Total Pageviews

Saturday, January 5, 2013

Madinatul Hujjaj

JUMAAT 9 N0VEMBER 2012

Jam 7.30 pagi, ada taklimat tawaf wada' dan keberangkatan pulang.  Mama rasa berat hati sungguh untuk hadir ke taklimat itu.  Di awal taklimat lagi, kalau ustaz biasanya suka melawak, tidak lagi melawak dalam taklimat kali ini.  Sebaliknya beliau menasihatkan jemaah supaya jangan terlalu ghairah, excited, gembira untuk pulang ke tanahair.  Nada suara ustaz juga berbeza, nampak benar yang dia pun sedih meninggalkan kota ini.  Kata ustaz lagi, janganlah sampai kegembiraan untuk pulang itu mengatasi kesedihan untuk meninggalkan baitullah... yelah, bukan senang nak dapat peluang mengerjakan haji.  Umrah boleh buat berkali-kali jika ada rezeki.  Namun tak sama rasanya apabila kita melaksanakan rukun Islam kelima itu.

Hati mama hiba sangat.  Rasa nak menitik air mata tapi mama masih boleh kawal lagi.  Selesai ustaz memberi taklimat tawaf wada', pegawai TH pula beri taklimat keberangkatan pulang.  Tengahari nanti kami akan diberi sticker mengandungi nama, nombor bas, nombor blok dan bilik untuk ditampal pada beg sandang dan bagasi.  Kami diminta menurunkan bagasi ke lobi hotel mulai jam 4 petang.   Lori akan mengangkut beg2 itu tepat jam 11 malam dan terus dihantar ke Madinatulhujaj, tempat kami akan ditempatkan sebelum ke lapangan terbang King Abdul Aziz.

Kami juga diminta melaksanakan tawaf wada' mulai jam 11 malam ini, dan bas akan bertolak pada jam dua pagi.  Hari ini semua orang sibuk.  Sibuk menimbang bagasi masing2 kerana bimbang berat melebihi 25 kg.  Kalau lebih, setiap satu kg akan dikenakan caj SR25.  Ada yang terlalu gembira, nampak tak sabar2 nak menurunkan bagasi. 

Jam 11 malam, kami bertawaf wada'....rasa sebak dan sedih tatkala membaca doa keliling kaabah.  Cuaca pun macam sepakat dengan kesedihan kami.  Hujan turun renyai2 ketika kami memulakan tawaf dan terus lebat ketika kami baru nak mula pusingan kedua.  Ketika ini, kami dan jemaah lain bergegas ke tingkat satu untuk meneruskan tawaf.   Dari tingkat atas, dapat kami lihat ramai lagi jemaah yang tidak berganjak, meneruskan tawaf dalam hujan.  Keliling kaabah mula digenangi air dan pekerja2 masjid riuh rendah, bekerjasama menyapu dan menolak air keluar.  Cekap sungguh mereka. 

Pekerja2 berbaju hijau mengeringkan air hujan

Orang2 tempatan seronok bermain hujan.  Kata mereka sudah hampir setahun hujan tidak turun. Hujan di sini lebat tetapi sekejap sahaja.  Alhamdulillah, mama dah merasa tiga kali hujan di Mekah.  Kanak2 paling seronok .  Mereka bermain air hujan walaupun kotor.  Riuh di luar dfan di jalanan dengan suara kanak2 yang riang bermain hujan.

Masuk pusingan ketiga, hujan berhenti.  Mama dan abang turun semula dan meneruskan tawaf pusingan seterusnya hingga tamat.  Pakaian kami basah tetapi kami puas kerana dapat mengerjakan tawaf di keliling kaabah.  Kawasan itu agak lapang sedikit kerana sebahagian jemaah telah ke tingkat atas tadi.  Kami ambil kesempatan untuk mendekati kaabah, mama harap benar dapat mencium hajarulaswad.  Malangnya kami tidak berjaya.  Abang menyabarkan mama dan meluahkan rasa bimbang untuk bertolakan dgn jemaah lain.  Akhirnya mama dapat menyentuh dinding kaabah sahaja.  Syukurlah, sekurang-kurangnya dua kali mama mendapat peluang itu sedangkan ribuan malah jutaan jemaah lain hanya mampu pandang sahaja.

