Total Pageviews

Thursday, August 15, 2013

Bye Ramadhan Welcome Syawal

Alhamdulillah, dah berlalu Ramadhan yg mulia dan berkat.  Mama harap semua orang dapat menjalani ibadah dengan jayanya.  Walau dah lepas, ingin juga nak citer pasal Ramadhan, sbb sepanjang Ramadhan mama ni entah apa yg sibuk @ busy sampai tak sempat nk update.. hmmm

     

Sabtu minggu pertama Ramadhan mama sekeluarga pulang ke kampong, nak berbuka bersama-sama mak.  Dalam perjalanan, kepala ligat berkira-kira menu apa nak disediakan petang nanti.  Hari pun masih awal pagi.  Sengaja balik pagi Sabtu kerana abang nak ke pasar Sabtu di Pekan Pt Sulong.  Biasanya mama akan tepon mak dulu bagi tau yg kitorang nak balik.  Tapi hari tu tepon mak rosak.  Nekadlah, bila udin kata mak tak kemana-mana.  Yng mama tau Ajaq pun ada balik.  Kami bertolak jam 9 pagi.  Kira2 jam 10.30, kami lalu rumah mak.  Nampak kereta vios putih Ajaq, maknanya sahlah mak ada.  Kami teruskan perjalanan ke pekan Pt Sulong tanpa singgah rumah mak dulu.  Nak surprise jelah nanti. 
       
Hari ini hari Sabtu, mesti meriah pekan Pt Sulong dgn pasar Sabtunya.  Lepas shopping lebih kurang, ke Pt Lapis Laman lak.  Tak sah kalau balik kg tak singgah kat sini.  Tempat 'one-stop centre' utk makanan ringan dan kuih2 serta kerepek2 beraneka jenis.

 *ni gambar dr google, lebih kurang camnile kedai kt pt lapis laman tu

Setiap kali Ramadan jugak mama pasti akan ke sini.  Dan setiap kali mama balik kg, kawan mama Maznah, akan berkirim.  Kali ini dia kirim lagi.  "Kau belikan aku kuih raya ngn kepek .  Bajet RM300."  Banyak tu....  biasanya kalau ke sini mama berdua je ngn abang.  Kali ini semua ikut sekali.  Bukan main seronok diorang.  So, mama dan anak2 mulakan misi.  Mama pilihkan kiriman Maznah, Ina jadi jurukira..siap ngn kalkulator...Ariff dan adik2 pilih apa yg diorang berkenan dgn bantuan abang.   Ramai gila..berhimpit jugak nak masuk.  Mama tunggu kat kaunter bayaran sebab nakkan bakul utk isi kuih ngn kepek. 

Cukup lebih kurang RM300, mama buat bayaran.  Mulanya Ina kira RM285.  Bila sampai kaunter, kakak  cashier merangkap isteri tauke kata RM232.  Wah, ada diskaun...!!!  Kemudian Ariff pulak dtg bawak bakul penuh dgn makanan kegemaran dia, Yasin, Habib dan ayah mereka.  Kira punya kira RM427.   Ha......kami lima beranak sama2 terkejut...banyaknya..!!!  Mama dah plan bajet beli kuih raya kat sini tak lebih RM200 je....Mana tak banyaknya...kalau masing2 dah pilih kuih2 favourite diorang... Ariff amik semperit, cakar ayam, tat nanas....Habib biskut coklat, kuih siput, dan dua jenis biskut lagi yg dia suka.  Yasin amik yg dia suka jugak.  Abang amik kepek ubi pedas ngn kek lapis Sarawak.....Kuih2 yg diorang pilih tu kebanyakan kuih yg mahal...RM20 sekotak.   Nak kurangkan tak sampai hati pulak.....bayar sajalah....

Sampai rumah mak dekat pukul 1.  Tengok2 rumah berkunci.  Alamak, mana mak pegi ni.  Ajaq pun tak ada.  Mama tepon Ajaq, katanya dia bawak mak ke Btu Pahat, nak shopping raya le tu... tak pasal2 hari tu ada adegan 'pecah rumah',  Oleh sebab tak de kunci, mama dan anak2 round keliling rumah, hah..adapun tingkap yg tak berkunci....apalagi, Ariff dokong Yasin... Yasin Berjaya masuk ikut tingkap..hahaha.....rugi sungguh sebab adegan tu tak sempat dirakamkan....lepas tu Yasin bukak le pintu dari dalam....

