Total Pageviews

Thursday, November 22, 2012

Kembara Rohani : Catatan 2


 Rabu 26 Sept 2012 jam 6.30 ptg.  Nazar;pemandu van yg kami sewa khas utk menghantar kami ke Kelana Jaya memberhentikan vannya di R & R Seremban.  Di situ adik2 mama, Udin, Idah dan Esah serta sepupu kami Layla dr Singapore sudah menunggu dan berhenti utk solat asar.  Mama lihat mak macam tak ceria, hanya diam saja. Yang nampak excited dan sesekali 'over excited', cucu2 mak...hehe..yelah, budak2lah katakan..


 Dan mungkin KT 38 ni banyak benar kebetulannya.  Yelah, dua org sepupu abang [Kak Misah dan Kak Nor ; kedua2nya ibu tunggal], mak cik dan pakcik sebelah abah [ Pak Cik Aziz dan Mak Cik Salmah] serta mak cik dan pakcik abang sebelah aruah mak [Mak Cik Lamah dan Pak Cik Dollah] akan turut berangkat dgn KT 38 juga.  Kebetulan pula kami jumpa semuanya di R & R .

 Kemudian kami teruskan perjalanan.dan berniat utk solat jama' takhir maghrib dan isya'.  Tiba di kompleks tersebut lebih kurang 8.45 malam.  Kami bergilir ke surau kompleks utk solat.  Tak lama kemudian abang long sekeluarga sampai.  Diikuti oleh Aei, Mak Cik Pah, Mak Uda dan ramai lagilah suku sakat kami.  Betul kata pegawai2 TH, yg pergi haji sorang yg hantar satu bas!!  KT 37 bertolak jam 9.30 mlm.  Jadi ruang menunggu lapang sikit dan dapatlah kami berlonggok sekeluarga di kemah yg disediakan.  Meriah juga walau dlm hati mama penuh debaran dan sedih utk meninggalkan anak2.  Kami sama2 makan bekalan yg dibawa.  Mama tempah nasi impit dan rendang ayam kat Enab.  Idah dan Esah pulak ada bawak mee hoon goreng dan kuih2.


*Gambar mama ambil dr google suasana menunggu di kompleks kelana jaya.

Kemudian, pengumuman demi pengumuman untuk jemaah KT38 kedengaran. Lebih kurang jam 10 mlm, abang dan Ariff bergilir beratur di kaunter utk melaporkan diri.  Kami terima beg sandang dan macam2 lagi cenderahati TH.  Alhamdulillah, murah rezeki kami sejak menerima tawaran haji macam2 dah yg mama dan abang dapat  Dari excolah, YB lah, persatuan, JKK...dan orang perseorangan.  Bukan setakat kain batik, kain pelikat, kain ihram atau telekong malah matawang Arab Saudi pun kami ada terima. Mama dan abang masing2 dapat SR250 seorang.  Ribuan terima kasih kpd penyumbang dan syukur kpd Allah atas rezeki tersebut.

* ini SR50.

Tepat jam 12 malam kami diminta memakai gelang pengenalan TH, lencana dan mengisi dokumen2 penting ke dalam beg sandang.  Mama smpat berwudhu; lagi dan cepat2 pakai sarung tangan.  Maklum dlm ramai2 tu takut tersentuh tangan abang atau saudara mara.  Dah batal wudhu'.  Bukan setakat nak jaga wudhu' saja tapi nak pelihara juga takut tersalam dgn yg bukan mahram.[ sebab Aei dan pak cik2 abang 'suka' beno bersalaman ngn mama...].  betul tekaan mama sbb tak lama lepas tu Aei tarik tgn mama dan sumbatkan RM 200. 

Kemudian pengumuman kedengaran lagi minta semua jemaah bersedia masuk ke dewan menunggu utk sesi taklimat.  Bermulalah drama air mata...memang suasana ketka itu sangat mengharukan....anak2 mama pun dua tiga kali peluk kami, adik beradik kami pun sama.....paling lama abahlah...tangkap syahdu betul....kemudian masing2 berebut2 nak tolong hantar bagasi kami dgn harapan dpt masuk ke dalam......tapi hampa hanya jemaah haji saja yg dibenarkan masuk...bermulalah sesi lambai-melambai....yg mama nampak paling sedih ialah anak dara mama dan abang longnya.  Habib dan Yasin kontrol macho je...

