Total Pageviews

Thursday, April 17, 2014

RENUNGKAN ..........

Tasik Yang Akan di Minum airnya oleh Yaajud Dan Maajud

Dalam Surah Al-Kafhi Ayat 83 Hingga 98 ada disebut tentang tembok besi yang dibina oleh Zukarnain bagi menghalang Yaajud Dan Maajud.

"Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.(Al-Kahfi ayat 93)


Mereka berkata: “Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?” (Al-Kahfi ayat 94)

Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.(Al-Kahfi ayat 95)

Bawalah kepadaKu ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: “Tiuplah Dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya”.(Al-Kahfi ayat 96)

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi ayat 97)

(setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.(Al-Kahfi ayat 98)

Sememangnya Yakjud dan Makjud akan muncul selepas runtuhnya tembok yang didirikan oleh Iskandar Zulkarnain. Dalam satu Majalah arab yang saya baca saya bertemu dengan satu artikel yang mendakwa bahawa Yakjud dan makjud akan minum air tasik sehingga kering sebelum memulakan perjalanan melakukan kerosakkan di atas muka bumi.dan Tasik itu ialah ialah Tasik yang terdapat di utara Jordan.
Wallahuaklam.
 

صوره للبحيره التي سيشرب منها يأجوج ومأجوج كامله حتى تنشف.. وهى مجرى نهر الاردن في المنطقة شمال بحيرة طبريا

Gambar Tasik yang akan diminum oleh Yakjuj dan Makjuj yang terletak di Utara Jordan.

Dunia semakin tua dan tasik ini pun dikhabarkan semakin kering airnya......Allahuakbar...semoga kita kekal dalam iman dan istiqamah beribadah kepada ALLAH...

Tuesday, April 15, 2014

JOM amalkan sunnah Rasulullah.......

13 amalan sunat yang digalakkan oleh Rasulullah saw


i) membaca 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi setiap kali sebelum tidur.
ii) Membaca ayat Kursi sebelum tidur.
iii) Membaca surah Sajadah setiap solat subuh jumaat.
iv) Berpuasa Isnin dan Khamis.
v) Solat witir setiap malam.
vi) Solat sunat rawatib kecuali baadiah asar dan subuh (rujuk Kitab Sohih Muslim 499 & 500)



vii) Wirid setiap kali selepas solat.
viii) Memperbanyakkan selawat ke atas baginda saw.
ix) Solat sunat gerhana ketika berlakunya gerhana.
x) Berwuduk sepanjang masa.
xi) Bersugi setiap kali sebelum solat.
xii) Mandi setiap kali sebelum ke masjid pada hari Jumaat, dan memakai minyak wangi.
xiii) Melewatkan solat Isya’ bagi membolehkan qiamullai  1/3 malam (hadis Abu Isa At-Tarmizi)

Semoga ALLAH permudahkan.........................amin..
 

Saturday, April 12, 2014

BEBAS HUTANG? BAGAIMANA?



Mama rasa setiap orang dari kita, tak pernah lepas dari mempunyai keinginan yang berbagai-bagai bentuk.  Ada yang ingin rumah besar, ada yang ingin sentiasa berwang, hidup mewah dan sebagainya.  Mama juga tak nafikan, ada juga keinginan [angan-angan] sendiri.  Antaranya ingin sentiasa kelihatan anggun, muda, jelita.....tapi itu cuma angan-angan.  Kalau nak direalisasikan, mungkin perlukan kos yang banyak.  Almaklumlah, mama dah berusia, badan pun boleh tahan debab, wajah pun lebih kurang je....ALLAH dah beri raut wajah yg sederhana..Alhamdulillah...Macam mana ye kalau mama ni jenis wanita yg tak tahu mensyukuri nikmat pemberian Allah?  Mungkin mama buat pembedahan plastic untuk cantikkan wajah, sedut lemak untuk lebih slim, cucuk sana-sini untuk sentiasa tegang dan muda...masyaAllah.... Tentunya dengan pendapatan yang sederhana ni menyebabkan mama terpaksa berhutang.  Cakap pasal hutang, mama terbaca entri tentang hutang ini di blog ustaz Saidin Hj Hasnam [saidinhasnam.blogspot.com ] .  Mari kita sama-sama baca entri beliau.
 
