Total Pageviews

Thursday, May 30, 2013

YANG PERTAMA

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM:
 
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.


3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.


 
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

 
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.


16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

 
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

 
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :Nabi Muhammad s.a.w



SUBHANALLAH......kita orang ke berapa agaknya ye?

Monday, May 27, 2013

Cuti yang tak cuti

Cuti sekolah!!!!!  Yea..!! Sorak anak2 sekolah.  Mereka bukan main gembira lagi sebab tak payah nak bangun pagi dan ke sekolah.  Tak payah lagi nak mengadap buku2 sekolah yang tebal dan membosankan, tak perlu lagi menatap wajah2 cikgu2 sekolah yg garang tak de perasaan..yelah, tak siap kerja kena marah, tak bawa buku kena marah, bercakap kena marah, tak cakap kena marah, kalau cakap tak elok lagi kena marah..!!

 

Keceriaan dan kegairahan untuk bercuti dah mula terasa sejak seminggu sebelum cuti lagi.  Ada saja murid yang ponteng.  Ada saja yang cari pasal, buku tak ada, kerja tak siap.....hissss..stress cikgu dibuatnya. 

 

Mama selaku guru yang dah dua puluh tiga tahun 'bersekolah' ni pun kadang2 tak dinafikan tak sabr tunggu sekolah cuti.  Bukan apa, tak payah la nak sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, sakit segala-galanya bila menghadap murid2 yang 'psiko', yang nakal tahap gaban, yang malas2 tahap cipan dan entah apa2 lagilah....yelah, cikgu pun perlu rehat jugak....... malangnya, cuti pun macam tak cuti..ada saja kerja2 yang kena buat.....ish, ish, ish...........  tu belum lagi kelas tambahan..... mama yg buat jadualnya, harapan pun tinggi juga ..... supaya murid2 hadir 100%.....tapi, aduh syg, hari ni cuma tiga suku saja murid yg dtg.....   penatnya berkempen minta murid dtg......aduhai...



Homework?  Ada juga beri kat murid2, tapi entah diorang buat entahkan tidak..........kadang2 dah rasa terlalu penat bekerja dgn manusia ni..terutama manusia2 yg bernama murid sekolah..  kalau mesin atau robot senang sikit kerjanya... tak betul je kita putar skru ke cabut plug, padamlah ia...


Aktiviti cuti?  Hmmmm.........................................  anak2 dah senaraikan aktiviti utk diorang, tapi tak tahulah dapat buat atau tidak...nak ke zoo lah, water world lah, balik kg lah.....yg perempuan kata nak belajar masak, nak buat kek dan macam2 lagilah senarai aktiviti....entah jadi entahkan tidak...



Enjoy?  Hmmm....tak juga.   Mama masih macam biasa jugak, tak 'bebas' dari 'tugas' yg biasa di rumah abah.... kadang2 [selalu juga] mama terfikir kenapa mama kena tanggung semua ni.....why me?   Tak payahlah jawab soalan tu, sebab mama sendiri pun tiada jawapannya... 

Sunday, May 26, 2013

22 Tahun

 


Hari ini genap 22 tahun usia perkahwinan mama dan abang.  Cepat sungguh masa berlalu.  Anak2 pun dah besar.  Alhamdulillah, mama bersyukur sangat atas kurniaan-Nya.   Satu persatu peristiwa pahit manis sebelum dan selepas bergelar isteri, berhadapan dgn pelbagai dugaan hebat, bagai tayangan slide atau mungkin filem....Masih terbayang lagi hari2 itu, ada bahagia, ada debar, ada risau, ada rasa kecewa, sedih, bercampur aduk.