Dalam dewan menunggu, kami dengar taklimat berupa pesanan dan nasihat dari ustaz dan pegawai TH. Kemudian doa dibacakan dan kami bergerak masuk ke bas2 yang disediakan utk ke KLIA. 
Bila bas2 mula bergerak, kami lhat pasukan polis trafik mengiringi setiap bas menjadikan laluan kami lancar saja.  Masa tu terasa betapa diri kita dimuliakan sebagai tetamu ALLAH....Subhanallah.  Air mata terharu dah menitik tengok kenderaan lain terpaksa berhenti utk beri laluan kpd kami.  Terima kasih TH dan anggota polis trafik bertugas...

Proses check in berjalan lancar dan akhirnya tepat jam 5.00 pagi kami bergerak masuk ke pesawat Saudi Airlines dan berlepas dari KLIA jam 5.30 pagi.  Kami hanya solat subuh dalam pesawat.  Jika tiada wudhu' cukuplah solat menghormati waktu dan setibanya di Madinah nanti kenalah qadha' solat tersebut.  Tapi yg mama lihat, kebanyakan jemaah tak buat pun solat tu......tak tau kenapa...sedangkan TH dah ingatkan kami..


Khamis 27 September pesawat selamat mendarat di lapangan terbang Madinah jam 9 pagi waktu Saudi.  Di situ mama lihat pemandangan yg baru, tak banyak pokok, yg ada cuma batu2 dan debu.......
 
  Namun, Alhamdulillah...selamat sampai ke Madinah bumi barakah, tanah suci tempat Nabi Muhammad saw di maqamkandan juga bumi kesayangan baginda. 

 
Insyaallah, lepas ni banyak lagi cerita2 menarik yg mama akan kongsikan.  Mama faham cerita2 tanah suci, keajaiban, dan sebagainya tentang tanah suci amat digemari . Mama sendiri ada buku2 kisah pengalaman di tanah suci.  Banyak yang boeh kita pelajari dan jadikan pengajaran serta iktibar.  Dan ada 1001 kisah yg berlaku, yg mama akan coretkan nanti....sabar ye...Insyaallah.....





Wednesday, November 21, 2012

Kembara Rohani : Catatan 1

Alhamdulilah, hari ini Rabu 21 Nov 2012 genaplah sepuluh hari mama kembali dari tanah suci.  Petang tadi sempatlah berkunjung ke Lembaga Tabung Haji Jasin daftarkan haji utk anak2.  Hmm, percaya atau tidak, tahun yg mereka dapat adalah 2055.  Bermakna usia masing2 50an.  Menurut kakitangan TH, mereka boleh buat rayuan kalau nak cepat dan kalau dah cukup duit.




Sepuluh hari.  Percaya atau tidak, malam2 mama masih lagi diulit mimpi2 tanah suci.  Setiap mimpi belum ada yg mama berada d Malaysia.  Latar tempat mimpi mama masih lagi di tanah suci.  Benarlah kata org, sekali kita berkunjung ke sana, terasa nak selalu ke sana.  Itu yg mama rasa saat ini. Baru sepuluh hari tapi mama dah merindui suasana dan 'bau' tanah suci.  Setiap kali teringat terasa menitik airmata kerinduan


Oleh sebab ingatan itu masih segar, mama rasa elok juga kalau mama buka 'rumah' ini semula dgn cerita2 dan pengalaman di sana yg bagi mama manis2 belaka.  Semoga cerita2 mama nanti mampu memberi motivasi utk semua yg membaca atau mengembalikan nostalgia manis kpd yg pernah ke sana.
 