Selesai solat sunat tawaf di belakang Maqam Ibrahim, abang berkata,"Kita kena datang lagi... mesti datang lagi..!!" Merah mata abang dan basah pula pipi mama, sayu meninggalkan baitullah.  Berat saja kaki kami melangkah keluar dari masjidilharam.  Setibanya di hotel jam 12.30 tengah malam.  Bas2 sudah menunggu.  Jemaah KT38 sudah berhimpun di lobi.  Mama dan abang naik ke bilik untuk mengambil barang2 dan menukar pakaian yang basah.

Cepat pula bas2 ini sampai.  Sedangkan jadual keberangkatan kami ke Madinatulhujaj adalah pada jam 2 pagi.  Alhamdulillah, Allah mudahkan, jadi bas2 itu cepat datang.  Kami tiba di Madinatulhujaj sebelum dua pagi. Madinatulhujaj merupakan bekas asrama polis.  Dulu asalnya ia adalah tempat latihan polis Arab Saudi.  Ia adalah dorm dengan katil dua tingkat , bukan hotel yang selesa tetapi Alhamdulillah semuanya mudah.   Madinatul Hujjaj letaknya di Jeddah.  Fungsinya menyamai Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Jika urusan pemergian jemaah Haji ke tanah suci dilakukan di Kelana Jaya. Begitu juga urusan keberangkatan pulang dilakukan di sini. Ia boleh memuatkan 1000 jemaah dalam satu masa.  Jemaah akan tidur, mandi, bersolat Jamak, berehat, makan minum, urusan Timbang Bagasi dan mendapatkan Kupon Boarding di sini sebelum dibawa menuju ke airport Jeddah. Di sini juga ada disediakan gerai menjual makanan dan juga pakaian. Macam2 ada, sup unta, susu unta, kurma dan buah delima.  Nak pekena roti canai pun ada.

Pagi itu angin kuat beserta pasir2 halus.  Bila keadaan mulai reda, barulah mama keluar dengan mak dan Kak Piah.  Mama makan roti canai, Kak Piah dan mak pekena mee hoon sup.  Rasa teragak nak makan sup unta, tapi bila seorang kakak tu kata, tak sedap, mama pun tak cuba... Ha, sekarang baru menyesal, sepatutnya mama cuba juga.  Sekurang-kurang bolehlah bercerita kat anak2 rasa sup unta tu.   Te\ngahari, abang belanja makan cendol, boleh tahan juga rasanya.

  Tak jauh dari pokok besar tu ada gerai makanan dan pakaian.
Madinatulhujaj, asrama tempat jemaah haji menginap/transit sebelum pulang ke tanah air.

Subhanallah sekali lagi, bas mama tiba lebih awal daripada bas2 lain.  Mama pilih katil tepi tingkap dan terus 'landing time'....sehingga sedar dari tidur sebelum Subuh. 

Klinik pun ada

Lepak di luar asrama , berhadapan gerai makanan
Bagasi disusun ikut nombor bas.
Timbang bagasi di Madinatuhujjaj, Jeddah


Semuanya mudah di sini, Alhamdulillah.  Petang itu ada satu kejadian yang sampai sekarang masih segar diingatan.  Esok saja mama ceritakan, Insyaallah.  

Friday, January 4, 2013

Lagi.......................

RABU 7 NOVEMBER 2012

Alhamdulillah, hari ini selepas sarapan pagi, mama, abang, Kak Timah dan suami sama2 ke Tanaim.  Dah acap kali Kak Timah ajak mama dan abang untuk membawa dia dan suami ke Tanaim berniat umrah sunat.  Oleh kerana kami cuma berempat, mudahlah dapat teksi.  Pemandu teksi bernama Muhammad Islam berasal dari Myanmar...orang Rohingya rupanya.... sepanjang perjalanan, dia yang agak peramah ini cuba berkomunikasi dengan kami...caca marba, semua bahasa kami guna... Arab sikit, Melayu sikit dan Bahasa Inggeris sikit.  Muhd lebih banyak bercakap dlm bahasa Arab tapi dia faham bahasa Melayu dan Inggeris.

