
Matawang: Vietnamese Dong (VND)
Masa: Sejam lewat daripada Malaysia tapi 6 pagi macam 7 pagi di Malaysia. 6 petang macam 7 petang di Malaysia
1. Teksi (pesanan ni banyak sikit sebab kalau tak ikut, anda akan mudah ditipu)
1.Bila sampai ke airport, ada banyak sangat syarikat teksi. PASTIKAN anda hanya guna 2 syarikat sahaja iaitu Mai Linh dan Vinasun. Kalau keduanya takada, tunggu juga sampai ada. Ia jauh sedikit dengan gate, di platform 1&2.  Mama dan rombongan beruntunglah sikit sebab pengangkutan disediakan oleh Travel Agensi kelolaan Encik Ramadhan ni.  Tak payah susah2 cari teksi.
Teksi Mai Linh

Yang ni Vinasun

2. Pastikan anda gunakan teksi BERMETER SAHAJA. 2 syarikat tu je yang guna meter. Yang lain, ada meter, masuk kereta, dia off meter. Bila cakap English, mereka tak faham. Kalau nak kena tipu, boleh cuba guna yang tak bermeter. Phew!
3. Pastikan anda ambil nombor plat kereta dan nama pemandu (ada di tengah dashboard). Kalau mereka buat hal, senang anda nak buat laporan.
4. Pastikan anda jangan duduk dekat dengan pemandu. Duduk di belakang. Pemandu belah depan kiri, tak sama macam di Malaysia. Jangan pula nanti masuk pergi duduk di tempat pemandu.
Ok.  Tadi tu tips untuk yang ke sana sendiri ye.  Kalau yang ikut pakej macam mama biasanya ada bas disediakan. 
5. Pastikan anda dah keluar duit siap-siap. Kalau anda tinggal sekitar Ben Thanh Market, kos sepatutnya tidak sampai VND 200,000 lebih kurang RM40. Kalau lebih memang anda dah kena tipu. Sediakan max VND 200,000—300,000 je untuk persediaan kalau anda ditipu.
6. Pastikan pemandu langsung tak nampak duit anda berapa banyak.
Tips nombor 5 ni, alhamdulillah masa tu diorang sangat terima duit Malaysia.  Mama tukar duit Vietnam 4 juta je.. Betul, 4 juta VND [ sebut DONG].  Banyak tu... tapi matawang Malaysia bersamaan dengan RM286.  Untuk pengetahuan , VND 10,000 cuma dapat beli air mineral 500ml sahaja.
Ok sayang-sayang.  Mama stop dulu.  Lain kalai kita sambung ye.

xin kam en -= terima kasih


Saturday, June 13, 2015

Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al Quran dan mengajarkannya.
-HR Bukhari

jadikanlah al Quran itu SURAT CINTAmu sepanjang masa. Bacalah Al Quran walaupun satu muka surat pada setiap hari.  AL-QURAN memberi petunjuk ke jalan yang benar.

kelebihan taubat dan istigfar:
*disayangi Allah
*didoakan oleh para malaikat
*diampunkan dosa
*diberikan pelepasan oleh Allah dari segala masalah
*dimurahkan rezekinya
*ditinggikan kedudukannya di sisi Allah
*bertaubat merupakan ciri-ciri orang yang beriman.
-DR YUSUF AL QARDHAWI


Monday, March 16, 2015

PETUA HATI TENANG

*sentiasa bersangka baik
*jgn meneka-neka apa yg kita tak tahu
*jgn terlalu bimbang dgn perkara yg belum berlaku, buat saja persediaannya.
*jgn terlalu fikirkan masalah. Minta pendapat kawan2 atau org yang pernah ada pengalaman. Senaraikan jalan penyelesaian dan cuba selesaikan.
*bila hati tdk tenang, segera ambil wudhu', solat sunat dan sebutlah nama2 Allah..zikir, istighfar. Paling kurang, dengar ayat2 suci Al Qurankeran jin dan syaitan yg jahat sangat mudah masuk ke dlm hati manusia yg tdk tenang.
*ingat Allah sentiasa

5 tanda hati tenang:
a. sgt mudah memahami
   - hati sentiasa terbuka utk faham takdir atas segala sesuatu yg berlaku
   - maka, hati jadi tenang, tdk gelisah dan tdk berduka
   -contoh: terima kelemahan dan kekurangan pasangan seadanya

b. ingat nikmat Allah semasa dan selepas diuji
    -semasa diuji ingatlah pd pelbagai nikmat lain yg Allah sediakan
   -sentiasa fikirkan org lain yg lebih susah
   -contoh: dapat anak yg nakal, tapi ada org yg langsung tiada anak

c. hati yg hidup dan sedar Allah sentiasa memberi yg terbaik dlm hidupnya
    -kalau nak sesuatu tapi tak dpt, pasti ada sebab yg baik kenapa Allah tak nak bagi kpd hamba-Nya

d. tahu dan sedar Allah selalu melihat kelakuan kita
    -merasa diri selalu diperhatikan, maka dapat selalu bersabar

e. selalu dapat rasa / melihat keindahan Allah
    -lihat ciptaan semulajadi Allah yg cantik dan sempurna