Mungkin tak adil kalau mama tak selitkan cerita dari awal sebelum keberangkatan, kerana ada juga yg bertanya perasaan sejak dapat 'jemputan' sebagai tetamu Allah.  Ya, memang saat menrima SURAT TAWARAN MENGERJAKAN HAJI pd awal Februari 2012, mama rasa amat terharu, bangga, seronok dan macam2 lagi rasa. Mulai hari itu minda kami dan anak2 kami 'setkan' supaya sentiasa bersedia dgn sebarang kemungkinan.  Setiap Ahad, mama dan abang sibuk dgn kursus2 haji.  Kawan2 sekerja pun mama beri 'bayangan', maklum mama akan berangkat sebelum sesi persekolahan berakhir.  Sudah tentu banyak kerja sekolah dan pentadbiran yang terpaksa diambil-alih oleh mereka.  Alhamdulillah, kawan2 mama 'very supportive'.

Dua hari sebelum hari raya, mama dan abang terima gelang besi yg kami kena pakai sepanjang berada di tanah suci
  inilah rupa gelang tu.  kalau celup emas ni tentu cantik...

Lepas raya dapat pulak SJP [ surat jadual penerbangan].  Tarikh lapor diri di Kompleks Kelana Jaya adalah pada 27 Sept jam 1.30 pagi. Kemudian kena pergi ke pej TH untuk ambil beg. Banyak benda dlm beg tu termasuk kitab2, vitamin dan alat penjagaan diri sumbangan badan2 korporat.  Alhamdulillah, rezeki tu




Kebetulan seminggu sebelum tarikh bersejarah itu, pihak sekolah adakan majlis utk mama di City Bay View Melaka.  Sebenarnya jamuan tu khas utk Kak Ti yg naik pangkat GPK, jadi pihak sekolah raikan mama sekali.  Terharu jugak.  Hujung minggu itu juga, kami buat majlis doa selamat di rumah abah. Alhamdulillah ramai kawan yg datang.  Guru besar pun sudi juga dtg, Alhamdulillah. Yng lagi terharu tu bila kawan2 lama sanggup dtg dr jauh.  Notie drive dr KL, Norkh dr JB,walaupun tak datang pada hari kenduri.  Terima kasih kepada semuanya.

Cuti haji mama diluluskan.  Tapi cuti haji cuma 40 hari sedangkan mama di sana 46 hari, jadi yg 6 hari lagi tu terpaksa la cover dgn CRK [ cuti rehat khas].  CRK lak cukup2 je.  Jadi hari Rabu 26 Sept tu mama masih lagi ke sekolah cuma dptlah pelepasan balik awal dr biasa.

Sampai kerumah jam 11 pagi, mama pun kemaskini lg apa2 yg patut  Masa tu nak call sesiapa pun dah tak sempat sebab 'jiwa' agak 'kacau'...dan selepas Asar, mama dan abang diraikan lagi di surau, imam baca doa dan laungkan azan dan kira2 jam 5.00 ptg bertolaklah kami meninggalkan pekan Bemban menuju ke Kompleks Kelana Jaya.

 

Cerita akan bersambung esok, insyaallah.




Tuesday, November 20, 2012

Usikan pertama

Kecewa, terkilan, sedih..................................kenapa? Sebab memory card kamera yg kami bawa ke tanah suci dah kena virus.  Tak dpt nak tengok nak bukak  pun.  Bberapa hari selepas kepulangan kami, anak2 dah puaslah tengok gambar2 dan video dlm kamera tu. Nak jadi cerita, Ahad lepas, kami ke Shah Alam. Sepupu abang kawin.  Sebelum bertolak,  mama minta anak sulong mama copykan gambar2 tu dlm laptop ayahnya. Tiba2 ia padam...kena penangan virus laptop tu.......kena formatla pulak...bukanke kalau kita format habis semua gambar kena delete..........uwaaa...menangisle mama.
 
.......tapi harap2 lepas ni mama terjumpa org bijak pandai komputer...mungkin dia boleh buat sesuatu..
Hanif cuti, kalau tidak boleh saja mama pergi jumpa dia.