Menurut ceritanya, dia berhijrah ke Mekah sejak 20 tahun lalu.  Dah berkahwin dgn wanita Arab Saudi.. 
"Saya, Siti Rahmah [isteri] Arab. Anak rijal [lelaki] empat," katanya bangga.  [Siti Rahmah merujuk kepada perempuan]. Tidak seperti pemandu teksi lain yang cepat marah, tak sabar dan menipu, Muhammad Islam lembut dan sangat sabar.  Tak pernah sekalipun dia menekan hon keretanya.  Kemudian dia juga sabar menunggu kami bersolat sunat di masjid di Tanaim.

Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami tiba semula ke Masjidilharam.  Mama dan abang dah bertekad untuk bertawaf di keliling kaabah bersesak dengan jemaah lain.  Walaupun tawaf di tingkat atas tidak sesak dan selesa, tetapi 'feeling' bertawaf di keliling kaabah berbeza dgn di tingkat atas.  Selesai tujuh pusingan, kami berjaya 'menyelinap' dekat betul dengan dinding kaabah.  Kami ambil kesempatan untuk mengucup dan menyentuh kaabah. Itu pun dah cukup 'siksa' bertolakan, jadi tidaklah rasa terkilan sangat bila tak dapat kucup hajarulaswad.  Kemudian kami dapat juga peluang mendekati Hijr Ismail, salah satu tempat mustajab berdoa... Alhamdulillah, kami berdoa sepuas-puasnya di situ. Perasaan sayu dan hiba memang tidak dapat dielakkan. 
Puas dapat tawaf dekat dengan Kaabah
Sesak dihimpit ribuan jemaah tetapi puas dan redha
Kawasan Hijr Ismail

Selesai berdoa, abang pegang tangan mama kuat2 untuk mengelakkan kami dari dirempuh atau dihimpit jemaah yang begitu teruja mahu menyentuh kaabah. Bukan senang dapat peluang itu, jadi mama bersyukur sangat. 

KHAMIS 8 NOVEMBER 2012

Hari-hari terakhir di sini, kami ambil peluang untuk berjalan meneroka seluruh kawasan masjidilharam.  Keluar masjid, kami meneroka pula kawasan2 sekitar hotel2 mewah di sana.  Memang meletihkan tetapi banyak pengalaman yang ditimba, banyak pemandangan yang menarik, menghiburkan dan indah untuk dilupakan begitu sahaja.

Selesai solat Asar, mama seperti biasa menuju ke bawah untuk melihat kaabah.  Kemudian, mama terpandang seorang lelaki yang rasanya mama kenal, popular tetapi bimbang juga kalau salah orang.  ;Lelaki itu duduk di tangga dalam masjid, bertentangan dengan kaabah.  Dia memegang al-quran, melemparkan senyumannya.  Mama cuma senyum di balik purdah yang mama pakai.  Rupanya betullah lelaki itu adalah MAHER ZAIN.... itupun setelah mama pulang dan anak2 mama bertanya, ada tak jumpa MAHER ZAIN sebab dia pun tunaikan haji juga. 
Inilah dia lelaki itu..

Disana bila mama ceritakan kepada abang , abang tak percaya sebab katanya ramai lelaki yang serupa macam dia.... ha ha.... tapi, kalau tengok gambar atas tu, itulah lelaki yg mama terserempak di tangga masjid.

*Abang jealous kot......haha...  petang itu juga abang jumpa Syamsul Ghau Ghau disana....
.

Thursday, January 3, 2013

Rindu Bertandang Lagi.....