Mama juga masih ingat kali pertama bertemu abang di MPLP, KL.  Masa tu tahun ketiga.  Kebetulan, mama sedang mencari bahan assignment di library. Abang pun sama.  Masa tu, baru kami tahu yg kami diajar oleh pensyarah yg sama dan kebetulan juga tajuk assignment pun sama.  Jadi, bertukar-tukar bukulah.  Kebetulan buku cuma ada satu, jadi mama bagi abang pinjam dulu.  Bebrapa hari kemudian, abang dtg ke kelas mama nak pulangkan buku kononnya.  Rupanya dlm buku diselitnya surat nk berkenalan.  Hmmmmmmm.....tu cerita dulu2.  Cerita zaman muda remaja, yg masih belum kenal betul warna2 dunia.  Yg Nampak ketika itu adalah keindahan belaka.

Orang dulu2 bercinta bukan mcm budak2 sekarang.  Dulu segala kemudahan telefon atau email tak ada.  Selalunya kawan yg rapat dgn kita yg jadi mangsa.  Mangsa kiriman salam! 

 
Abang ketika itu agak popular juga dikalangan kawan2 mama kerana sikap peramahnya.  Adalah seorang kawan dari Pahang yg mama tau syok kat abang.  Mama selalu dengar dia bercerita dgn kawan2 sebiliknya pasal abang, jadi kawan2 sebiliknya dan kawan2 mama selalu usik dia dgn abang.  Mama buat tak tahu saja.  Cuma ada seorang sahabat rapat mama iaitu kak Zah saja yg tahu ttg mama dan abang kerana kak Zah selalu jadi posmen abang.  Bila kak Zah balik dari kelas, mesti dia kata abang kirim salam...hmmmmmmmm.....



Bebrapa tahun berikutnya, terjadilah episod2 baru....bertunang?  Entahlah, pada dasarnya ye kami bertunang cuma mungkin cara pertunangan itu yg tak serupa orang lain.  Maklumlah mama bukan menantu pilihan.  Tiba2 saja kedua ibubapa dan nenek abang dtg ke rumah sewaktu cuti sekolah, tanpa pengetahuan mama dan tanpa apa2 perancangan atau persiapan dari pihak mama pun..!!!Masa tu, bahagian dapur rumah mak sedang dibaiki.  Bahagian depan pulak, hmmm...bayangkan sajala rumah org kg dulu2, yg tak cantik mana.  Jadi mama dan mak ketika itu sedang mengemas kayu2 dihadapan rumah bila tiba2 ada tetamu dtg....terkejut beruk kitorang...



Selepas berbincang lebih kurang dgn aruah bapak [masa tu aruah bapak sakit] dan mak, nenek abang terus sarungkan cincin.  Kemudian mereka balik saja.  Tinggal mama, mak, bapak dan adik2 terkesima.  Tu dah kira bertunang le tu.....simple kan? Kalau dikenang , mama akui memang mama berkecil hati ketika itu.  Malah bukan mama sahaja, mak pun sama.  Mama fahamlah perasaan mak, yg mesti rasa nak juga buat sedikit majlis utk anak perempuan sulungnya.  Hari itu, mama menangis jugalah selepas kena 'lecture' dgn mak.  Mama tahu mak bukan nak marah sangat pun, tapi lebih kepada rasa kecil hati, macamlah kami ni sengkek benar.  Betul juga kata mak, nasib baik ketika itu mama dan mak ada di rumah!  Tak pasal2 mama kena dengar mak kutuk orang dr * tak beradab agaknya....Abang ada kirim surat minta maaf atas kunjungan ibubapanya yg tiba2 itu, jadi terubat jugalah luka dihati.....hmmmmm, kalau dah jodoh........!!! Kalaulah mama dan mak berkeras mungkin tak jadi le kami...

Tapi tak mengapalah, sebab selepas itu bila adik2 mama, Idah dan Esah bertunang, ada juga majlis pertunangan yg sebenar walaupun tak sebesar mana.  Sekurang-kurangnya beradatlah juga.  Majlis adik beradik abang yg lain semuanya 'grand'...bertunang pun macam kenduri kahwin.....kalau org lain, mesti terasa hati jugakan....






Apa2 pun, mama masih bersyukur.  Segala dugaan Berjaya ditempuh sebab mama ni muka tebal kot.  Orang tak suka pun mama tak kisah je...Episod di atas tu cuma satu dpd banyak lagi episode duka dan pahit yg mama alami.  Biarlah jadi cerita peribadi mama sendiri.  Tak elokkan nak cerita semuanya.


