Total Pageviews

Saturday, December 22, 2012

Mina, Melontar , Tragedi Oktober

JUMAAT 26 OKTOBER 2012

Lepas Isya', kami bertolak ke Jamratul-kubra.  Jauhnya lebih kurang 7 km pergi dan balik.  Kami berjalan mengikut mutawif dan petugas TH yg membawa bendera Malaysia serta papan maktab.  Oleh sebab mak tak kuat berjalan, kami jauh tertinggal di belakang.  Mak kerap berhenti dan mama urut pinggang mak yg sakit.  Tongkat yg mama belikan sebelum ke Masyaeir nampaknya tidak mampu membantu. Kerusi roda tidak dibenarkan utk melontar, jadi mahu tak mahu terpaksalah kami teruskan perjalanan perlahan-lahan, mengikut jemaah2 dari maktab lain.  Kadang2 tak jumpa jemaah Malaysia, terpaksalah ikut jemaah Indonesia yg sudah pasti menuju arah yg sama. 

Gambar dari google images, jemaah bergerak ke jamrah.

Terowong Muassim
Kesesakan ketika melontar

Di kawasan melontar, jemaah berebut-rebut dan bertolak-tolak.  Walhal mereka tidak perlu kelam kabut.  Sepatutnya bertenang dan beri laluan, pasti keadaan akan lebih baik. Lagipun jemaah dari Asia Tenggara melontar di tingkat ketiga, tidak bertembung dgn jemaah2 lain yg masing2 di tingkat 1 dan 2.   Mama dan abang cari tempat yg agak lapang.  Alhamdulillah, mudah utk kami melakukan ibadah tersebut. 

Keluar saja dari jamrah, pak2 Arab tunggu dgn kerusi roda masing2.  Hampir sepuluh org.  Lega, kami upah seorang pak Arab utk bawa mak balik.  Sepanjang perjalanan pergi dan balik itu kami melalui beberapa terowong.  Kata Pak Arab yg kami upah itu, panjang setiap terowong lebih kurang 1km.  Terasa penat juga menapak. 

Sepanjang perjalanan juga macam2 yg kami lihat.  Kami jumpa ratusan pengemis, juga ratusan jemaah entah dari mana yg berkhemah di tepi2 jalan, di lereng bahkan di atas bukit.  Masyaallah, subhanallah.  Ada juga yg berkhemah di tepi longgokan sampah.  Yang peliknya, sampah2 di sana tidak berbau langsung.  Seekor lalat pun tiada tak macam di Malaysia. 

Keadaan tandas di Mina.

  Suasana dalam khemah di Mina

. Pemandangan Mina, bandar 3 hari...

 SABTU 27 OKTOBER 2012

Lebih kurang jam 9.30 pagi mama ke tandas.  Masyallah, beratur panjang.  Mama terdengar suara seseorang sedang marah2. 

"China out!!! Malaysia here..!!!" jerit suara itu.  Terkejut mama bila melihat seorang kakak sedang menengking seorang jemaah dari China.  Kemudian dia menolak jemaah itu hingga jatuh terduduk tak jauh dari tempat mama berdiri.  Kemudian macam2 lagi kata2 yg kurang enak terdengar.  Jemaah dari China itu pula diam sahaja.  Lama dia terduduk sehingga seorang jemaah Malaysia yg lain membantunya berdiri.  Masyaallah....dapat dilihat betapa sudah hilang kesabaran seorang hajah dari Malaysia dan betapa tinggi pula kesabaran jemaah dari China itu yg langsung tidak melawan dan berkata apa2 pun.  Sebelum ini ramai yg bising2 kerana tandas yg sama juga digunakan oleh jemaah Indonesia.  Bagi mama, tandas ini tandas awam.  Kalau dah namanya tandas awam, faham2 sajalah.  Sesiapa pun boleh masuk.  Di tandas itu pun tidak ada tertulis 'Untuk jemaah Malaysia sahaja".  Sabar sajalah. 