Moral of the story, lain kali tak reti2 ke nak call dulu sebelum balik kampong?
Cerita ni dah basi le....dah seminggu raya pun..hehe..  SELAMAT HARI RAYA ...


Wednesday, June 19, 2013

Rindu yang teramat dalam...........................

ALLAHUAKBAR.............
Entah kenapa sejak kebelakangan ini rasa rindu ini bagai tidak boleh ditahan-tahan...sesekali bila teringatkannya, tak sedar air mata menitis.   Sungguh hebat penangan dari-Nya.  Sekali kita menjejakkan kaki ke sana, pasti rindu akan menggamit.

Hanya gambar2 dan cerita2 dari sana yg selalu menghibur dan sekaligus membuat rindu itu payah untuk berkubur, sebaliknya terus subur...!!!

 

 
 
 
 
 
Subhanallah........... mama hanya mampu berdoa kepada ALLAH, semoga mama berpeluang untuk ke sana lagi suatu hari nanti.... Mama tak nafikan perasaan cemburu bila mendengar berita kawan2 menunaikan umrah baru2 ini.  Ada juga kawan yg akan menunaikan haji... sungguh mama iri hati..!!!  Rasa nak ikut bersama pun ada.  Buat masa ini, mama belum lagi berpeluang kerana memikirkan anak2 mama yg akan ditinggalkan.. biarlah mereka habis sekolah sekurang-kurangnya baru mama fikirkan utk buat umrah.  Mana tahu, kalau ada rezeki kami akan pergi sekeluarga, amin.... Amin ya ALLAH, KAU permudahkanlah dan berilah kami peluang itu..sesungguhnya KAU yang maha kasih dan maha mendengar rayuan hamba2 MU.
 
 

Sunday, June 16, 2013

Inilah kehidupan...

Lebih kurang tiga minggu saja lagi kita akan menyambut Ramadhan, Insyaallah.  Iklan2 raya dah mula pun..biasalah, puasa pun belum iklan raya dah muncul.  Silap2 ada lagi kawan2 yg belum habis bayar hutang puasa.  Inilah masanya nak bayar hutang2 tu.....bayar jangan tak bayar...hehe

 
Lagi dekat nak puasa, lagi banyak pulak mama dapat 'surat saman'.  Tiap2 minggu ada sampaikan tak larat nak penuhi semua undangan.  Minggu lepas mama ke Palong 11, anak sepupu mama kahwin.  Anak sepupu abang pun kahwin hari yg sama jugak.  Hai, terpaksalah berbagi masa nak penuhi kedua undangan tu.  Minggu ni [hari ini] anak sepupu mama lagi...maklum, keluarga besar.  Minggu lepas sepupu sebelah aruah bapak, minggu ni anak sepupu sebelah mak pulak.  Itupun bersaing pulak dgn anak Dilah, kawan sekampung.  Teman sepermainan waktu kecik2 dulu.  Dah dua org anaknya yg kahwin.  Cucu pun dah ada dua.

 

Minggu lepas juga, Ariff anak bujang mama ke majlis perkahwinan kawan dia, classmate dia masa sekolah menengah.  Ish, ish, ish........camana ni, budak sebaya Ariff dah kawin....lelaki tu, kalau perempuan boleh kata biasalah...

  

Hujung bulan ni, anak sulong Pak Itam [pak cik abang] pulak.  Umurnya lebih kurang sebaya dgn Ariff, tp dia perempuan.  Yg kelakarnya, Pk Itam suruh mama dan abang 'standby'.....bukan apa, masa utk mama dan abng bakal jadi mentua pun dah dekat..paling2 pun 4 tahun lg....cuma yg mama masih ingat Ariff pernah kata dia akan kawin bila umurnya 28 th.... maknanya lg 7 th lah....

Hmm.......jodoh, ajal, pertemuan semuanya ditangan Tuhan.....