  

ALHAMDULILLAH.........................suka tak suka, sedar tak sedar dah 22 tahun pun.  Terima kasih untuk abang kerana menerima kekurangan dan kelemahan mama serta sudi menerima mama seadanya.....semoga ikatan kasih kita terus subur.  Bersama-sama kita saling melengkapi.   Semoga ALLAH merestui hidup kita, rumahtangga kita dan anak2 kita...aminnnn

Jom kita tengok dan baca 'husband and wife quotes ' ni utk hiburan semata-mata....


 

Friday, May 24, 2013

PRU punya pasal

Assalamualaikum.....dah lebih sebulan tak update.. ni semua angkara PRU 13....kalau sebelum ni mama tak begitu berminat dgn politik, PRU 13 ni buat mama jadi mcm penganalisis politik pulak...tapi kat rumah jela..bukan apa pun, kadang2 berbincang, kadang2 berdebat dgn cik abang ....hari2 baca paper, tengok tv astro awani, tv1, tv3, dan tv alhijrah..pendek kata asal ada saja program berkaitan soaljawab atau bicara pru, semuanya kami pulun tengok.. sanggup tido lewat sebab nak surf internet pulak..semuanya angkara pru....

 
macam2 yg mama tengok, dengar dan baca..belum lagi sms yg diterima... kalau online pulak dalam facebook pun banyak posting pasal pru....hmmm, ada yg menakutkan, tak kurang juga yang 'bakar darah'..... anak2 muda masa kini pulak, lebih percayakan bahan dari internet daripda media cetak.. kalau suratkhabar atau tv, semuanya pakat kata media tersebut putar belitkan fakta... itu belum lagi anak2 menelefon mak bapak di kampong dan menghasut supaya tukar undi.......mak bapak yg tak baca akhbar, tak reti internet pun ikut bulat2 cakap anak2....mama tak nak komen banyak, nanti pasti ada yg terkucil.  Apa yang penting kita ni ada akal, ada mata hati utnuk berfikir dgn waras...  kita boleh dgn mudah buat perbandingan siapa yg difitnah dan memfitnah...


Kerajaan sesebuah Negara ibarat sebuah rumah....rumah itu mungkin selesa bagi sesetengah orang manakala sebahgian lagi orang mungkin rasa rumah itu tak sesuai didiami... tapi ibarat sebuah rumah, kalau rumah itu sudah cantik dan teguh kenapa perlu buat rumah baru...kalau ada apa2 kerosakan pada rumah itu, bukankan lebih baik kita baiki daripada meruntuhkannya?

mama setuju benar kalau pru ke 13 ini adalah yg paling sengit.....sewaktu malam keputusan pru, mama tak senang duduk......  saat menunggu keputusan muktamad adalah saat yg paling mendebarkan..  macam2 yg terbayang difikiran...



mama bukan juga ahli mana2 parti yg taksub habis dgn partinya.... mama ramai kenalan, dan masing2 dgn ketaksuban terhadap parti mereka... tak boleh langsung kita 'usik' pasal parti dia, mesti jadi bahan gaduh punya.. disurau dan masjid2 pun para Jemaah boleh bertelagah, sampai ada yg baru nk naik tangga surau dah patah balik sbb takut kena terjah dan sergah... yg pelik, kenapa orang2 melayu yg nampak benar sering bertelagah?  kaum lain senyap je...tapi dalam senyap itulah mereka mencipta tsunami...

ada orang yg mengaku dia ahli parti Islam, tapi selalu pakai seluar pendek......pasal amal ibadat pun selalu dia ambil mudah..... yg perempuan pulak tak tutup aurat...lebih sadis lagi bila seorang isteri yg mmg kuat parti islamnya bungkus kain baju suami dan halau suami keluar rumah.... si suami bukan tak sama parti..... malah sama2 berjuang utk parti itu...bila kenduri kendara tak nak join org parti lain.. macam tu ke umat parti yg baik?