AHAD 28 OKTOBER 2012

Dalam  tazkirah selepas Subuh hari ini, ustaz menegur sikap pentingkan diri dan tidak sabar para jemaah.  Ustaz menasihatkan supaya para jemaah ingat semula tujuan ke tatnah suci.  Ustaz ingatkan juga tentang dugaan2 yg ditempuhi.  Setiap kesukaran itu sepatutnya dijadikan iktibar utk diri sendiri.
Mama harap benar kakak yg marah2 semalam tu  dengar tazkirah ustaz.  

Rupa-rupanya pada pagi semalam juga berlaku satu insiden lain melibatkan jemaah dari China juga.  Kisahnya seorang jemaah lelaki Malaysia , pak haji lah kiranya, sudah marah dan siap tarik tangan jemaah China itu dengan tujuan menghalangnya dari menggunakan tempat wudhu' .  Pelik juga, macam mana pak haji ni boleh masuk campur hal tandas wanita.  Bukan saja, marah, malah berdosa lagi sebab sentuh tangan wanita China tu.  Kemudian dengar cerita pak haji ni tak tutup aurat, hanya berkain pelikat, berlengging dan nampak pusat.  Macam2 hal yg memalukan. 

Kalaulah kakak dan pak haji tu tahu.........yg sebenarnya, pihak muasasah menetapkan tandas2 itu utk kegunaan 3000 jemaah.  Jemaah haji Malaysia maktab 94 cuma ada 2500 orang.  Sebab itulah jemaah Indonesia dan China guna sekali sebab khemah mereka dekat dgn tandas tersebut. 

Itulah sebahagian kisah tentang sikap tidak sabar kita.  Bolehlah diibaratkan macam tragedi Oktober.......  Terbayang2 lagi wajah kakak dan jemaah China tu. Tak boleh nak salahkan pihak TH atau muasasah sahaja.  Bayangkan tiga juta umat Islam seluruh dunia berkampung di tempat dan hari2 yg sama.  Tiga juta itu adalah yg berdaftar.  Dengar khabar ada hampir 2 juta lagi jemaah yg datang tidak berdaftar.  Itu yang kita lihat ramai berkhemah dan bergelandangan di jalanan dan kaki2 bukit.  Kadang2 tak terbayang bagaimana agaknya mereka mendaki bukit yg curam, berbatu, dengan debu dan angin yg kuat tu..... dan satu lagi, tiada pula kemudahan tandas dan makanan.  Jadi, mama amat bersyukur kerana dapat menyempurnakan ibadat di Arafah, Muzalifah, Mina walau tanpa tempat tidur empuk, makanan sedap dan tandas yg selesa.  ALHAMDULILLAH.  Terima kasih Allah....!!!!!

Friday, December 21, 2012

Arafah, Mudzalifah, Mina

ISNIN 22 OKTOBER 2012

Sekali lagi TH beri taklimat untuk persiapan ke Masyaeir [ Arafah, Mudzalifah, Mina].  Hati ini berdebar setiap kali memikirkan bagaimanakah agaknya dugaan dan suasana yg bakal dihadapi di sana... Setiap hari hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan setiap urusan.  Sedikit demi sedikit kami buat persiapan mental dan fizikal.  Tiada lagi umrah2 sunat dan TH pun tidak menggalakkan jemaah melakukan umrah sunat lagi kerana dibimbangi akan letih bila tiba di Masyaeir sedangkan di sana tenaga fizikal amat penting.

SELASA 23 OKTOBER 2012

Mempersiapkan diri dan mental utk ke Masyaeir.  Ustazah berpesan agar kami membawa sedikit bekalan makanan dan minuman.  Hari itu ramailah yg ke kedai runcit.  Biskut dan air kotak habis stok...... Farmasi pun dikunjungi ramai utk membeli bekalan ubatan yg perlu.

RABU 24 OKTOBER 2012

Bertolak ke Arafah pada jam 2.30 petang.  Alhamdulillah, perjalanan kami lancar.  Smpai di Arafah lebih kurang sejam kemudian.  Rahmat Allah, sebab ada antara jemaah yg terkandas berjam2 akibat kesesakan.  Kemah kami dekat dgn bilik air. Lebih kurang 16 buah bilik air dan tandas utk dikongsi oleh ribuan jemaah.   Di sini kesabaran memang amat penting.  Bukan setakat sabar tapi tolak ansur juga amat perlu.  Warga emas khususnya wajar didahulukan kerana kerana kdg2 terpaksa beratur panjang di tengah panas terik. Malam itu kami tidur di kemah tanpa bantal atau tilam empuk.  Beg pakaian jadi bantal paling empuk.  Sabar........ 