Kita tinggalkan bab kawin ni.....mama sebenarnya masih terkejut bila dpt tau yg Dilah ni dah bercerai dgn suaminya.  Anaknya yg kawin ni pulak sebenarnya anak dia dgn suami pertama.  Dia berpisah dgn suami pertamanya ketika ank2 dia kecil lagi.  Bberapa tahun selepas itu dia kawin lagi dgn seorang duda.  Mama simpati jugak dgn dia sbb bukan senang sebenarnya seorang perempuan yg pernah berkahwin utk hidup sendirian. Mama tak sempat tahu pulak punca dia bercerai dan mama pun sebenarnya tak suka ambil tahu kecuali tuan punya badan sendiri yg bercerita.

Macam kisah kawan mama seorang lagi, Suzana.  Dia sendiri bercerita dari awal hingga akhir.  Kisah Suzana ni memang sedih.  Kebetulan kami pun berasal dari daerah yg sama.  Suzana dihalau keluar dari rumahnya sendiri.  Mama kata rumahnya sendiri kerana rumah itu memang rumah dia pun. Loan rumah dia yg bayar.  Segala-gala benda dan segala bil semua dia yg uruskan.  Dia sanggup menjaga ibu mentua yg nyanyuk, kelam kabut setiap hari bila nak pergi bekerja sebab tiada pembantu.  Semuanya atas bahu dia.  Pernah dia upah org jaga ibu mentuanya tapi cuma bertahan dua minggu sebab tak tahan dgn kerenah ibu mentuanya yg mulut laser.  Puaslah dia cuba cari org lain tapi semua tak sanggup sebab tahu dan kenal benar dgn kerenah ibu mentuanya.  Sekarang ni, anak sulongnya yg baru berumur 16 tahun terpaksa menjaga org tua itu bila Suzana dah bercerai.  Suzana terpaksa menyewa rumah lain tinggal bersama 3 lagi anaknya masih bersekolah rendah.  Bekas suaminya bawa anak yg sulong dan ibunya itu ke rumah pusaka milik mentuanya. Rumah Suzana akan dijual oleh bekas suami. Dia memang seorang wanita yg tabah dan sabar.  Dia reda dgn segala yg berlaku.  Perkataan 'biarla' sentiasa keluar dr bibirnya setiap kali mama atau kawan2 rasa marah dgn perbuatan bekas suaminya.  Suzana tak pernah takut hidup susah kerana baginya rezeki Allah sentiasa ada.  Kebetukan, dia seorang yg rajin dan kreatif.   Melukis mural dgn bayaran ribuan ringgit adalah rutinnya setiap hujung minggu. Kadang2 tak menang tangan menerima tempahan.  Ada saja jabatan2 kerajaan atau sekolah2 dan tadika yg minta khidmatnya.  Dan kini dia ada seorang pembantu, ibu tunggal sepertinya juga.  Kalau hujung minggu melukis , hari2 lain dia ambil upah menjahit pula.  Inilah kehidupan..........................inilah hakikat yg terpaksa kita lalui.  Adakala senang adakala derita......

Friday, May 31, 2013

Hari bersejarah dan Tinggal sejarah

Hari bersejarah berbeza dengan tinggal sejarah.  Maknanya tak sama.  Kita cerita dulu tentang hari bersejarah.

19 Mei lalu, mama dan family ke UITM Shah Alam kerana majlis konvokesyen si bujang, Ariff.  Sekejap betul masa yg berlalu, sedar tak sedar anak dah meningkat dewasa.  Rasa puas bila tengok dia dah terima segulung diploma.  Walau hanya diploma, ia tetap suatu yg boleh dibanggakan. 

 

Kemeriahan majlis masih lagi terasa.  Di hari itu, ramai ibubapa yg dtg beserta ahli keluarga utk turut sama meraikan kejayaan anak2 mereka.  Adik, abang, kakak, anak2 buah, saudara-mara serta kawan2 masing2 tumpang gembira.  Ia dpt dilihat dpd suasana riuh rendah dan kesibukan mereka mengambil gambar bersama-sama.


 
 
 
Alhamdulillah..dah pun terima diploma.  Oleh sebab semangat belajar tu masih berkobar, Ariff teruskan studynya ke peringkat degree pulak.  Dari seramai 60 orang kawan yg sama jurusan dgnnya, cuma 11 orang saja yg diterima melanjutkan pelajaran lagi.  Yang lain2 terpaksalah cari kerja.   
 