ISNIN 5 NOVEMBER 2012

Hari ini mama pening kepala.  Abang ajak pula ke Safwa Tower.  Dia ingin membeli sehelai jubah yang sudah lama juga diidamkan. Di Safwa Towers ni memang banyak kedai2 yang menjual jubah lelaki dan perempuan.  Cantik2 dan harganya pula boleh dirunding.  Setelah berjaya mendapatkan jubah yang dicari, kami balik semula ke hotel.  Kepala masih lagi pening dan kaki pula lenguh2 kesan daripada tawaf dan saei tempohari.

Waktu zuhur, mama duduk berdekatan dgn tong2 air zam2.  Seorang wanita muda dari Pakistan, Jameela, duduk di sebelah kiri mama.  Amina, seorang wanita muda berkulit hitam dari London duduk di sebelah kanan.  Sempat kami berkenalan dan bersembang sementara menanti waktu zuhur. Mulanya, mama berbual dgn Amina.  Mama tertarik kerana dia datang dari London.  Dia datang dgn seorang kawannya 'minah saleh' iaitu Sara. Sara dan Jameela mulanya hanya mendengar saja perbualan kami.   Menurut kata Amina, Islam sedang pesat berkembang di kota London.  Dia juga kata ramai orang Malaysia tinggal di sana, jadi dia tahu serba-sedikit tentang Malaysia

Seronok berbual dengannya kerana selain dari dialek pekat British, dia juga sentiasa mengucapkan kalimah Alhamdulillah dan subhanallah.  Sempat juga puji mama yang boleh berinteraksi dgn dia dlm bahasa Inggeris. Kembang sekejap hati bila kena puji begitu.   Katanya lagi, mama beruntung menjadi guru.  Seorang guru boleh bertugas di mana-mana di dunia ini, kerana khidmat guru sentiasa diperlukan.   Alhamdulillah........ Tak lama lepas tu,Jameela memperkenalkan diri.  Kalau Amina dan Sara bekerja di imigresen di London, Jameela pula bekerja di pejabat income-tax di Pakistan.  Menurut katanya, sekarang kerajaan Pakistan lebih terbuka.  Wanita sudah dibenarkan bekerja tetapi banyak rasuah berlaku terutamanya untuk mendapatkan pekerjaan yg baik.

Kemudian, kami sama2 meluahkan rasa sayang dan cinta kpd kota suci Mekah.  Bak kata Amina, " its a wonderful and beautiful place. Everyone comes for Allah, nothing but Allah.  We'll miss this place a lot... we'll miss the peaceful surrounding here.... people come from everywhere , all over the world, for the same reason...  Subhanallah,no other place but only Mekah....the place that captures billion of Muslims hearts ....." Kami sama2 pula tertunduk dan mengalirkan air mata hiba, sedih, sayu untuk mengenangkan saat meninggalkan kota ini yg semakin hampir.

 Sesudah solat, kami bersalaman dan berpelukan.  Masing2 mendoakan kesejahteraan dan berdoa agar dapat bertemu di sini lagi suatu hari nanti, Insyaallah. Sungguh, mama rindukan suasana itu.  Dimana semua orang tak kira bangsa dan tempat asal, sama2 beribadat kerana Allah dan tiada perselisihan faham langsung.  Sama2 pula mengukuhkan silaturrahim sesama Islam.  Betul2 rindu....rindukan 'sahabat2' dari negara lain.

SELASA 6 NOVEMBER 2012

Semakin dekat hari untuk meninggalkan Mekah, semakin terasa sayang dan berat hati ini.  Ya Allah, Kau murahkanlah rezekiku, supaya aku dapat berkunjung kembali ke kota suci-Mu.  Ya Allah, Kau perkenankanlah, makbulkanlah doa hamba-Mu ini, doa sahabat2ku, anak2ku, suamiku, ahli keluargaku, adik-beradikku, Kau permudahkanlah mereka mencapai impian dan cita2 mereka ya Allah.    Kau berikanlah mereka kebahagiaan dunia dan akhirat.  Berilah rezeki kepada mereka agar dapat berkunjung ke kota suci-Mu.  Sesungguhnya Kau maha pengasih dan penyayang.