Saturday, March 7, 2015

SOLAT DAN SYARAT SUCI DARI NAJIS


Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempatnya bersembahyang suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ianya dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci. Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!” (Surah al-Muddatstsir: 4)

Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Jika datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haidh itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)

Daripada ayat dan hadits di atas, jelas bahawa tidak sah sembahyang seseorang yang terdapat najis pada tubuh badan, pakaian atau tempatnya bersembahyang. Namun jika sekiranya najis itu merupakan najis yang dimaafkan, maka sembahyangnya adalah sah walaupun dia tidak menghilangkan najis dan menyucikan tempat yang terkena najis itu terlebih dahulu.

Untuk memudahkan seseorang itu melaksanakan ibadatnya, adalah perlu dia mengetahui apakah perkara yang dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.

Apakah Dia Najis Yang Dimaafkan itu?

Menurut para ulama mazhab asy-Syafi‘e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.

Berikut adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan:

1. Najis yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar.

2. Najis yang sedikit seperti darah nyamuk, agas atau kutu yang tidak mengalir. Begitu juga darah yang keluar dari kudis, bisul, jerawat kecil, luka atau nanah pada badan seseorang, pakaian atau tempatnya bersembahyang yang bukan disebabkan perbuatannya sendiri.

Jika darah tersebut keluar disebabkan oleh perbuatannya sendiri, umpamanya membunuh nyamuk yang ada pada bajunya atau memicit kudis atau jerawat sehingga mengeluarkan darah, maka darah tersebut tidak dikira sebagai najis yang dimaafkan.

Darah atau nanah luka yang banyak juga termasuk najis yang dimaafkan dengan syarat, iaitu:-

  • Darah atau nanah tersebut merupakan darah/nanah dari orang itu sendiri
  • Darah atau nanah itu keluar bukan disebabkan perbuatannya atau disenghajakannya.
  • Darah atau nanah yang keluar itu tidak mengalir dari tempatnya, seperti darah yang banyak itu tidak mengalir daripada lukanya.

3. Darah ajnabi iaitu darah orang lain yang terkena pada badan, kain atau tempat bersembahyang dengan kadar yang sedikit dengan syarat najis tersebut bukan dari najis mughallazhah iaitu daripada anjing dan babi. Jika ia berasal dari keduanya atau salah satu dari keduanya, tidaklah ia dimaafkan walaupun hanya sedikit.

Menurut Imam al-Adzra‘ie Rahimahullah bahawa adalah termasuk juga darah yang terpisah daripada badan seseorang itu yang kemudiannya terkena semula padanya sebagai darah ajnabi.

4. Darah yang sedikit yang keluar dari hidung atau darah yang keluar dari bahagian-bahagian tubuh seperti mata, telinga danyang seumpamanya, selain dari jalan tempat keluar najis seperti tempat keluar tahi.

Jika darah keluar dari hidung seseorang sebelum dia melakukan sembahyang dan terus menerus keluar darah tersebut, dalam hal ini jika pendarahan itu diharapkan berhenti dengan keadaan waktu sembahyang yang masih panjang, maka hendaklah ditunggu. Akan tetapi jika sebaliknya, hendaklah dia membersihkan dahulu darah tersebut dan hidungnya (tempat keluar darah tersebut), kemudian menyumbatnya dengan kapas umpamanya dan melapisnya dengan kain jika perlu.

5. Darah yang masih tinggal di tempat lukanya yang keluar hasil dari perbuatan mengeluarkan darah dengan tusukan atau berbekam, sekalipun banyak yang masih tinggal di tempat lukanya.

6. Darah yang keluar dari gusi bila tercampur dengan air ludah sendiri. Sah sembahyang bagi orang yang gusinya berdarah sebelum dicucinya darah tersebut selagi dia tidak menelan air ludahnya ketika di dalam sembahyang.

7. Sedikit tanah tempat laluan seperti jalanraya atau yang seumpamanya yang memang diyakini kenajisannya, dengan syarat najis tersebut tidak jelas di tempat itu dan dia telah pun berusaha untuk mengelak daripada terkena tempat laluan tersebut seperti tidak membiarkan hujung kain terkena tanah tempat laluan tersebut.