Ya Allah, moga2 adalah cara utk selamatkan gambar2 kenangan di sana.  Ingat nak kongsi gambar tu dgn semua.....banyak kenangan tu......mungkin tak sama dgn gambar2 yg kita bole saja bila2 search kat google.....

ni bukan kamera yg mama bawak tu.......ini kamera anak sulong mama.....masa dia belajar dulu, kamera ni yg dia guna....

Abang orang yg paling terkilan.  Tapi mama kata, kita ada kenangan dlm hati dlm minda yg tak akan terdelete selagi kita masih waras.... dah tak de rezeki nak cuci gambar tu, apa nak buat...

Itu pun kita masih lagi bertuah, sebab kamera kita tak kena rampas.  Sebab mama pernah dengar suatu ketika dahulu pasukan keselamatan Arab Saudi cukup 'perihatin' kalau jemaah bawa kamera.  Mesti diorang rampas terus.  Sekarang ni longgar sikit, kalau kita guna kamera depan diorang pun tak de masalah lagi.




Anggota polis Saudi depan kereta polis.



Satu pemandangan biasa di masjidilharam, anggota polis dan pasukan leselamatan bertugas memantau jemaah haji dan umrah.  Hmmm....mama masih menaruh harapan agar memory card tu boleh berfungsi dan dpat kembali gmbr2 di dlmnya....moga... Allah mudahkan....amin.  Mungkin ini adalah usik-usik nakal kamera mama tu......usikan pertama, ujian Allah untuk menduga kesabaran dan kemabruran haji kami...

Monday, November 19, 2012

selamat bertemu kembali




Alhamdulillah...barakallah......subhanallah...mama dah selamat kembali.   Insyaallah  mama akan update 'rumah' ni.......isikan dgn cerita2 menarik sepanjang mama berada di tanah suci.....oh ya, mama selamat kembali ke tanah air jam 8.30 malam Ahad 11 September lepas.  Masa tu handphone masih lg guna simcard Arab Saudi.....ada simcard Malaysia pulak tak de credit, so tak dptla nak call sapa2 sebaik tiba di klia.  Adik2 yg menjemput pun ikut jadual asal.  sepatutnya kami tiba jam 9.15 malam.  Jadi kami pulak yg kena tunggu diorang.  

Itu semua rezeki belaka.  Biasanya kita dengar flight delay dua tiga jam.  Flight yg bawa kami KT 38 ni boleh awal 45 minit pulak.  Kalau dlm jadual sepatutnya jam 7.00 pg waktu Arab Saudi kami berlepas,  Tapi takdir Allah, kami berlepas dr Jeddah jam 6.15 pagi.



Alhamdulillah, syukur semuanya selamat.  Mama selamat sampai, selamat melepas rindu kat anak2...dan sampai saat ini, hari ke lapan mama kembali, mama masih lagi di awangan....tidur malam masih lagi mimpi seolah masih di tanah suci.....soal waktu pun mama masih lagi cuba nak sesuaikan.  Iyelah waktu Malaysia lima jam lebih cepat.  Kalau kat Malaysia dah jam dua pagi, waktu Arab Saudi baru 9 malam. Jadi terkebil-kebil mama jam dua pagi, tak dpt lelapkn mata.  Percaya atau tidak, jam tangan mama masih lagi kekal dgn waktu Saudi.  Begitu juga jam di handphone.



Mungkin agak keterlaluan kalau mama katakan mama dah jatuh cinta dng kota Mekah sehingga mama keberatan utk meninggalkannya.   Saat tawaf wida' [tawaf selamat tinggal] mama tak dpt menahan air mata kesedihan.  Betul2 rasa tak nak pulang ke Malaysia. Dalam bas, saat bas melintasi kawasan masjidilharam, mama melambaikan tangan sehingga masjidilharam hilang dari pandangan...baru seminggu di Malaysia, mama dah rasa rindu utk kembali ke sana..!!!




sesungguhnya memang terlalu banyak kenangan manis di sana, termasuk di Jabal Rahmah.....nanti bila ada kelapangan, kita sambung cerita ye...Assalamualaikum.