1- Pisahkan antara 'keperluan' dan 'keinginan'
Di rumah pastinya banyak barang-barang yang dibeli hanya kerana keinginan untuk memiliki bukannya satu keperluan. Justeru itu fikirkanlah untuk membeli sesuatu barang adakah ia benar-benar satu keperluan yg benar-benar perlu atau sebaliknya. Kawal nafsu jika kita tak mampu memilikinya.

2-Ubah cara berbelanja anda.
Kalau sebelum ini kita tidak merancang perbelanjaan. Cuba buat perancangan dengan membuat catatan barang apa yg perlu dibeli. Berapa bajet yang akan disediakan untuk hari ini dan sentiasa mematuhi catatan perbelanjaan anda



3-Sentiasa berhati-hati dalam mengatur perbelanjaan
Usah terlalu lama berada di Pusat membeli belah atau supermarket kerana anda mudah tergoda dengan barangan yaang dipamirkan dan promosi yang di tawarkan. Jangan kerap membawa anak-anak saat berbelanja bulanan, kerana biasanya anak-anak suka menagih untuk membelikan itu dan ini. Pastikan kita memilih hanya kedai harga patut sebagai tempat untuk kita berbelanja kerana kita akan membuang masa untuk meninjau banyak kedai.

4-Jangan suka menunggak pembayaran.
Kalau sampai bil, tak kiralah..bil letrik ke? air, astro, telefon ke..? cuba langsaikan segera jangan sampai tertunggak kerana ianya akan menggangu bajet bulanan kita
 
5-Kad kredit ? sory... jangan cari penyakit.
Bagi yang mampu berbelanja tunai jangan sekali-kali menguna pakai kad kredit kecuali betul-betul memerlukan itupun kalau boleh hanya satu sahaja. Setiap bulan bayar penuh jangan sekali-kali buat bayaran minima kerana anda mungkin akan diserang penyakit 'kemurungan"

6-Amalkan membaca Al-matsurat terutama doa yang berkaitan dengan memohon agar dibebaskan dari rasa lemah..keluh kesah dan hutang piutang. Amalkan doa ini 3x selepas solat subuh dan 3x selepas solat asar.


 

Friday, April 11, 2014

FALSAFAH BUAH-BUAHAN, LOBAK, TELUR DAN KOPI DALAM KEHIDUPAN KITA

Realiti kehidupan

Dalam kehidupan kita, adakalanya kita tidak sedar kita menjadi seperti kopi atau telur atau mungkin juga kita akan jadi seperti lobak (carrot).

Lobak merah apabila kita panaskan dengan air ia akan empuk [lembik dan patah] meskipun pada asalnya bersifat keras. Begitu juga manusia yang kental jiwanya tetapi apabila diuji dengan berbagai ujian jiwanya mudah patah akhirnya terkulai dan hanyut begitu sahaja. Justeru jangan jadi seperti lobak merah.

Telur asalnya cair, mudah pecah TETAPI bila direbus dengan air panas ia menjadi keras. hakikatnya ada juga manusia yang lembut tetapi tak semena-mena menjadi keras hatinya apabila ditimpa ujian.  Banyak yang begitu, macam juga hati mama ni....dulu memang macam cendawan kememeh kata orang tua..tapi selepas menempuh pelbagai ujian dan cabaran hidup, hati ini jadi keras .....susah nak menitiskan air mata kecuali kalau betul2 tak tahan sedih, marah atau kecewa... 

Kopi pula apabila dimasukkan air panas ia akan larut dan sebati. Makin panas air makin terasa kesedapan aroma kopi. Justeru mereka yang menjadi seperti kopi dapat menyerap segala ujian, bersabar sehingga segala kesusahan ada kemudahannya. Setiap kesempitan ada jalan keluar. Setiap ujian dihadapi dengan tabah dan akhirnya mereka memperolehi kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup

Persoalannya sekarang..dimanakah kita ??? ATAU cuba kita bandingkan pula dengan buah-buahan ini.
 
Falsafah buah-buahan
 
1.  Jadilah seperti jagung, jangan jadi seperti gajus.  Jagung membungkus isinya yg banyak, sedangkan gajus menunujukkan bijinya yg cuma ada satu.  Maksudnya: janganlah menunjuk2 harta, ilmu dan sebagainya..
2.  Jadilah pokok pisang, yg berbuah hanya sekali, kemudian mati.  Maksudnya kesetiaan dlm perkahwinan.
3.  Jadilah buah durian, jangan jadi buah kedondong.  Walaupun berduri tajam, tetapi isinya lembut dan manis. Berbeza dgn kedondong yg luarnya licin tapi rasanya agak masam dan bijinya pula berduri.  Maksudnya: jangan menilai orang dari luarannya sahaja.
 