Mulanya mama rasa tak perlulah kami dtg meraikan hari konvokesyennya, tapi bila difikir, ini adalah hari yang bersejarah untuknya.  Mungkin sekali seumur hidupnya, dan mungkin ini juga sekali bagi mama dan abang serta adik2nya berpeluang meraikannya bersama-sama.  Bila hari konvokesyen utk ijazahnya kelak belum tahu lagi kami ada rezeki utk meraikan.  Jodoh, ajal maut ditgn Tuhan  kan.    Ternyata Ariff amat teruja dan gembira dgn kehadiran kami.  Bukan main erat lagi dia peluk mamanya dan ayah serta adik2.  Terpancar kegembiraan yg bukan dibuat-buat.  Alhamdulillah......terima kasih ya Allah kerana memberi kami kesempatan utk meraikan hari bersejarah itu.
 
Jom cerita tentang ajal, maut dan 'tinggal sejarah' pulak.  Ada seorang kawan baik Ariff ni yg demam katika konvokesyen berlangsung.  Dia tetap hadir dan meraikannya bersama kawan2.  Digagahkan diri utk menerima segulung diploma dari pro-canselor. 
 
Lima hari kemudian, dia dimasukkan ke ICU hospital Putrajaya kerana tidak sedarkan diri.  Dia koma beberapa hari.  Pada hari Rabu 29 Mei lalu, virus telah menyerang bahagian paru2 dan dia disahkan meninggal dunia jam 10 pagi.  Berita tentang dia ada disiarkan dalam Harian Metro hari berikutnya. 
 
Ariff sempat juga menziarahi aruah ketika dia koma di ICU dan bila mendengar khabar sahabatnya itu nazak, dia bergegas ke Hospital Putrajaya dgn seorang lagi kawan.  Dlm perjalanan, Ariff diberitahu sahabatnya itu telah meninggal dunia.  Al Fatihah untuk sahabtnya Megat Hariqh Hakimi, yg pernah juga dua tiga kali berkunjung ke rumah kami. Kini, kebaikan dan keramahannya hanya tinggal sejarah.

Meracau tahan derita 

Oleh Hamid Karim
Shah Alam: “Saat-saat akhir sebelum pemergiannya, Allahyarham dilaporkan meracau-racau akibat terlalu panas diserang virus penyakit kencing tikus. Memang saya amat sedih melihatnya dan sebagai cucu sulung, pemergian arwah amat dirasakan,” kata Hasnah Abu Kassim, 72, nenek pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Megat Hariqh Hakimi, 21.
Pelajar peringkat ijazah jurusan reka bentuk industri di UiTM kampus Shah Alam itu, meninggal dunia jam 10 pagi semalam di Hospital Putrajaya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kota Kemuning, di Seksyen 31, berdekatan kediaman keluarganya, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.
Hasnah dalam keadaan sebak berkata, cucunya yang juga anak Penerbit Rancangan BERNAMA TV, Hakimi Mohd Zain, seorang yang pintar dan berbakat luar biasa dalam bidang lukisan serta amat rapat dengannya dan dua adiknya yang masing-masing berusia 14 dan 10 tahun.

“Dia dimasukkan ke hospital Khamis lalu selepas mengalami gejala pelik, dua hari selepas dimasukkan, arwah tidak sedarkan diri dan kemudian meracau-racau termasuk menjerit-jerit dipercayai menahan virus penyakit yang menyerangnya.
FotoIBU Allahyarham, Raja Harumi di sisi pusara anaknya.

“Kami sekeluarga memang sedih lebih-lebih lagi Megat Hariqh rapat dengan saya dan dua adiknya yang lain. Dua adiknya pasti merasai kehilangan abang mereka yang amat baik,” katanya.



 

Thursday, May 30, 2013

YANG PERTAMA

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM:
 
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.


3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.


 
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

 
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

 
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

 
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :Nabi Muhammad s.a.w



SUBHANALLAH......kita orang ke berapa agaknya ye?