KHAMIS 25 OKTOBER 2012.

Hari wukuf.  Pada hari ini disunatkan berpuasa kpd org yg tidak menunaikan haji.  Bagi jemaah haji pula, hari ini adalah kemuncak haji kita.  Wukuf adalah puncaknya haji, puncak berkumpulnya seluruh jemaah, yang berjumlah jutaan, dari penjuru dunia dalam waktu bersamaan. Secara amaliah, wukuf Arafah mencerminkan puncak penyempurnaan haji kita. Di Arafah inilah Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT : “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (al-Maa’idah:3)
Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka.

Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa di Jabal Rahmah setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.

Jabal Rahmah

Menjelang maghrib, teringat pesanan ustazah untuk keluar dari kemah, berdoa menghadap kiblat dan memandang ke langit...ketika inilah para malaikat sedang mengaminkan doa kita. Setiap kali selepas solat para jemaah menangis tersedu2 kerana teringatkan dosa2 masing2.  Kebetulan Ustaz Sairozi yg membaca doa dgn penuh perasaan hiba dan membuatkan setiap yg mendengar terasa syahdu dan sedih sekali.  Semoga setiap doa kami dimakbulkan Allah, amin.

Jam 7 malam, kami bertolak ke Mudzalifah.  Kami berkumpul mengikut nombor bas.
 

Kami tiba hampir tengah malam.  Bukan sebabjauh tapi sebab sesak.  Macam2 bas yg membawa jutaan jemaah.  Terpandang bas tanpa bumbung.  Sah, itu bas jemaah Iran.

kutip batu di Mudzalifah.  Kemudian duduk dalam kesesakan menunggu bas ke Mina pula.
Batu2 untuk digunakan waktu melontar di jamrah nanti.

Selepas tengah malam bertolak ke Mina.  Alhamdulillah, bas mama sekali lagi antara yg terawal tiba.  Rahmat dan rezeki dari Allah sekali lagi kerana bas yg terdahulu bertolak pun belum tiba lagi.  Sungguh mama amat bersyukur sebab semuanya ALLAH mudahkan untuk mama.  Terima kash ya Allah  !!! Terasa amat kerdil diri ini di sisi-Mu...tetapi dalam masa yg sama aku amat terharu kerana Kau telah memuliakan aku sebagai tetamu-Mu.

Di Mina kami ditempatkan dlm kemah berhawa dingin.  Tetapi bersesak-sesak.  Pesan ustazah agar kami hayati keadaan sesak dan sempit di Mina sebagai gambaran kebangkitan manusia di padang Mahsyar kelak.  Suasana sempit tidur itu umpama kita di alam kubur nanti.  Tak mampu mengiring atau menelentang.  Muat2 badan saja ruang yg ada. Di sini dugaan utk mama sebab tersinggung dgn seorang kakak.  Dia seperti tak boleh bertolak ansur.  Akhirnya mama mengalah, tidur saja di hujung kaki orang lain.  Semoga kesabaran mama dihargai Allah.  Betul, apabila jemaah lain amat perihatin.  Masing2 pelawa mama menyelit di celah mereka, tapi mama menolak memandangkan masing2 ada keuzuran sendiri.  Ada yg batuk teruk, semput, muntah2 dan warga emas . Rasanya dalam kemah itu mama masih lagi antara org yg paling sihat, jadi biarlah begitu.

*berkenalan dgn kak Yong.  Pesakit kanser yg kuat semangat dan amat positif.  Kagum betul dgn dia.  Dia juga selalu beri kata2 motivasi utk kami.   Kak Yong juga pembakar semangat mama utk terus sabar menghadapi dugaan.
 


Tuesday, December 18, 2012

Seterusnya...................