4.  Jadilah ubi kayu.  Walaupun hidup didalam Tanah, isinya putih bersih.  Maksudnya: Jagalah hati, jangan dinodai dgn kekotoran.
 
5.  Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.  Tangkai petai memberi makanan yg sama rata kpd bijinya, semua seimbang.  Rambutan pula ada kecil dan ada yg besar.  Maksudnya; bersikap adil.
 
6.  Jadilah seperti cili, semakin tua semakin pedas.  Maksudnya semakin tua semakin bijaksana.
Ok, anda seperti apa ye? Jagung? Cili?  Sama-samalah kita baiki diri.  Insya ALLAH. 

Thursday, April 10, 2014

JOM MUHASABAH DIRI


Jangan menunggu sehingga hari esok apa yang dapat kamu lakukan hari
ini. Orang yang mampu mengatasi keadaan akan lebih cemerlang daripada
keadaan itu sendiri
. - ELIZABETH BARRET BROWNING 

Betapapun mulianya cita-cita, kalau hati tidak teguh dan tidak ada
ketahuan, maksud tidak akan tercapai. - AJARAN FILSAFAT

Semulia-mulia manusia ialah yang merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat. - KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN
 

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-SyaakirAlkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau."
 
Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal, tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." 

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
 
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa.

   Daripada kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat.  Oleh itu  
   hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang
   mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
 
JOM sama-sama kita tingkatkan ibadah kita supaya ALLAH beri kita kekuatan pula untuk melawan nafsu jahat ini.
 

Wednesday, April 9, 2014

Nikmat ALLAH .....Kenapa kita meremehkannya?

Kenapa kita meremehkan nikmat Allah ???
Kadang-kadang kita alpa, kita lupa...apabila kita selesa daqlam kesenangan.  Kita terbuai dengan kenikmatan.  Kita terlalai dengan kebendaan.
Mama tertarik bila baca blog ini, lalu mama copykan utk tatapan mama dan teman2.

Kita terlalu selesa dengan kehidupan di dunia ini. kita berbangga dengan kekayaan yang kita miliki. Kita terlalu sombong dengan pangkat dan kedudukan yang tinggi. Kita sangat riak dengan ketampanan wajah dan kejelitaan rupa paras. hakikat sebenarnya itu adalah sekadar PINJAMAN.

Lalu kita menjadi manusia yang meremehkan nikmat Allah. Terfikirkah kita...kita menyedut oksigen 24 jam untuk bernafas..Siapa yang memberi? Jantung kita berdegup 24 jam tanpa henti siapa yang menjadikannya? 360 sendi di badan menyebabkan kita selesa melakukan sesuatu

Saya pernah bertanya pada pelajar saya "Dihujung jari kita ada sendi...apakah kegunaannya" Lantas salah seorang pelajar saya menjawab "Untuk korek taik hidung ustaz..?. "Betul juga jawapan budak ni..'Bisik hati kecil saya.

Persoalannya sekarang kenapa kita tidak mempersembahkan pujian kepadaNya setelah begitu banyak nikmatNya digunakan secara percuma.

Kenapa kita tidak mensucikan Allah dengan tasbih setiap kali kita mendengar azan dilaungkan?

Kenapa kita tidak memohon keampunan dalam keadaan tidak berdosa sepertimana yang dilakukan oleh para nabi dan rasul-rasul utusan Allah swt ?

Kenapa kita memohon keampunan setelah kita berdosa kepada Allah swt ?

Kenapa kita memohon nikmat lain daripada Allah swt, apakah nikmat yang kita gunakan sekarang tidak mencukupi?

Sesungguhnya manusia sentiasa memandang rendah di atas segala nikmat yang telah Allah swt kurniakan dan sentiasa memandang dosa yang manusia lakukan terhadap Allah swt terlalu kecil serta tidak memberi kesan terhadap kemurkaan Allah swt.

Ingatlah... Malaikat Malik Zabaniah diciptakan Allah tidak mempunyai sedikitpun perasaan belas kasihan terhadap manusia apabila mereka tercampak ke dalam neraka...
Na'uzubillah Min Zalik.

Terima kasih kepada tuan punya blog.  Semoga ALLAH merahmati kamu kerana tulisan kamu yang bermanafaat ini.  Amin.