Total Pageviews

Thursday, May 31, 2012

surat saman

hmmmmmmmmmmmm.....cuti2 sekolah banyakla dpt surat saman......setiap minggu ada saja 'majlis saman' yg nak kena attend....kadang2 tu sampai 5 rumah sehari.....tak pegi tak sedapla pulak kalau kena surat saman kawan2..hari2 jumpa, mana boleh tak datang.....

kawan mama, kak ti kata, kalau mama kawinkan anak nanti mesti tak cukup 10 kemah...............sbb ramai beno kenalan dan saudara-mara....iyelah, adik-beradik aruah mak abang je dah 10 org.....belah abah lagi.....itu belum lagi belah keluarga mama.....memang cukup ramai saudara-mara kami...anak dara mama, ina pun kata pening sbb ramai sangat nama saudara-mara yg nak kena ingat....

minggu sudah abang pan dan kak kintan kawinkan anak sulungnya, hidayah.   Minggu ni, yati dan yan pulak kawinkan anak mereka nama hidayah jugak......boleh pulak serentak majlis tu dgn majlis kawin sepupu sorang lagi, sabariah yg nak kawinkan anak kedua dia.  Kalaula badan boleh diklon, klon2 mama jela yg pegi majlis2 tu!



cakap pasal majlis kenduri kawin ni, teringat pulak zaman dulu2....dulu anak nak kawin, mak bapak sibuknya dua tiga bulan sebelum majlis.  sibuk menjemput, sibuk baiki rumah, sibuk cari kayu api, sibuk buat kuih dan macam2 sibuk lagi.  Dulu2 jugak, anak2 kalau nak kawin kena siapkan duit belanja kawin tu awal2..tak adalah nak susahkan mak ayah, pinjam duit dan sebagainya.... yg mama ingat, abang buat potongan gaji di Tabung Haji rm200 setiap bulan sejak mula kerja...bayangkan masa tu gaji cikgu mktab cuma rm435 je.....mujur dok kat ulu....tak bolehla enjoy sakan.....dgn motor pun tak de...gi mengajar pun jln kaki je....makan apa yg ada....dulu posting kat kg nelayan, selalulah dpt ikan free.

sekarang ni anak2 demand lebih......semua nak segera...padahal duit tak ada......pendek kata, semua masih ditanggung mak ayah lagi.......minggu depan ada sorang kawan nak buat majlis kawin anak lelaki sulongnya......kawan ni dah berendam air mata setiap hari..mana tidaknya, anak yg nak kawin tu baru je dua bulan kerja.....gaji pun lom dpt lagi...umur pun baru 23.....muda sangat......dengar citer, bakal menantunya yg lapan tahun lebih tua ni yg mendesak nak kawin cepat.....terpaksalah anak kawan mama tu buat pinjaman PAMA [papa dan mama]....puas dah kawan mama cuba nasihatkan anak dia, tapi biasalah org tgh mabuk cinta......siap marahkan mak dia lagi konon menghalang cinta suci dia...si ayah dah tak terkata apa.....ikut jela ..sebelum anak buat yg bukan2.....hmmm......baru kenal awek dua tiga bulan, dah nak lupa kat mak ayah yg dok tanggung dia dari kecik sampai la ni......

hai anak, bukan niat mak tu nak halang cinta suci depa..tapi mak ayah dok peringatkan yg kawin tu nampak je senang....tapi berat tanggungjwbnya......hang tu baru je nak idup, dah nak tanggung anak dara org pulak....mak ayah hang tak merasa lagi duit gaji hang tau....mak ayah hang dah banyak perabih duit masa hang belajaq dulu........ni dengaq cite, bakal isteri hang sponsor semua duit hantaran .......habih la lagu tu.....bakai kena control la hang .....[kawan mama ni asal utara tu yg mama dok cakap utara tu..hehe]...kawan mama ni dah dapat agak yg anak dia ni bakal kena control, sbb lom apa2 lg pun dah selalu ikut cakap bakal bini dia..........kebetulan dia kerja pun kat kg bakal bini dia......mama bukan nak sokong mak dia tu, tapi dah banyak kes yg jadi lagu tu...tak payah jauh, adik-beradik dan sepupu2 sendiri pun ada....harap2 anak kawan mama takla macam tu....moga dia akan selalu ingat mak ayah dia.....

Sunday, May 27, 2012

Anniversary

26 Mei lalu merupakan hari ulangtahun perkahwinan mama dan abang.  Cadang nak makan2, ajak abah, yah, ani dan suami , cah dan suami.  Abang cadang nak bawak dia org makan ikan bakar.  Tapi tertangguh disebabkan kematian anak Epi.