SELASA 16 OKTOBER 2012

Alhamdulillah....,hari2 yg dilalui semakin indah dan dimudahkan.  Setakat ini, apa saja yg mama mohon telah diberi perhatian oleh Allah.. tak pernah lagi mama rasa tidak selesa sewaktu menunaikan solat di masjidilharam.  Petuanya mudah, sentiasa yakin dgn Allah, jangan sesekali berperasaan negatif kerana Allah maha tahu.  Dan, seperkara lagi, selalu mudahkan orang lain.  Insyaallah Allah akan mudahkan urusan kita.

RABU 17 OKTOBER 2012

Kak Timah dan Kak Piah ikut sekali ke masjid.  Mak tinggal dgn Kak Munah.  Sahabat baik kak Timah hantar sms dr Malaysia.  Pesannya, hari ini 1 Zulhijjah, selepas subuh kelambu kaabah akan ditukar, jadi ambil peluang untuk menyaksikannya.  Mama tak tunggu pun.  Abang dan mama terus ke Safwa Towers, ke Restoran D' Saji beli makanan utk sarapan pagi.

D' Saji Felda di Mekah.

Kalau nak cari makanan Melayu, di sinilah tempatnya.  Mama paling suka nasi lemaknya.  Sedaapp.....mahal sikit tapi biasalah..., tempat orangkan. Kalau cerewet sgt, tak payah beli.  Masak sendiri!

Kak Timah dan Kak Piah yg beriya-iya nak tunggu kelambu kaabah ditukar, balik juga akhirnya jam 7 pagi.  Tak ada apa pun yg bertukar, kata mereka.  Mungkin belum masanya.

Jam 7.30 pagi, kami dengar ada kematian di Tingkat 1.  Dengar khabar jemaah wanita dr Melaka.  Mama temankan Lin dan Kak Ida pergi melawat.  Bukan org Melaka rupanya, tapi org Perlis, lelaki berusia 60an.  Sedihnya bila tengok kakak yahg kematian suaminya itu.  Mujur ada adik iparnya yg menemani.

KHAMIS 18 OKTOBER 2012

Ceramah khas utk wanita di tingkat Mezanine.  Bermula jam 9 hingga 11.30 pagi.  Abang dah pergi ke masjid jadi tak dptlah ikut.  Tapi tak apalah tu, sebab banyak ilmu yg dititipkan oleh ustazah.

JUMAAT 19 OKTOBER 2012

Program bacaan Yasin dan ceramah oleh Ustazah Zuhorah.  Sekali lagi banyak nasihat dan pesanan beliau.  Rugi kalau tak hadir.  Jam 10 pagi abang dah keluar untuk solat Jumaat, itupun terpaksa berjemur dan solat atas jalan sebab dah sesak dimasjid.

SABTU 20 OKTOBER 2012

Dah lama rasanya tak minum kopi o atau milo.  Ajak abang cari di kedai, tapi tak jumpa pun.  Yang ada teh saja.  Beli juga sebotol kecil indocafe.  Susu pekat pun tak ada.  Heran juga. Agaknya org Arab suka minum teh saja, gunakan susu cair kot.

AHAD 21 OKTOBER 2012

Taklimat persiapan ke Masyaeir.  Macam2 pesanan ustazah dan pegawai kesihatan.  Berkali2 ustazah beri penegasan tentang persiapan mental dan fizikal utk ke Masyaeir.  Bukan mudah utk menghadapi dugaan di Arafah , Mudzalifah dan Mina.  Kami dijadualkan akan berada di sana selama 5 hari.  Ustazah menceritakan macam2 pengalamannya menguruskan dgn jemaah setiap tahun. Macam2 masalah yg berlaku dan beliau amat berharap jemaah tahun ini tidak akan mengulangi 'sejarah' pahit tahun2 yg lalu.

Jam 8 malam ada slot Forum Perdana di Mezanine.  Sayangnya mama tak dpt masuk sebab dah terlalu sesak.  Kami turun ke lobi .  Ada seorang perempuan muda asyik perhatikan mama dan abang.  Kami berbual-bual.  Siapa sangka rupanya perempuan tu bekas anak murid abang di Tg Sedili dulu.  Kecilnya dunia ini.  Dan mama terasa tua tiba2............!!..