Monday, May 27, 2013

Cuti yang tak cuti

Cuti sekolah!!!!!  Yea..!! Sorak anak2 sekolah.  Mereka bukan main gembira lagi sebab tak payah nak bangun pagi dan ke sekolah.  Tak payah lagi nak mengadap buku2 sekolah yang tebal dan membosankan, tak perlu lagi menatap wajah2 cikgu2 sekolah yg garang tak de perasaan..yelah, tak siap kerja kena marah, tak bawa buku kena marah, bercakap kena marah, tak cakap kena marah, kalau cakap tak elok lagi kena marah..!!

 

Keceriaan dan kegairahan untuk bercuti dah mula terasa sejak seminggu sebelum cuti lagi.  Ada saja murid yang ponteng.  Ada saja yang cari pasal, buku tak ada, kerja tak siap.....hissss..stress cikgu dibuatnya. 

 

Mama selaku guru yang dah dua puluh tiga tahun 'bersekolah' ni pun kadang2 tak dinafikan tak sabr tunggu sekolah cuti.  Bukan apa, tak payah la nak sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, sakit segala-galanya bila menghadap murid2 yang 'psiko', yang nakal tahap gaban, yang malas2 tahap cipan dan entah apa2 lagilah....yelah, cikgu pun perlu rehat jugak....... malangnya, cuti pun macam tak cuti..ada saja kerja2 yang kena buat.....ish, ish, ish...........  tu belum lagi kelas tambahan..... mama yg buat jadualnya, harapan pun tinggi juga ..... supaya murid2 hadir 100%.....tapi, aduh syg, hari ni cuma tiga suku saja murid yg dtg.....   penatnya berkempen minta murid dtg......aduhai...



Homework?  Ada juga beri kat murid2, tapi entah diorang buat entahkan tidak..........kadang2 dah rasa terlalu penat bekerja dgn manusia ni..terutama manusia2 yg bernama murid sekolah..  kalau mesin atau robot senang sikit kerjanya... tak betul je kita putar skru ke cabut plug, padamlah ia...


Aktiviti cuti?  Hmmmm.........................................  anak2 dah senaraikan aktiviti utk diorang, tapi tak tahulah dapat buat atau tidak...nak ke zoo lah, water world lah, balik kg lah.....yg perempuan kata nak belajar masak, nak buat kek dan macam2 lagilah senarai aktiviti....entah jadi entahkan tidak...



Enjoy?  Hmmm....tak juga.   Mama masih macam biasa jugak, tak 'bebas' dari 'tugas' yg biasa di rumah abah.... kadang2 [selalu juga] mama terfikir kenapa mama kena tanggung semua ni.....why me?   Tak payahlah jawab soalan tu, sebab mama sendiri pun tiada jawapannya... 

Sunday, May 26, 2013

22 Tahun

 


Hari ini genap 22 tahun usia perkahwinan mama dan abang.  Cepat sungguh masa berlalu.  Anak2 pun dah besar.  Alhamdulillah, mama bersyukur sangat atas kurniaan-Nya.   Satu persatu peristiwa pahit manis sebelum dan selepas bergelar isteri, berhadapan dgn pelbagai dugaan hebat, bagai tayangan slide atau mungkin filem....Masih terbayang lagi hari2 itu, ada bahagia, ada debar, ada risau, ada rasa kecewa, sedih, bercampur aduk.



Mama juga masih ingat kali pertama bertemu abang di MPLP, KL.  Masa tu tahun ketiga.  Kebetulan, mama sedang mencari bahan assignment di library. Abang pun sama.  Masa tu, baru kami tahu yg kami diajar oleh pensyarah yg sama dan kebetulan juga tajuk assignment pun sama.  Jadi, bertukar-tukar bukulah.  Kebetulan buku cuma ada satu, jadi mama bagi abang pinjam dulu.  Bebrapa hari kemudian, abang dtg ke kelas mama nak pulangkan buku kononnya.  Rupanya dlm buku diselitnya surat nk berkenalan.  Hmmmmmmm.....tu cerita dulu2.  Cerita zaman muda remaja, yg masih belum kenal betul warna2 dunia.  Yg Nampak ketika itu adalah keindahan belaka.

