Total Pageviews

Friday, November 30, 2012

Ahlan wasahlan....


SABTU 6 OKTOBER 2012:

*Al-Olayan

ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH...Selepas lebih kurang 8 jam perjalanan, kami selamat tiba di hotel   AL-OLAYAN,   tempat kami bakal menginap selama 38 hari lagi.   Jam di tangan ketika itu menunjukkan pukul 2.00 pagi.  Petugas2 TH menasihatkan jemaah agar berehat secukupnya di bilik masing2 dan solat subuh juga di bilik sendiri.  Jam 6.00 pagi nanti barulah berkumpul di lobi utk sama2 menunaikan ibadah seterusnya dibawah bimbingan para mutawif.   Rakan2 sebilik tiba hampir sejam kemudian kerana kata mereka pemandu bas buat hal... hmmmm, macam2 tapi Alhamdulillah sejak mama menjejakkan kaki ke Madinah dan Mekah tiada sebarang masalah yg menimpa .  Semuanya di permudahkan.  Syukur.

  
 
Mutawif bawa kami ke masjidilharam.. hati ini berdebar utk menatap kaabah buat pertama kali..... sebaik kaabah berada di depan mata, hati ini sebak dan tak sedar air mata mengalir kerana hiba... terharu kerana akhirnya sampai juga mama ke sini.... suara2 talbiah dlm kumpulan kami berubah irama...semua org menangis kehibaan.... bila dikenang, sesungguhnya saat itu adalah saat2 yg indah, paling indah dlm hidup mama selama ini...

Jam 10.00 pagi kami selesai tawaf umrah.  ALHAMDULILLAH, walaupun bersesak, bertolak dan berasak dgn ratusan jemaah lain, kami selamat juga menyempurnakan ibadah itu.  Mak mula sakit2 belakang. Akhirnya bila mak tak berdaya lagi, kami upah pak Arab utk bantu mak saei  dgn  ‘wheel chair’.... kena SR100, tapi tak apalah...  petang tu mak mula demam, jadi terpaksalah mak berehat dan solat di bilik sahaja.  Kebetulan tiga orang lagi rakan sebilik pun sama, tak larat lagi nak berjalan ke masjid.  Jadi, mama seoranglah pergi ke masjid dgn abang.  Hotel ni letaknya lebih kurang 400 meter dr masjidilharam.  Nak pergi masjid seronok , tapi balik dr masjid berpeluh juga dibuatnya sebab kedudukan hotel itu di atas bukit.  Terpaksa mendaki.   Jadi, fahamlah kami kalau jemaah2 yg dah berumur atau yg ada masalah kesihatan tak dpt pergi ke masjid. 

AHAD 7 OKTOBER 2012:

Hadir ke ceramah kesihatan dan kaunseling.  Jemaah dinasihatkan supaya tidak terlalu kerap melakukan umrah sunat. Sebaliknya kami perlu menjaga kesihatan supaya dapat melakukan ibadah wukuf dan melontar nanti.
Tengahari itu bawa mak ke klinik.  Doctor nasihatkan mak supaya berehat dan minum banyak air.  Petang itu mak minta mama sms Udin supaya jaga rumah mak dan selalu jengah Kak Ngah dan anak2.  Nampaknya mak dah mula teringat-ingatkan cucu-cucunya yg di Pt Baru .  Hari2 dok sebut,  mama cuba tenang dan sabarkan hati serta minta keampunan ALLAH.

ISNIN 8 OKTOBER 2012

Ceramah oleh Ustaz Sairozi B. Hashim , meningatkan tentang bab taharah dan kaitannya dengan ibadah haji.  Banyak lagi info dan nasihat yg diberikan olehnya. 
Hari ini kami dpt ‘peluang’ baru.  Boleh basuh baju dan sidai di tingkat R iaitu tingkat 13.  ALHAMDULILLAH, dapat jimat duit dobi.  Masa di Madinah, kami tiada pilihan terpaksa hantar ked obi. Setiap sehelai SR5.
Hari ini juga mama terpaksa solat maghrib di ‘roof- top’.  SUBHANALLAH, ramai sungguh jemaah- yg dtg ke rumah-Mu.  Terimalah ibadah kami ya ALLAH.   

SELASA 9 OKTOBER 2012

6.30 pagi, kami ikut rombongan ziarah ke arafah, mina dan beberapa tempat lagi. Dapatlah melihat-lihat kawasan sekitar tempat wukuf nanti.  Di Arafah, kami berkumpul di kaki Jabal Rahmah.  Di situ sempatlah berdoa dan seterusnya mengaminkan doa mutawif selepas sesi penerangan.  Banyak unta di situ yg nampak jinak belaka tapi tiada seorang pn yg naik unta sebab dengar cerita mutawif, ramai jemaah yg ‘terkena’..  turun saja dr unta kena bayar SR700.  Mak oi,mahal tu....jadi nak lepaskan kempunan ramailah yg bergambar sebelah unta saja.
Hari ini, mama bawa mak utk solat maghrib dan isya’ di masjid.  Kami solat di ‘roof-top’ lagi.  mak nampak macam kurang selesa.  Malam itu mak demam semula mungkin sebab letih ikut ziarah ke Arafah siang tadi dan pergi pulak ke masjid solat maghrib.  Masuk dan keluar masjid pulak berhimpit dan bertolak-tolak dgn jemaah lain.  Tengahari dan malam tu mak tak lalu makan... risau juga.  Puaslah kawan2 sebilik ‘meleterkan’ mak..   

RABU 10 OKTOBER 2012
*Masjid Saidatina Aisyah di Tanaeim

Lepas makan malam,mama, abang dan 9 orang lagi jemaah [majority kawan sebilik abang], bertolak ke Tana’im untuk berniat umrah sunat.  Mak tak ikut serta sebab masih demam lagi.  kami ke sana menaiki van dengan kadar tambang SR10 seorang.  Selesai solat sunat dan berniat, kami naik van yg sama ke masjidilharam.  Di sini masing2 berpecah bersama pasangan.  Waktu tawaf malam itu, ramai sungguh jemaah.  Kami berhimpit dan bertolak-tolakan.  Terbayang situasi kalau mak ada bersama kami.  Selesai tawaf dan saei lebih kurang jam 1.30 pagi.  Selepas bergunting kami lepak sekejap did lm masjid.  Betul2 keletihan.  Ada beberapa jemaah negara lain yg tidur di situ.  Mulanya kami ingat nak tunggu sampai subuh, tapi akhirnya balik juga ke hotel lebih kurang jam 2 pagi.  

  *sentiasa sesak di kaabah

**Di Mekah, mama tak lepaskan peluang utk mencuba jus mangga dan aneka jus buah lagi yg rasanya amat sedap... betul2 rasa buah sebenar... semua jus mama dah cuba.
 **ada mangga dan strawberi, ada mangga dgn guava...
**dlm cup oren tu jus mangga, yg pink tu jus strawberi