Thursday, December 13, 2012

Malaysia yang ku banggakan

AHAD 14 OKTOBER 2012

Pagi tu, sedang kami berehat di bilik, tiba2 ada suara memberi salam... ingatkan Ustazah Zuhorah,sbb dia ada kata nak pantau kesihatan dan persediaan jemaah untuk ke masyaeir... mama buka pintu...  laa, rupanya seorang gadis manis jelita muda belia datang menjual barang2 kemas...  dari tutur katanya, taulah kami dia tu gadis patani yg lahir di sini dan keluarganya pun dah 30 tahun menetap di Mekah... untung diorang ....

waktu zuhur hari tu, mama dapat tempat yg sama macam semalam lagi... kali ini disebelah mama jemaah Indon juga ... waah, cantik sungguh ..... ala2 bintang filem gitu.. ada iras2 lenny marlina versi muda....  namanya ibu Nina....  kami sempat sembang lagi tentang macam2 ragam kat sini, dan macam2 gelagat manusia... nak jadi cerita, ibu Nina bentang sejadahnya melintang atas tujuan nak bagi jemaah dr India di sebelahnya tumpang  sujud sama. .. masa tu jemaah India tu dah mula solat sunat rakaat pertama... sejadah yg dibentang iu Nina tu terlipat... boleh pulak jemaah India tadi betul2kan sejadah tu sambil dia solat.. kalau ikut pemerhatian dan mazhab shafie, dia dah batal solat sebab buat tiga pergerakan besar berturut2....  ibu Nina terkejut...katanya, "Astaga, buk.. dia kan lagi solat!  Ngapain dia betulin sejadah saya..."  Mama kata, di sini memang banyak benda dan perkara pelik yg kita akan sering lihat....itu belum lagi ibu Nina tengok cara mereka bersujud.... ada kawan mama kata, sujud macam katak! Masyaallah....itu mazhab dia...  kalau di tempat saei pulak, kita dpt tengok sesetengah jemaah yh mencium batu di bukit Marwah , lepas tu meratap hiba.....
bukit Marwah


Hari itu selesai solat, seperti biasa ada solat jenazah.... Ibu Nina menangis melihat imam berjalan menuju ke ruang solat jenazah...."Aduh, masyaallah... gantengnya imamnya....!! doakan anak saya bisa jadi imam ya buk.. anak saya lagi menuntut di Universitas Madinah..!!" Kemudian kami berpelukan dan sama2 menitiskan airmata..  terbayang2 wajah2 anak2 teruna mama yg tiga org tu....... Ya Allah, lembutkan hati mereka, anak2ku supaya sentiasa mengingati-Mu....

oh ya, di sini setiap kali solat pasti ada solat jenazah... biasanya tak kurang dari lima jenazah yg ada... pernah juga sehingga 15 jenazah yg mama dpt tengok....  kalau org yg meninggal dlm ihram, mereka biarkan saja jenazah tu dgn ihramnya dan lepas tu berebut org nak angkat...

waktu asar berkenalan pulak dgn jemaah pakistan..... beriya2 makcik pakistan ni ajak mama berbual... tapi sama2 tak faham.... macam kuda belang bercakap dgn zirafah kot..!!  tapi kalau tengok pada cara dia bercakap tu mcm dia nak bg tau yg dia ada sedara-mara kat Malaysia... hmmm... macam2, memang ada yg over peramah, nak bersembang tapi tak tau bahasa masing2... ada sekali tu warga Nigeria.... kami sembang guna bahasa isyarat je.... maha besar ALLAH... kat sini semua bangsa ada dan sama2 dtg atas tujuan yg sama....

ha...sebut Malaysia, kadang2 terbit juga rasa bangga bila jemaah negara lain memuji negara kita.... ada sekali tu, mama duduk sebelah gadis2 Libya dan Turki.... wah, diorang seronok jumpa mama...."Malaysia?" tanya diorang... lepas tu sorang tu cakap dlm bahasa inggeris yg kurang fasih tapi ok... katanya dia minat kat Sharifah Khasif.....naib juara Akadem al-quran tu...  "very good.." katanya lagi dan yg lain2 tu mengangguk2 setuju... wah, kembang sekejap hati mama...