Orang dulu2 bercinta bukan mcm budak2 sekarang.  Dulu segala kemudahan telefon atau email tak ada.  Selalunya kawan yg rapat dgn kita yg jadi mangsa.  Mangsa kiriman salam! 

 
Abang ketika itu agak popular juga dikalangan kawan2 mama kerana sikap peramahnya.  Adalah seorang kawan dari Pahang yg mama tau syok kat abang.  Mama selalu dengar dia bercerita dgn kawan2 sebiliknya pasal abang, jadi kawan2 sebiliknya dan kawan2 mama selalu usik dia dgn abang.  Mama buat tak tahu saja.  Cuma ada seorang sahabat rapat mama iaitu kak Zah saja yg tahu ttg mama dan abang kerana kak Zah selalu jadi posmen abang.  Bila kak Zah balik dari kelas, mesti dia kata abang kirim salam...hmmmmmmmm.....



Bebrapa tahun berikutnya, terjadilah episod2 baru....bertunang?  Entahlah, pada dasarnya ye kami bertunang cuma mungkin cara pertunangan itu yg tak serupa orang lain.  Maklumlah mama bukan menantu pilihan.  Tiba2 saja kedua ibubapa dan nenek abang dtg ke rumah sewaktu cuti sekolah, tanpa pengetahuan mama dan tanpa apa2 perancangan atau persiapan dari pihak mama pun..!!!Masa tu, bahagian dapur rumah mak sedang dibaiki.  Bahagian depan pulak, hmmm...bayangkan sajala rumah org kg dulu2, yg tak cantik mana.  Jadi mama dan mak ketika itu sedang mengemas kayu2 dihadapan rumah bila tiba2 ada tetamu dtg....terkejut beruk kitorang...



Selepas berbincang lebih kurang dgn aruah bapak [masa tu aruah bapak sakit] dan mak, nenek abang terus sarungkan cincin.  Kemudian mereka balik saja.  Tinggal mama, mak, bapak dan adik2 terkesima.  Tu dah kira bertunang le tu.....simple kan? Kalau dikenang , mama akui memang mama berkecil hati ketika itu.  Malah bukan mama sahaja, mak pun sama.  Mama fahamlah perasaan mak, yg mesti rasa nak juga buat sedikit majlis utk anak perempuan sulungnya.  Hari itu, mama menangis jugalah selepas kena 'lecture' dgn mak.  Mama tahu mak bukan nak marah sangat pun, tapi lebih kepada rasa kecil hati, macamlah kami ni sengkek benar.  Betul juga kata mak, nasib baik ketika itu mama dan mak ada di rumah!  Tak pasal2 mama kena dengar mak kutuk orang dr * tak beradab agaknya....Abang ada kirim surat minta maaf atas kunjungan ibubapanya yg tiba2 itu, jadi terubat jugalah luka dihati.....hmmmmm, kalau dah jodoh........!!! Kalaulah mama dan mak berkeras mungkin tak jadi le kami...

Tapi tak mengapalah, sebab selepas itu bila adik2 mama, Idah dan Esah bertunang, ada juga majlis pertunangan yg sebenar walaupun tak sebesar mana.  Sekurang-kurangnya beradatlah juga.  Majlis adik beradik abang yg lain semuanya 'grand'...bertunang pun macam kenduri kahwin.....kalau org lain, mesti terasa hati jugakan....






Apa2 pun, mama masih bersyukur.  Segala dugaan Berjaya ditempuh sebab mama ni muka tebal kot.  Orang tak suka pun mama tak kisah je...Episod di atas tu cuma satu dpd banyak lagi episode duka dan pahit yg mama alami.  Biarlah jadi cerita peribadi mama sendiri.  Tak elokkan nak cerita semuanya.


  

ALHAMDULILLAH.........................suka tak suka, sedar tak sedar dah 22 tahun pun.  Terima kasih untuk abang kerana menerima kekurangan dan kelemahan mama serta sudi menerima mama seadanya.....semoga ikatan kasih kita terus subur.  Bersama-sama kita saling melengkapi.   Semoga ALLAH merestui hidup kita, rumahtangga kita dan anak2 kita...aminnnn

Jom kita tengok dan baca 'husband and wife quotes ' ni utk hiburan semata-mata....