Satu malam selepas itu, kami teruskan plan itu.  Kebetulan Aei sekeluarga pun ada.  Kami makan di restoran ikan bakar Malim.  Hmm, boleh tahanla makanannya.  Ramai pulak org makan di situ.  Oleh sebab 'rombongan' kami ada seramai 18 org, abang order 4 ekor ikan siakap, sotong, capcai, telur dadar  dan tomyam.  Air pulak kami mintak limau dan sirap bandung guna jag.  Ikan siakap yg 4 ekor tu dimasak berlainan rasa. Seekor stim limau, sekor stim special, sekor tiga rasa dan sekor lagi sweet-sour.


Sotong yg besar2 tu goreng dgn tepung.   Sementara menunggu makanan siap, anak2 kami dah 'perhabis' dua jag air.  Terpaksa order air lagi dua jag.

.
 
Tu dia.............. sedap makan tomyam panas2.....

 telur dadarnya ada tiga piring.. Tapi berminyak pulak.  Apapun semuanya licin, kecuali kuah tomyam.
 

Hmmm..sampai rumah abah, beritahu cah pasal cuti epi.....nampaknya cah rileks sungguh.....katanya dia akan uruskan yah waktu pagi.. Alright, wait and see.....sebelum tu bila mama beritau ani, dia cuma jawab, "akak bincangla dgn cah.."  Nak bincang camana kalau org yg nak diajak berbincang memanjang tak de........Well..............................................., what to do...........

Isnin 28 Mei.  9.00 am..Kejap lagi nak ke sekolah, kelas tambahan. Mama tak bermalam di rumah abah.  Biarlah Cah uruskan yah.

Selasa 29 Mei................................ke sekolah lagi.  Lalu depan rumah abah dan nampak kusyen kena jemur kat luar......yah la tu.  Kencing awal pagi kot.  Dua tiga hari ni dia meragam saja.........asyik mengamuk dan menjerit.....   mama pulak dah tiga hari migrain..................sress fikirkan pasal epi dan yah.......................... Rasa nak lari je...........................

malang

Sabtu 26 Mei..jam 5.50 pm  Masa tu mama ada kelas tuisyen di tpt biasa.  Tiba2 abang call sampaikan berita buruk.  Anak kedua epi meninggal kerana kemalangan.  Dan abang minta mama balik rumah abah utk uruskan yah sebaik kelas tamat.  Mama minta abang call cah, malangnya cah ada urusan di Palong.  Ani yg ada di rumah abah masih tak sihat utk uruskan yah.  Tak apalah, mama 'serah diri' saja.  Yah agak meragam ketika itu.  Nasib baik dia makan pujuk. Yah dah berbau berak. Sebaik saja mama selesai mandikan yah, cah pun sampai!

Kemudian mama ikut abang ke hospital besar.  Epi ada di sana.  Rupanya Epi ada di wad kanak2 kerana cucunya yg baru 8 bulan itu cedera.  Kisahnya, anak Epi, Siti Rohani, dalam perjalanan balik dari majlis perkahwinan kawan baiknya.  Dia berdua saja dgn anak yg kecil kerana suaminya bekerja.  Mujur dia tak bawa dua org lagi anaknya tu.  Kejadian berlaku jam 3 ptg. VIVA yg dipandunya dilanggar oleh PERSONA yg cuba memotong sebuah bas. Malang sungguh... Sebaik Epi sampai di tpt kejadian, Siti Rohani dah 'tak ada'.  Masih tersepit di tempat duduk pemandu.  Epi segera cari cucunya.  Rupanya org tak tau ada baby. Mereka ingat hanya Siti Rohani saja dlm kereta yg dah 'totally lost' itu.  Epi jumpa cucunya di lantai kereta.  Mamai dan terkejut hingga tak bersuara.  Epi pangku cucunya dan ikut ambulans ke hospital.    Gambar hiasan Gambaran keadaan VIVA putih yg dipandu Siti Rohani.

Kesian sungguh mama lihat cucu Epi.  Mukanya bengkak kesan hentakan dlm kereta.  Dahi dan bibir luka.  Anak itu nampak sungguh trauma.  Cuba lelapkan mata tapi sekejap2 terkejut dan menangis.  Dia tak mau menyusu kerana selama ini hanya menyusu badan. Air mata Epi tak henti mengalir.  Malang menimpa tanpa diduga.  Bertambah beban Epi selepas ini.  Katanya mungkin dia akan jaga semua cucunya, 4 tahun, 2 tahun dan 8 bulan itu kerana tak sanggup berpisah!  Kalau benar begitu bagaimana agaknya dia akan teruskan kerja di rumah abah?  Selama ini Siti Rohani ada kerana dia kerja sebelah petang.  Aduhai, mungkin tiada 'jodoh' Epi dgn kami...Tapi, kalau Epi tak bekerja, apa pulak sumber pendapatannya.  Cucu2nya mungkin ditanggung oleh menantunya, tapi Epi ada anak2 lain yg masih bersekolah.

