Ceritanya mama ni betul2 teringin nak gi mana2 trip overseas. Lebih2 lagi bila selalulah tertengok, terpandang, terbaca, terdengar berita dan cerita kawan2 yang rajin update tentang trip2 mereka. Rasa seronok ada, jealous pun ada ..hihi. Niat mama cuma satu je. Kalau dapat peluang pergi mana2 trip, mama bukan nak shopping pun. Cuma nak tengok tempat orang. Almaklum, mama pun bukan orang senang. Ini pun syukur mama ada kerja yang baik,so peluang untuk menyimpan dan melabur pun ada.
Alhamdulillah. Allah beri rezeki. Ada pulak kawan yang ajak join trip ni. Alhamdulillah, rezeki pun ada, izin dari boss pun ada. Boss ikut , ok..
Seawal November 2016, mama dah serah nama mama dan big boss, bayar sekali booking fee rm500 seorang. Dua minggu kemudian, En Ramadhan send tiket melalui whatsapp, bukti yang mama dan big boss dah tersenarai dlm trip tu. Seronok tak terkata. Alhamdulillah. Syukur.
Februari 2017, kami bayar lagi balance fee rm600 lagi. Opss, ada lagi fee tambahan rm60 kalau tak silap untuk tambang bas pergi balik dari Jasin ke KLIA. Oklah tu kan. Tak payah susah2 hati cari sesiapa waris untuk hantar kitorang ke KLIA.
Mulanya big boss berat hati nak ikut. Takut2 dia sorang je kaum Adam yang join. Tapi lepas Ina kata ada lagi lelaki termasuk En Ramadhan sendiri, barulah big boss mama ikut sekali. Hai, berpeluh nak pujuk. Kalau dia tak ikut, payahlah dia nak bagi izin mama pergi.
Gambar di KLIA. Cikgu Mona dan Faizah . Yang nampak over sikit tu mamalah.
Tunggu flight. Waktu ni dah selesai solat magrib dan isyak. Alhamdulillah.
Ok. Jom kita study pulak tips yang kedua oleh Artika Hassan ni.
2. Penukaran wang
1. Tukar VND sikit je untuk pengangkutan dan makanan. Untuk penggangkutan mereka cuma terima VND dan USD. Jika tukar USD lagi rugi sebab lagi banyak mereka boleh telan duit anda. Jadi, tukar sedikit VND selebihnya RM sahaja.
* Yang ni mama untung sikit. Pengangkutan dan makanan dah masuk dalam pakej. So, tukar sikit je.
2. Membeli belah guna RM sahaja kalau guna VND lagi mudah ditipu sebab kita akan pening2 lalat dengan duitnya yang ratus ribu dan juta-juta.
*Memang betul. Pening kita dengan juta2 dong dia. Sehelai T-shirt pun harga dia 1.5 juta dong.
My Big Boss, upon arriving at Ho Chi Minh...
Mama nak kena pen off dulu. To be continued ye.
xin kam en = terima kasih