  Sharifah Khasif

ISNIN 15 OKTOBER 2012

Hari ini mama dan abang ke Tanaim lagi...untk niat umrah sunat kali kedua ....ada kira2 12 org lagi yg pergi bersama kami...  kesukaran mendapatkan van menyebabkan kami terpaksa berpecah...  abang, mama, pak cik Aziz dan Makcik Salmah [bapa dan mak saudara abang juga ] pergi dgn teksi.....   hmm... terkena kami dgn pak arab sorang ni.. mulanya dia janji SR50 je satu teksi.... dlm perjalanan dia asyik merungut.. kami diam tak faham... lepas tu dia berhenti depan kedai, katanya nak beli makanan....[dlm bhs isyarat].. dia mintak duit... abang beri SR20.... lepas tu dia tak beli apa2 pun, dari mimik muka mcm dia kata makanan yg dia nak dah habis... lepas tu kami teruskan perjalanan.... baik dari Tanaim, setibanya di Masjidilharam, dia mintak duit SR50 lagi... abang beri  SR30, dia bising2.....akhirnya beri juga SR50.. makannya kami dah terkena ....sepatutnya lagi SR30 saja sbb dah beri dia SR20 masa berhenti tadi... rupanya pak arab yg sorang ni tak boleh tengok duit.. silap kami sebab pak cik aziz dan abang ada passing duit kat dlm teksi...
 

teksi Mekah

ha...kalau nak tau, teksi2 kat Mekah semuanya Toyota brand..... teksi yg mama naik tu Toyota Camry tau....teksi kat sini memang cantik2 dan besar2.... teksi Avanza pun ada..

kalau nak cerita pasal pemandunya pulak, masyaallah.... bisa copot jantungku..... kat jalan2 raya riuh dgn bunyi hon.. semua pemandu tekan hon,, masing2 nak jalan dulu..... kalau kita nak melintas jalan, dia boleh angkat tangan ,'sabar, sabar..." katanya sambil marah.... kalau ikutkan sepatutnya diorang yg kena sabar....jadi tak hairanlah kalau dlm akhbar ada disebut jalanraya yg paling bahaya adalah di Arab Saudi.....  purata 9 kemalangan maut ada setiap hari....  pernah satu malam selepas isya' mama dan abang menyaksikan sendiri kemalangan bas.... di mana seorang jemaah perempuan pakistan maut dibawah roda bas tersebut... kemalangan tu betul2 depan hotel kami....sebenarnya jalan raya tu adalah laluan kamidan ramai jemaah lain utk ke masjid..... setiap waktu solat jalan raya penuh dgn lautan manusia....tu yg kdg2 pemandu2 bas atau teksi tak sabar tu.... bila balik ke Malaysia, rasa amat bersyukur sebab pemandu2 kat Malaysia ni jauh lebih sabar dan sopan.......

jalan2 berhampiran Masjiduilharam setiap kali waktu solat.....susah kenderaan nak lalu..


Monday, December 10, 2012

Kisah Air Dan Itik

SABTU 13 OKTOBER 2012

Hari ini waktu solat zuhur, mama berpeluang sembahyang bersebelahan dengan ruang solat jenazah.  Kali ini dah masuk tiga kali mama dapat solat di sini. Tempatnya taklah luas pun, sebenarnya itu ruang laluan jemaah.  Hanya apabila sudah hampir waktu solat sahaja kami dibenarkan solat di situ sebab ianya adalah tempat lalu lalang dan di situ juga ditempatkan deretan tong2 air zam2.  Mama dapat tempat di sebelah seorang mak cik jemaah Malaysia. Bezanya cuma mak cik tu ikut pakej RAYHAR.  Raut muka mak cik tu tak ceria langsung.  Senyum mama pun tak dibalasnya. Mama berkata juga dlm hati, agaknya mak cik ni bayar pakej, mahal, mana nak layan jemaah muasasah macam mama ni....Hmm... mak cik ni menaikkan graf bengang mama dgn jemaah2 yg sama negeri dgn dia saja, yg selama ini mama perhatikan suka pentingkan diri dan mereka inilah yg selalu bertolak2 dlm lif hotel. ASTAGFIRULLAH..... ampunkan aku ya Allah kiranya aku telah melabel tetamu-Mu....