Perhatian: Dasar menentukan kadar sedikit atau banyak yang dimaksudkan bagi najis itu ialah merujuk pada adat kebiasaannya, iaitu apa yang dianggap oleh adat kebiasaan sebagai sedikit, maka dikira sebagai sedikit dan begitulah sebaliknya. Jika ada syak darah tersebut banyak atau sedikit, maka dihukumkan sedikit dan dimaafkan.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengutamakan kebersihan. Kerana itu umat Islam diperintahkan untuk memelihara diri dari segala najis sehinggakan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat dijadikan sebagai salah satu syarat sah sembahyang. Walau bagaimanapun Islam juga adalah agama yang tidak membebankan umatnya dengan kesukaran. Contohnya pengecualian terhadap najis yang dimaafkan yang tidak menjejaskan kesahihan sembahyang, kerana kesukaran menghilangkannya atau mengelak dari terkena najis tersebut.

Friday, March 6, 2015

6 Sebab Hati Jadi Mati


Menurut Hasan al-Basri Rahmatullahu’alaih…Ada 6 punca hati jadi rosak/mati ;
1. Sengaja berbuat dosa karena ingat masih ada harapan untuk bertaubat.
2. Mengajarkan ilmu pengetahuan tetapi tidak mengamalkanya.
3. Buat amalan tapi tidak ikhlas.
4. Makan rezeki daripada Allah tetapi tidak mahu mensyukurinya.
5. Tidak pernah puas dengan pemberian Allah.
6. Mengebumikan Jenazah tetapi tidak pernah mengambil pelajaran dari peristiwa itu.


sumber: pakarhowto.com

Thursday, March 5, 2015

Kata-Kata Hikmat


1. Tiga hal yang buruk dan merugikan: dusta, malas dan putus asa (pesimis).

2. Tanda kedunguan dan kebodohan ialah bila seseorang melakukan apa yang dilarang. Dan tanda ketinggian darjat akal sesorang ialah bila orang lain selamat dari lidah dan tangannya (kejahatan, keburukan dan gangguannya).

3. Kesohoran dan kepopularan adalah keharuman dari amal dan jasa mulia.

4. Tidak ada keadilan dalam kebenaran dan tidak ada kebenaran dalam keadilan.

5. Segala yang telah lampau terasa indah kerana hal itu tidak akan berulang kembali.

6. Dunia tidak sempit bagi orang yang berwatak dermawan.

7. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki orang lain.

8. Orang yang berakal ialah yang ingat mati dan tidak melupakan kehidupan.

9. Wanita yang berparas cantik tidak memerlukan dandan yang berlebihan dan wanita yang berdandan berlebihan adalah wanita yang mengakui kejelekan parasnya.

10. Sejak manusia hidup, rumahtangga adalah pusat kesenangan dan kebahagiaan. Tetapi sekarang ini cinta dan kasih sayang dalam rumahtangga makin kering dan kaku. Kelemahan tiap orang adalah mencari ketenangan dan ketenteraman di luar rumahtangganya. Dan ini lah musibah keluarga.

11. Cara yang paling baik menghadapi masa depan ialah melaksanakan pekerjaan yang anda hadapi sekarang ini dengan seluruh tenaga, semangat dan kecekapan (keahlian) sesempurna-sesempurnanya.

12. Pesimisme adalah titik hitam di alam terang benderang dan optimisme adalah nyala lilin yang menerangi jalan yang gelap.

13. Orang yang paling sesat ialah yang lebih percaya kepada adat isitiadat nenek moyang mereka daripada akal sihat mereka sendiri.

14. Kehidupan adalah harapan dan orang yang kehilangan harapan adalah kehilangan kehidupannya.

15. Tinggalkanlah kemuliaan, jangan kau pergi mencarinya. Duduklah, sebab kau hanyalah pencari pakaian dan makanan. Allah merendahkan kaum lemah yang lemah fikiran dan cita-citanya. Hidup ini sekadar mendapatkan pakaian dan makanan.

16. Barangsiapa dengan gigih mempertahankan pendiriannya sendiri maka dia akan binasa,

17. Mata yang redha kabur melihat segala cacat. Mata kebencian menampakkan segala kesalahan.

18. Meletihkan tubuh hari ini agar beristirehat esok hari adalah lebih baik daripada beristirehat hari ini untuk keletihan esok hari.

19. Orang yang mendatangkan bencana bagi bangsanya ialah orang yang tidak pernah menyebar benih pertanian, bata pembangunan, menenun tekstil atau mendidik dan mengajar, tetapi orang yang menjadikan politik sebagai mata pencarian.

20. Kekayaan yang hilang bisa dikejar dengan tekun bekerja. Kesihatan yang hilang bisa dipulihkan dengan ubat-ubatan. Tetapi waktu dan kesempatan yang hilang tidak bisa dikejar kembali.