Hotel al-Olayan semakin sepi.  Satu demi satu KT berangkat pulang atau ke Madinah.  Tetapi, Subhanallah, baitullah tetap sibuk dan tak pernah kosong.  Ia masih seperti biasa, sesak dengan manusia2 yang terus istiqamah untuk beribadah....mencari kebahagiaan abadi.




































Thursday, December 27, 2012

Allahuakbar................!!!!!!

SABTU 3 NOVEMBER 2012

ALHAMDULILLAH......................hari ini mama tunaikan ibadah tawaf dan saei haji yg sudah beberapa hari tertangguh sebab ALLAH beri cuti.   Bermula jam 9.00 malam dan selesai hampir jam 12 tengah malam.  Abang temankan mama bertawaf, jadi dapatlah dia tawaf sunat.  Kami bertawaf di tingkat satu memandangkan kesesakan di keliling Baitullah.  Itupun bersesak juga, tapi masih lagi boleh berjalan dgn selesa.  Selesai tawaf, abang ambil kesempatan untuk berehat sambil menunggu mama di Bukit Marwah. 

Pengalaman ini masih segar di ingatan.  Ketika mama selesai satu pusingan saei, mama hampir putus asa kerana kaki terasa terlalu letih.  Mama berkira-kira utk mencari tempat duduk dan berehat.  Allah maha besar....sedang mama mencari-cari dan bercadang utk berhenti, mama terpandang seorang hamba ALLAH yang cacat.  Tangan kirinya kudung.  Begitu juga dgn kedua belah kakinya yg kudung paras lutut.  Hamba ALLAH ini sedang bersaei dgn berjalan di atas kedua lututnya.  Pantas dia 'berjalan' tanpa menghiraukan orang ramai yg sedang bersaei.  Yang berkerusi roda pun ramai juga tetapi maha suci ALLAH, hamba-Mu itu begitu tabah berjalan sendiri menggunakan lutut.  Tiba-tiba mama rasa teramat malu kepada hamba ALLAH itu  Malu juga kpd ALLAH swt kerana mama yg fizikalnya sempurna ini 'malas' utk berjalan.

SUBHANALLAH..... seketika kemudian seorang lagi hamba ALLAH warga Afrika memintas mama yang berjalan terkedek-kedek.  MASYAALLAH, ALLAHUAKBAR................. warga Afrika itu amat pantas berjalan walaupun kedua belah tapak kakinya terbalik.  Maknanya dia juga  OKU.  Ya ALLAH, malunya aku.... ampunkan aku ya ALLAH kerana memanjakan kakiku.  Betapa ALLAH telah tunjukkan kepada mama kejadian itu utk mama berfikir.  Mama ambil semangat dua orang lelaki OKU itu dan teruskan perjalanan saei hingga selesai.  Yang peliknya, mama tidak lagi terlihat mereka di pusingan seterusnya.. Hanya ALLAH yang tahu, apakah sebenarnya yang Dia hendak tunjukkan kpd mama sebentar tadi.




 

Sungguh mama amat malu dgn diri sendiri.  Terima kasih ya ALLAH kerana menunjukkan kebesaran-Mu.  Betapa OKU seperti mereka itu tabah beribadah tanpa bantuan sesiapa. 

AHAD 4 NOVEMBER 2012

Berpeluang meronda sekitar Hotel King Abdul Aziz............... kagum dengan keindahan kompleks membeli-belah di hotel itu yang seakan-akan kompleks KLCC.  Di sini mama lihat ramai warga Indonesia yang kaya-raya sedang membeli-belah.  Kedai2 emas juga menjadi tumpuan mereka.