  *lautan jemaah di luar masjidilharam

 Dia bentang sejadahnya dan dr perlakuannya itu fahamlah mama yg mak cik tu tak mahu org duduk rapat dgnnya.  kemudian datang seorang jemaah Indonesia.  Dengan lembut dia minta izin mama dan makcik itu utk menumpang solat / menyelit di sebelah kami.  Maklumlah jemaah dah makin ramai, sedangkan ruang solat semakin penuh.  Kebetulan disebelah kiri mak cik tu adalah deretan tong air zam2.  Dengan angkuh dia membetul2kan sejadahnya dan kata tak muat lagi, nanti sejadahnya basah kena air.  Melihat situasi itu mama panggil jemaah Indonesia itu untuk menyelit di sebelah kanan mama.  Dia amat berterima kasih lalu memperkenalkan diri sebagai Ibu Rina dr Jogjakarta.  Selesai solat tahiyatulmasjid, kami sempat berbual2.  Katanya di Masjidilharam ini, kita tak boleh pentingkan diri.  Kalau kita mudahkan orang, Insyaallah ALLAH akan mudahkan kita.  Mama mengiyakan sahaja.

  *deretan tong air zam2 di dalam masjid.

"Ibu yg disebelah itu kan org Malaysia juga kan bu," tiba2 dia bersuara lagi.  Entah apa tujuan soalan itu, dia sahaja yg tahu.  Makcik disebelah senyap sahaja.  Tak lama kemudian azan zuhur berkumandang. Tiba2 ada seorang jemaah yg mama agak dr India datang dan terus menyelit di sebelah mak cik tu. Mak cik tu betul2 disebelah tong, sejadahnya jadi basah dan duduknya pun tak selesa tapi dia tak mampu buat apa2 sebab Imam dah mulakan solat.  Ibu Rina pandang wajah mama dan kami sama2 senyum, faham apa yg sama2 terdetik dlm hati kami..  Sebelum berpisah sempat juga Ibu Rina mempelawa mama ke Indonesia boleh mnginap di rumahnya.  Sayangnya kami sama2 tak bawa handphone atau pen dan kertas.  Tak dptlah bertukar alamat.
  
*pekerja2 masjid membawa tong yang sudah kosong

9.15 malam, ada taklimat masyaeir iaitu tentang perjalanan dan persiapan untuk ke Arafah dan Mina.   Pengurusan TH mengingatkan jemaah supaya berjimat menggunakan air di hotel tempat kami menginap.  Katanya, pengurus hotel pening kepala sebab air selalu tak ada.  Memang pun, dalam seminggu mesti ada dua atau tiga kali bekalan air terganggu.  Kalau jemaah negara lain, tak pernah pulak benda ni berlaku, lalu pihak pengurusan hotel menggelarkan jemaah Malaysia sebagai ITIK, suka main air!!!  Oh ya, di sini tak macam di Malaysia.   Setiap pagi ada lori tangki/ kontena yang akan datang ke hotel dan masukkan air ke dalam tangki bawah tanah.  Maknanya satu hari satu lori tangki.  Kalau hotel tu cepat kehabisan air, terpaksalah kontena air ni datang lagi.  Masalah berlaku bila jemaah haji dah ramai, jalan raya akan sesak, susah lori2 tu nak datang.

*lori isi air d depan hotel, waktu subuh

Cerita tentang air ni, mama memang perasan jemaah Malaysia banyak guna air.. sebab kita dah biasa dapat air banyak... kalau buka paip air tu mesti nak besar, air melimpah sedangkan air yg kecil pun dah cukup kalau setakat nak berwuduk...Kita dah biasa mandi dua atau tiga kali sehari, sedangkan di sini kita tak digalakkan kerap mandi.. itu belum bab membasuh kain lagi..  kalau gitu tak bolehlah nak marah kalau orang Arab kata kita ni itik...!!!