tempohari mama ada kelas agama di surau..kebetulan ustaz sedang menghuraikan tentang surah 'Abassa.... diceritakan tentang satu peristiwa dimana Nabi Muhammad ditegur oleh Allah melalui surah Abasa... surah Abasa ini diturunkan Allah berhubung dgn keadaan seorang sahabat yg utama iaitu Ibnu Umi Maktum, yg buta sejak lahir.  Dia sering diminta oleh Rasululullah utk menjadi imam sembahyang di Madinah.  Dia juga tukang azan selepas peninggalan Bilal.   Dia termasuk dlm golongan org2 Muhajirin yg pertama.
 
Pada suatu hari, sebelum hijrah Nabi ke Mdinah, Ibnu Maktum dtg utk menuntut ilmu kpd Rasulullah. Kebetulan ketika itu Rasulullah didatangi oleh beberapa org Quraish yg belum masuk Islam.  Rasulullah bercakap dan menyeru mereka dgn harapan mereka tertarik dgn Islam.  Tiba2 Ibnu Maktum berkata, Wahai Rasulullah ajarkan aku apa2 yg diajarkan Allah kepadamu.  Dia berkata berulang kali.  Dia tidak tahu Rsulullah sedang berurusan dgn puak2 Quraish itu kerana dia buta, tidak nampak situasi yg berlaku.


 

Rasulullah rasa tidak senang lalu berpaling dari Ibnu Maktum, tidak mengendahkannya.  Pada ayat 3 dan 4 surah Abasa ini Allah menegur baginda; iaitu, "..tahukah engkau, hai rasulku Muhammad, keadaan org yg buta ini?  Dia bersedia membersihkan dirinya dpd segala kederhakaan dgn pengetahuan agama yg dipelajarinya, dia akan mengingati apa2 yg dia lupai, maka berfaedahlah kepadanya peringatan itu. 

Pada ayat 5, 6 dan 7 Allah berfirman:  Adapun puak2 Quraish yg tengah bercakap2 dgn engkau itu, adalah mereka org2 yg merasa tiada berhajat kpd mendengar ayat2 Alquran, disebabkan mereka telah merasa senang dan puas dgn harta dan kekuatan atau kecukupan kehidupan di dunia.  Engkau mengutamakan mereka sehingga tidak mengendahkan sahabatmu.  Engkau seorang Rasul, pekerjaan engkau hanya menyampaikan apa2 yg diperintahkan Allah.  Tidak jadi kewajipanmu berlebih-lebihan mengambil hati org2 yg sengaja ditarik.  Cukuplah sekadar sederhana sahaja. 

Allah menegaskan dalam ayat 8,9 dan 10; Adapun org ini {Ibnu Maktum] yg dtg kepadamu dgn dan menerima hidayah Allah dan petunjuk Illahi.  Dia takut akan Allah dan takut akan tersesat dpd jalan yg benar, tetapi engkau lengahkan dan tidak engkau pedulikan.

Jelas disini bahawa Allah meminta kita selalu mengutamakan org Islam lebih dpr org yg belum Islam.  Bukannya NAK LUDAH MUKA ORG ISLAM LAIN yg tak sama parti... ish, ish, ish...bukannya senang2 nak kafirkan org....

wahai melayu, bersatulah...cuba kita lapangkan minda, terima hujah orang lain, fikir pendapat org lain.... sedih mama bila ada yg kata nak ludah muka orang yg nak menyatukan org2 melayu yg berlainan parti.... hmm, bersorak riang lah org2 yg memang menunggu masa nak 'ngap'.....yg menangguk di air keruh, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk di tengah2 tak kan mati sbb pelanduk ni bijak..yg mati nanti dua gajah itulah........fikir-fikirkanlah...

Wednesday, April 17, 2013

cinta, apa ertinya

Semua orang pasti pernah merasai nikmat cinta dan tahu apa erti cinta.. ada yang bahagia namun banyak juga yang kecundang pabila cinta terputus dipertengahan jalan.  Hmmm....kali ini mama nak sembang sikit pasal cinta.  Saja suka-suka mengenang kembali kisah cintan-cintun zaman muda-muda dulu.. 