King Abdul Aziz Hotel bersebelahan masjidilharam dan Safwa Towers yg menempatkan jam besar

Abang  sempat berkenalan dgn seorang lelaki Indonesia yang sudah berbelas kali menunaikan haji.  Setiap kali datang, dia juga membawa empat orang pekerja yang ditanggung perbelanjaan haji mereka olehnya.  Lelaki ini ada ladang kelapa sawit yang luas, siap dgn kilang sekali.  Beliau berterima kasih kpd kerajaan Malaysia kerana memberinya peluang belajar mengusahakan ladang kelapa sawit.  Sempat juga dia bercerita tentang adik-beradiknya yang mencari rezeki di Malaysia... mungkin di ladang sawit juga....atau silap2 punya ladang sawit di Malaysia...!!

Hari ini mama bersolat magrib di tingkat satu berdekatan dgn tempat saei.  Mama memang jarang2 dapat bersolat bersama-sama jemaah Malaysia.  Biasanya mama sorang2.... di celah2 jemaah negara lain.  Selalunya Indonesia, India, Pakistan dan Turki.  Sesekali ada juga 'berjiran' dgn jemaah dari China dan Eropah.  Kali ini mama bersolat di sebelah 'mak cik' Turki yang berkerusi roda.  Dia asyik sungguh berzikir dgn tasbihnya.  Tiba2 tasbihnya putus lalu bertaburanlah manik2 dari tasbihnya yg putus itu. Mama dan seorang jemaah Pakistan membantunya mengutip biji2 tasbih di bawah kerusi rodanya. 

Mama bercadang utk turun ke 'basement' pada waktu Isya'.  Di situ mudah dapat air zam2.  Terlintas di fikiran utk menghadiahkan 'makcik' Turki tadi dgn tasbih kristal yg mama baru beli pagi tadi.  Lalu mama pegang tangannya dan serahkan tasbih tersebut.  Mak cik Turki ni, memandang mama sambil tersenyum manis.  Mama terbayang-bayang lagi pandangan matanya yang penuh kasih saat memandang mama.  Dia cuma senyum tanpa berkata apa2.  Sampai saat ini mama tak dapat lupakan cara dia memandang mama itu.  Mama hulurkan salam dan memanggilnya 'mama' sebelum minta diri utk pergi dari situ..
tasbih kristal


ALLAH maha besar.  Rupanya pada masa yg sama, seorang lelaki warga Iran telah menghadiahkan abang seutas tasbih yg cantik.  Mama rasa tasbih itu diperbuat daripada kayu kokka. Mahal tasbih jenis itu.  Saat abang tunjukkan tasbih itu kpd mama, mama tahu.... ALLAH tahu yg mama sayangkan tasbih yg mama beli dan sedekahkan kpd 'mak cik' Turki tadi... lalu ALLAH hadiahkan pula tasbih lain yg lebih berkualiti melalui abang...




**Abang banyak kenalan dari kalangan jemaah asing.  Mungkin sebab abang agak peramah, jadi mudah dapat kenalan tak kira bangsa.  Kemudian abang ceritakan semula kisah2nya dgn kenalan2 tersebut. Lelaki Iran itu seorang Syiah dan seorang guru yang hampir bersara.  Ceritanya, gaji guru hampir bersara di Iran sama nilainya dgn gaji guru Malaysia yg baru 10 tahun berkhidmat.   Jadi, bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia ye.......

Wednesday, December 26, 2012

Yang Akan Di Kenang

SELASA 30 OKTOBER 2012

Sesi basuh-membasuh pakaian bermula.  Mana2 pakaian yg tebal kami hantar dobi.   Kebanyakan jemaah haji ambil peluang untuk berehat selepas banyak menggunakan tenaga di Mina. Baitullah sesak semula.  Kami dapat lihat di tv betapa ramainya jemaah yg sedang bertawaf haji.  Mama terpaksa berehat lagi tiga atau empat hari kerana uzur syar'ie.  Jemaah haji warga emas kebanyakannya mula demam dan batuk semula.  Ramai yang dah mula rindukan kampung halaman, termenung, sedih dan macam2 lagi kerenah dan ragam yg dpt dilihat.  Makan dan minum pun sudah tidak dihiraukan.  Kami yg masih sihat ni risau melihat keadaan itu.  Sedih pun ada dan dalam masa yg sama bersyukur kpd Allah kerana masih mampu bertahan dan masih mampu ke masjid. 