*pekerja2 di masjid amat cekap dan sentiasa bekerja.  Kalau mereka bertugas mengelola air zam2, susah kawasan tong tu nak basah sebab asyik kena mop..

*dalam banyak2 tong tu, cuma ada dua atau tiga sahaja air zam2 yang tak sejuk, tongnya bertulis 'not cold'. Abang selalu pesan jangan minum air yg sejuk takut batuk tapi mama 'belasah' je.... pertama air yg sejuk lebih lazat dan nikmat, kedua, kadang2 susah nak pergi dekat tong yang 'not cold' sebab kesesakan, jadi mana yg dapat jelah.. itupun bertolak, berebut, berhimpit...hmmmmm..

*ALLAH mudahkan dan makbulkan doa kita.... setiap kali masuk ke masjid, mama akan berdoa, 'Ya ALLAH ya tuhanku, bantulah aku, mudahkanlah aku, aku nak tempat solat yg dekat dgn air zam2 dan alquran ya ALLAH..., berilah aku keselesaan beribadah ya Allah,...' ALHAMDULILLAH, setiap kali solat mama dapat tempat bawah kipas, dekat dgn alquran dan air zam2...jadi, mama akan isi tiga atau empat botol air zam2, bawa balik ke hotel dan beri kat mak serta kawan2.. kira macam pembekal air zam2lah.....

Friday, December 7, 2012

sambungan.............

Assalamualaikum
Mama dah terlupa pulak nak citer ttg doa pertama di hadapan kaabah seperti yg mak cik pah pesan tu...  sebelum berangkat ke tanah suci, mama kerap berhubung dgn mak cik pah, selalu dia pesan... "ni, nanti kat depan kaabah doa banyak2... kau doa utk diri sendiri dulu.... mula2 sekali doalah mintak Allah ;lembutkan hati suami supaya dia selalu sayang kat kau..."  ha, tu dia......  mak sedara abang yg paling abang respek pesan macam tu kat mama...

jadi, itulah doa pertama mama di hadapan kaabah...  lepas tu barulah doa2 lain.... ha, kawan2, anak2, ahli keluarga semuanya mama tak lupa, Insyaallah.... dan mudah-mudahan ALLAH perkenankan...

jomlah kita sambung cerita seterusnya....

KHAMIS 11 OKTOBER
Percaya atau tidak, sejak mama tiba di tanah suci mama belum ada kekuatan utk menelefon anak2...  abang yg selalu telefon diorang..   petang tu, lepas asar, mama call yasin.... itupun yasin cakap sepatah dua, tak seperti biasa...

Abah pulak selepas seminggu kami berlepas, abah ke hospital selayang utk pembedahan batu karang...  yasin kata atuknya dah keluar hospital... tangguh lagi pembedahan pd 29 Oktober pulak..

malam tu Udin sms.. katanya barang mak yg kami pos tu dah selamat sampai, alhamdulillah...

JUMAAT 12 OKTOBER
TH mengingatkan jemaah wanita supaya mengutamakan jemaah lelaki waktu solat Jumaat nanti.. dgn kata lain, jemaah wanita tak digalakkan ke masjid utk solat jumaat..  kerana pada hari jumaat semua org tempatan pun akan ke masjid utk solat jumaat.  Jadi, ruang solat pasti penuh sesak.  Ustazah Zuhorah adakan slot khas utk jemaah wanita di dewan M.  Banyak maklumat yg diberi ustazah.  kemudian dia minta kami perbaharui niat , jgn sampai ada yg tersasar dr matlamat sebenar iaitu untuk menunaikan fardhu haji kerana Allah.

balik ke bilik, mama tengok tv siaran langsung solat jumaat dr masjidilharam...sayu dan hiba sungguh melihat lautan manusia dr kaca tv...  Khutbah yg dibaca oleh imam itu mama tak faham., tapi hati tetap sedih, sayu bila tengok imam menangis sewaktu membaca khutbahnya... 

petang itu maznah sms .  katanya dia tak sihat, batuknya kembali menyerang,  semoga dia cepat sembuh.

* Kak Timah hantar Kak Piah ke klinik TH.
*Dah dua hari mama tak nampak kelibat Kak Kamariah... rupanya dia tak sihat...