Di zaman sekolah rendah, kawan2 selalu usik mama ngan Zubir anak Wak Abu teksi.. Zubir ni ketua pengawas, mama penolongnya .  Oleh sebab cikgu selalu sebut nama kami , dah kengkawan yang agaknya 'jealous' kenenkan kami.  Haha...bengang juga waktu tu..lebih2 lagi bila Zubir pun macam takut2 je nak bercakap dgn mama, takut kena gossip.  Habis sekolah, tamatlah cerita cinta budak sekolah rendah...

Sekoalh menengah pulak, sorry kalau nak cakap passl cinta... mama sekolah kat SABGS ,...girls' school tu..mana nak ada pak we...   yang menariknya ada dua tiga org kawan seasrama yang bercinta sakan dgn budak2 High School dan Alhamdulillah ada yang kawin pun....macam mana ek diorang boleh berjumpa ni?  Ha, ini semua pasal kelas tuisyen add maths dan juga tuisyen GPMS.  Masa tu kami dibenarkan tuisyen di luar asrama.  Maziyah dan Siti Habesah adalah antara yg bercinta tu dan dah kawin pun dgn cinta hati masing2 sebaik tamat belajar di IPT.  Mama?  Ish..mama mana ada, maklum tak seberapa glamor..hehe..



Selepas tamat sekolah, mama pernah ikut abang Long tinggal kat rumah dia di Jasin.  Masa tu abang Long mengajar di IKM Jasin.  Kononnya mama nak cari kerja sementara tunggu SPM.  Dua bulan je kot mama serasi ngn abang Long.  Mama balik semula ke kampong bila mama terasa macam kak Long tak berapa setuju mama dok menumpang kat rumah dia.  Ada cerita jugak kat sini.  Ada seorang kawan abang Long yg selalu dtg rumah.  Mama tak syak apa2 tapi suatu hari tu abang Long sendiri beritahu mama.  Katanya jangan layan kawan dia tu sbb dia tak berkenan.  Ish, bercakap pun tak pernah..... rupanya kawan dia tu ada hati kat mama... hahaha....kalau abang Long restu mungkin mama kawin sebelum keputusan SPM keluar.  Tapi siapa sangka mama akhirnya 'terkawin' jugak ngn org Jasin...!!!

Tak lama mama kt kampong bila aruah Mk Ngah ajak mama tinggal ngn dia.  Masa tu memng seronok sangat sbb dapat bergaul dgn sepupu2 mama..aruah Siti dan aruah Mon.  Macam2 aktiviti yg kami buat sama2.. Kami sama2 kerja kat Bu Seng Chong Nursery yg masa tu kat sebelah rumah aruah Mk Ngah.  Kami buat kerja 'bomba' [siram pokok] dan isi tanah dlm polibeg.  Bila2 free pulak kami rajin mencuba resepi...mama diorang panggil nek uda sbb mama tinggal dgn aruah embah lanang....Nak jadi cerita, ada seorang mamat Cina tu suka sgt kacau mama.  Dia kata mama ni 'selupa[serupa] Cina'....tak macam Melayu.... banyakla si Ah Cai tu....  hari2 dia tunggu mama dtg, terintai-intai....sampai aruah Mak Ngah pun perasan.  Nama mama pulak ngam betul utk jadi bahan usikan dia.   Hari2 bila nampak mama dia akan cakap , ' wo aini' [I love u]....mama jawab 'wo hen ni..' [ I hate u]...  dia akan gelak sampai tak nampak mata....lama la juga 'opera Cina' ni berlangsung.  Episod tamat bila mama dapat masuk maktab perguruan... yang mama dengar tak lama lepas tu Ah Cai berhenti kerja tak tahu la dia pergi mana... [sebenonya mama suka juga kt dia ni, sbb muka dia comel...haha].