Ada seorang haji yg mama dapat tahu tidur di lobi hotel sahaja pada waktu malam.  Bukan saja2 suka2 tapi katanya tak mahu mengganggu kawan2 sebilik kerana batuknya yg agak kronik.  Saat orang lain tidur lena, dia tak mampu tidur kerana masalah kesihatannya.  Sejak dari Mina lagi haji ini tidak mampu menelan sebiji nasi pun.  Sambil menangis, dia bercerita bahawa itu mungkin berpunca dari dirinya sendiri.  Ketika di Mina, dia mengutuk makanan yg diberi.  "Apalah, asyik lauk sama saja.  Tak tertelan aku..."  Sejak itu betul2 haji ini tak lalu makan nasi.  Dia hanya makan roti dan biskut. 

Alhamdulillah, mama dan abang masih berselera menjamah makanan di sana.  Kadang2 kakak2 di bilik yg masing2 tak selera makan sebab demam tu beri lauk dan makanan mereka kpd kami.  Tak terhabis dibuatnya. 

Alhamdulillah sebab mama lihat abang banyak berubah.  Abang kurang marah, kurang 'berangin' malah dalam banyak keadaan abang lebih sabar dari mama.   Syukur..... ya Allah, kurniakanlah kami haji yang mabrur..!!!

RABU 31 OKTOBER 2012

Pergi ke cafe dan berjumpa dengan Syukri, anak muda Patani yg lahir di Mekah.  Syukri dan kawannya Anas bersetuju untuk membawa mak dan kak Piah utk tawaf dan saie haji.  Mereka juga yg akan membantu kak Misah, sepupu abang nanti.  Mak dan kak Piah pun sukakan Syukri sebab dia amat membantu jemaah yg dibawanya dgn 'wheel-chair'.  Dia ajar mereka doa2 yg perlu dibaca.

Bercerita tentang 'wheel-chair' ni, ramai jemaah muda yg risau dan gelisah apabila ibu bapa atau warga emas yg bersama mereka enggan menggunakan 'wheel-chair'.  Mereka berkeras nak buat tawaf dan saie sendiri walaupun uzur dan tidak berdaya.  Tetapi kebanyakannya akur setelah mendpt nasihat doktor. 

KHAMIS DAN JUMAAT: 1 DAN 2 NOVEMBER 2012

Klinik TH dibanjiri oleh ratusan jemaah.  Kebanyakannya warga emas yg mungkin stress atau tidak mampu menahan rindu utk pulang ke tanah air.  Teringat pesan ustaz, katanya, "janganlah keterujaan untuk pulang itu mengatasi kesedihan untuk meninggalkan kota suci ini."  Terngiang-ngiang kata2 ustaz itu di ingatan mama.  Bagi mama pula, memang rasa sedih dan tidak bersedia langsung untuk meninggalkan tanah suci.  Terlalu banyak kelebihan dan keindahan yg tidak mampu digambarkan dgn kata2. Kalau boleh, ingin benar rasanya menetap terus di sini.  Keindahan beribadat pasti akan dirindu dan akan dikenang hingga hujung nyawa.


Sunday, December 23, 2012

Hari Akhir di Mina

ISNIN 29 OKTOBER 2012

Kami melontar utk 13 Zulhijjah selepas solat subuh.  Mama bawa sekali beberapa bungkus biskut, buah-buahan dan air kotak.  Sepanjang perjalanan ke jamrah, mama dan abang agihkan makanan2 tu kpd penjual2 barang di tepi jalan.  Mereka amat berterima kasih dan bersyukur.  Pengalaman beri makanan kpd pengemis buat mama serik.  Bukan apa, pengemis2 tu tak nak pun makanan yg kami beri.  Mereka lebih suka duit.  Itupun ada juga yg cerewet.  Ada jemaah yg beri duit Malaysia, pengemis tak mahu, nak duit saudi juga.  Demand pulak.