Cerita kat maktab adalah cerita yg paling menarik buat mama..banyak yg manis utk dikenang... kat sinilah mama betul2 belajar apa itu cinta [selain dpd belajar nak jadi cikgu..hehe]  Cinta pertama mama macam yg mama dah pernah ceritakan dulu tu dlm entri yg lalu....macam2 dugaan sebenarnya sejak mama masuk ke maktab ni....pernahla juga bebrpa mamat nak cuba2, tapi semuanya tak jadi....antara sebabnya adalah mereka tu lebih muda dr mama....tapi ada seorang tu yg mama terpaksa tipu, mak belikan mama cincin konon2 mama dah bertunang..sebab mama takut dgn cara dia... kalau jadi suami 'sure' mama kena control teruk ngn dia........

.tinggal satu semester je lagi pengajian akan tamat sebelum praktikal.., apabila ada seorang hamba  Allah tu tetiba 'terberkenalan' ngn mama ...  siap bertukar buku..bila dia pulangkan buku kat mama, ada pulak surat terselit kat dlmnya....  sejak tu, mama senang berkawan dgn dia sebab dia suka merendah diri....kami tak delah berdating sakan ....maklumlah 'budak sekolah'.... cuma mama masih ingat lagi dia ajak mama ikut dia ke rumah mak cik dia di Bngsar.  ..sejak hari itu mama tahulah yg dia betul2 serius...Alhamdulillah, cinta itu berkekalan sampai sekarang..... cuma tak lari juga dari dugaan dan ujian...


Masa baru2 kawin dulu, semua yg mama pakai tak kena dimata dia.. setiap kali nak keluar, mama kena tunjuk kat dia apa baju yg nak dipakai... bukan apa, dah selalu sangat mama kena tukar dan gosok baju lain..sesekali terasalah menyusahkan.. tapi lama2 terasa juga dia 'teramatlah' caring....

Sampai sekarang pun begitu...tapi bab pakaian dah tak jadi hal lagi....cuma kalau mama ke mana2 dan lambat balik, dia akan telefon tanya kat mana...nak kemana pun bukan senang2 dia nak bagi izin...terpaksa bersoal jawab....kalau dia puas hati dgn jawapan mama, barula dia lepaskan.....nak drive balik kg?  No, no, no...........jangan mimpilah....kalau nak balik kampong atau nak drive keluar dari Melaka kena make sure dia ada...bila dia ada, maknanya dialah drive.....ish3x....bukan tak percaya kat mama.. tapi ......................nak control la tu kot....apa2 pun yg penting, kami bahagia.   Walau kadang2 nampak mcm mama kena control, tapi mama redha.  Kawan2 mama pun dah maklum... jadi tak dela diorang nak ajak mama lepak2 ke makan2 kat mana2 lepas sekolah...diorang tau dah, mama 'susah' nak dapat izin...Mak dan adik2 mama pun dah faham dah kalau mama ni payah nak balik kampong...Kawan mama Notie pun pernah cakap mama ni asyik kena 'buli'.....nak buat macam mana, syurga di bawah tapak kakinya.  Selagi dia syg kat mama, dan tak 'naik tangan' tu kira oklah.....

Semoga kawan2 mama yang ada cinta di hati, bahagia dgn cinta masing2....yang belum dpt cinta mama selalu doakan kebahagiaan juga ....

Saturday, April 13, 2013

Al-Fatihah

Al -Fatihah buat bonda kepada sahabatku Notie...  Awal pagi hari Rabu 10 April lalu mama terima sms Notie menyatakan tentang kembalinya Allahyarhamah ke rahmatullah...



Mama cuba call dia berkali-kali malangnya tidak berangkat.  Mungkin dia sibuk.  Mama ingat nak juga ajak abang ke rumah ibunya di Muar tu bila2 ada free.  Tapi tak mengapalah, mungkin belum rezeki mama nak ziarah ke rumahnya.  Mama harap Notie tabaj dan sabar dengan qadha' dan qadar Allah.  Kita yang masih punya ibu, sentiasalah ingat kat ibu masing2.  Sering2 telefon atau jenguk tanya khabar. 

 

Selain itu selalu2 lah doakan kesejahteraan ibu kita.  Pengalaman membawa ibu ke Mekah musim haji yang lalu masih segar diingatan...



Mama selalu berharap agar amalan ibu dan mama di sana diterima oleh Allah swt.  Segala kekurangan dan kepayahan yang kami tempuh adalah ujian kesabaran terutamanya buat mama.  Semoga Allah terima segala urusan dan amalan mama itu dalam menjaga ibu yang sering tidak sihat sepanjang berada di Mekah.



Buat Notie; usah terlalu sedih atas kehilangannya.  Kau masih ada insan2 yang menyayangimu, adik-beradik, anak2 buah dan sahabat2 mu yang Insyaallah akan selalu ada dan peka.  Kalau kau rindukan ibumu, bila2 masa saja kau boleh menumpang kasih ibuku.  Anggap sajalah kita ini bersaudara.  Aku selalu redha kau menjadi antara insan yang aku sayangi.

Wednesday, April 3, 2013

Bosannnnn bertandang pulak...

hmmmmmmmmmm.....dah lebih tiga minggu tak 'bersiaran'..terasa rindu yg teramat sangat....  kekangan kerja, cuaca dan mood yang tak menentu telah menghalang segalanya.... hari2 yang dilalui serasa amat padat sekali, kadang2 macam tak sempat nak bernafas....    lepas satu, satu lagi kerja menjengah..... bila dah penat, mulalah serba tak kena....  dan bosan pun bertandanglah......

 
hahaha..cam nilah kalau dah bosan, asyik nak kuak lentang..



bila dah bosan, semua kerja tak menjadi..



kalau mama jadi macam kucing ni, tak payah susah2 nak diet dah..

hari ni memang bosan tahap maksimum.., belum selesai kerja yang dulu dah datang kerja baru..tengahari tadi meeting ..dapat tugasan besar.  Maklumlah sekolah mama ni nak ke arah sekolah cluster..banyak keje..mama kena pulak bahagian dokumen dan filing....tak leh goreng tak leh kelentong..semuanya yang fakta...kena kutip data2 sepanjang tiga tahun.....adus......macam tak de orang muda belia yang bertenaga sekuat wonder woman lagi..

guru besar lak lantik mama jadi ketua tapi  mama kena lantik sendiri pembantu.  katanya cari orang yg boleh ngam kerja ngan mama... adus....memangla kadang2 org leh ngam, tapi bukan semua hal kita ngam... bab2 kerja ni kadang2 payah sikit org nak ngam....akhirnya ketua jugak buat semua.  Dah berlaku dah pun..bulan lepas kami kena buat pembentangan tentang PIPP...mama ketua dgn tiga lagi AJK.. kami sepatutnya kena buat power point... kami dibekalkan CD untuk dibaca dan buat powerpoint. ...at last, dia org kata tak sempat nak buka CD, apalagi nak baca berpuluh mukasurat tu... dia orang mintak mama suruh Ariff anak sulung mama buatkan... janji nak bagi Ariff saguhati.  Bersengkang mata jugaklah si Ariff buat 'assignment' mama dan kawan2.  Seminggu jugak budak tu siap sebab nak kena study, bukak CD, baca nota dan catat isi penting...hasilnya dapatlah 18 slide powerpoint yg memang power..maklum budak muda yg buat...kebetulan Ariff tengah cuti.

tup2, bila dah siap, dia orang buat tak kisah je....janji tinggal janji..ish3x....tak sangka betul, walhal dua lagi tu ustazah belaka. sorang lagi tu si mamat yang selfish..dia memang takkan bekerja sama kalau benda tu tak menguntungkan dia...kalau pembentangan tu boleh bantu dia naik pangkat barulah dia beriya-iya.... tapi mama cool lagi dan cover jugak, mama bagi Ariff saguhati tu senyap2.. konon2 kawan2 mama yg berjanji tadi tu yg beri...