kebanyakan pengemis adalah wanita dan kanak2

Satu lagi pemandangan yg kurang enak apabila pekerja2 yg sepatutnya membersihkan kawasan Mina dan lebih berminat utk sama2 minta sedekah.  Mereka hanya berdiri di tengah jalan yg sibuk dgn jemaah sambil memegang beg sampah.  Mata pula melingas memandang ke arah jemaah haji.  Kalau kita beri kpd seorang, yg lain2 akan dtg mendekati kita minta sedekah juga.  Mama pernah terpandang peristiwa yg agak mencemaskan.  Tiga org jemaah wanita bersedekah kpd seorang pengemis.  Kemudian pengemis2 yg lain  mendekati wanita2 tersebut siap tarik2 kain .  Mujur wanita2 itu cepat bertindak, lari sambil menjerit.  Apalagi, polis2 yg ada dekat2 situ halau terus pengemis2 tu.

Pernah juga mama terlihat seorang lelaki yg mama agak warga Turki.  Dia bersedekah kpd salah seorang pekerja.  Bila pekerja2 lain nampak, mereka dtg kat lelaki itu sambil menadah tangan.  Terkial-kial lelaki Turki tu menyeluk poket jubahnya mencari wang lagi.  Di TV Al-Hijrah ada satu rancangan dlm bahasa Arab.  Kalau tak silap nama rancangan tu Al-Khawater diacarakan oleh Ahmad Al-Sughairi. Ada satu episod tentang pengemis di Arab Saudi.  Sejak 5 tahun lepas, seramai 2 juta org pengemis berjaya ditangkap.  Jumlah pengemis setiap hari adalah lebih kurang 150,000 org!  Dan yg paling mengejutkan 90% kecacatan pengemis adalah palsu. Jumlah SR yg disedekahkan oleh org ramai adalah lebih kurang SR70 juta.  Kebanjiran pengemis lebih tinggi waktu musim haji.  Hmmmm......... yang mama lihat, kebanyakan pengemis dan pekerja bukan org tempatan.  Sebaliknya mereka ni kelihatan seperti pendatang dari Bangladesh, Myanmar dan majoriti org2 kulit hitam.  Itu pandangan mata kasar mama, kalau silap harap maafkan.


Ahmad Al- Sughairi, host Al-Khawater
 
 Itu cerita pengemislah.  Kalau nak cerita pasal pengemis cacat, macam2 kecacatan yg kita dapat lihat.  Banyak yg kudung tangan.  Banyak juga yg mama tak tergamak nak pandang sebab mengerikan.  Tapi macam kata Ahmad Al-Sughairi, 90% cacat palsu.  Hmmm, macam2. 
....
Balik dari melontar tu kami bersiap utk balik ke Mekah.  Kami berkumpul ikut n ombor bas.  Mama bas nombor 20.  Lebih kurang jam 8.00 pagi ustaz umumkan bas nombor 19.  Kemudian dia kata bas seterusnya 4 jam lagi....dia minta kami berehat dulu. hah....?  Mama tanya kat ustaz, "betul ke ustaz?"  Ustaz kata, "takkan ustaz menipu.."  La ustaz dah buat lawakla pulak.  Khabar angin mengatakan jalan raya sesak teruk, jadi perjalanan kami akan ditunda.  Tak apalah, redha sahaja.  Baru mama nak 'landing', tetiba ustaz umum, "jemaah haji bas nombor 20 boleh naik bas sekarang.." ALhamdulillah.......  tak sampai pun 4 jam.......4 minit adalah.

Dan akhirnya, sampailah kami semula ke Mekah.  Yang pelik tu, teman2 sebilik belum sampai lagi, walhal mereka naik bas lebih awal.   Subhanallah..........................  hotel pun masih sunyi sepi.  Lebih kurang sejam kemudian, kawan2 sebilik sampai.  Tengahari ini makanan tidak disediakan............. hah, no hal.   Masing2 masak sendiri................ masak apa? Indomie..........!!! Mee sana sedap tau, tak macam kat sini...

..
 Rindu pulak nak makan indomie Mekah