Dalam kesedihan, Epi mintak kami beri dia cuti dua minggu....Malang! Dua minggu ni lah cuti sekolah..!! Maknanya?  Berulang kembali nampaknya beban mama, sama macam waktu Ana buat hal dulu....

Ya ampun..!!!! Mama tiba2 teringatkan mak sendiri.  Dah lama benar rasanya mama tak balik kampung.  Kalau cuti seminggu Mac lalu mama sibuk jaga Ani, takkan cuti dua minggu ni mama akan terkorban lagi....Agaknyakan, dia org terlupa mama ada mak lagi....selama ni rasanya mama dah banyak bertolak-ansur.....Balik dari hospital malam tadi, cuba nak bincang dgn cah, malangnya, cah tak ada...pergi kenduri rumah kawan dia.....hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm........

Friday, May 18, 2012

pesan mak

bulan mei dah hampir ke penghujungnya...kalau ikutkan, epi akan balik ke Indon hujung bulan ni....kebetulan pulak hujung mei cuti sekolah....kalau betullah epi nak berhenti kerja, akan berulanglah tugas mama menjadi pembantu yah sepenuh masa......orang2 lain akan kata, mama kena jaga yah dulu sbb mama cuti.................

cukup2 lah.....mama dah beri kata dua pada cah, cari full time maid atau hantar yah ke rumah kebajikan...mulanya abang, abah dan ani pun setuju jugak..iyalah, nak buat macam mana.......abang.selalu kata dia org tak boleh paksa mama utk jaga yah.   kalau ada org gaji, legalah sikit ...abah pun boleh keluar ke kebun selalu, tak payah tunggu mama dan anak2 pulang ke rumah.



malangnya, kata cah, susah nak dapatkan maid indon sekarang.....semuanya kerana isu satu kerja RM700 yg belum lagi ada kata putus....kalau ada pun maid dari Filipina atau Myanmar...

cah kata lagi, tak sampai hati nak hantar yah ke rumah kebajikan berbayar tu....sebab aruah mak pernah pesan, jangan hantar yah ke rumah kebajikan.  macamana susah pun jaga sendiri di rumah.....

soalnya, masih relevan ke pesan mak tu?  masa mak pesan macam tu, mak tak nampak lagi masalah2 yg berlaku seperti sekarang.....mak pun tak tau kalau ani akan sakit [kanser] dan pembantu yah akan berhenti kerja...macam ana dan epi....

puas dah cah cari pengganti epi..adalah lima org yg dia jumpa, semuanya tak sanggup jaga yah...abang pun dah cuba cari..tapi rata2 org yg abang jumpa suruh abang hantar saja yah ke rumah kebajikan......kalau hantar .yah ke sana bukan bermakna kami tak sayang dia.....kita tak tau lagi macam mana keadaan yah nanti, tapi dah macam2 kerisauan dan prasangka yg timbul..... mungkin tak salah kalau mama katakan pada zaman serba mencabar ini, rumah2 kebajikan amat penting malah kadang2 layanan dan jagaan staf2nya lebih baik dari penjagaan di rumah....tinjauan mama ke rumah kebajikan mendapati semua rumah kebajikan tidak akan mengabaikan penghuni malah akan sentiasa menerima rawatan yg sepatutnya.

cah kenalah fikir dari sudut positif....cah kena tau situasi kini yg tak memungkinkan kita utk menjaga yah sepenuh masa....cah pun tau yg dia sendiri tak akan berhenti kerja kerana aruah mak pun pesan supaya dia terus bekerja., tak boleh mengharapkan wang suami sahaja.  jadi siapa lagi yg boleh diharapkan utk jaga yah? cah juga kena tau yg dia selalu pulang lewat malam......hari ahad pun cah selalu saja ada appointment dgn klien....bila mama beritahu abang, abang kata biarlah cah fikir sendiri....

terbaru, mama dengar cah akan uruskan permit epi..dia nak bayarkan hutang epi kpd bapa saudara epi sebanyak rm3600.  cah kata cah mampu bayar....[bg mama ini bukan soal mampu atau tidak dan epi mcm terasa hati bila cah kata gitu.]   kalau semuanya selesai, mungkin epi tak jadi balik Indon dan tak jadi berhenti.  Epi pulak nampak macam serba salah.  dia pernah beritau mama utk cuba cari kerja lain...mama faham dan tak memaksa dia....mama suruh dia fikir mana yg terbaik utk dirinya dan anak2.......entah kenapa mama tak gembira dn tak rasa apa2.kalau epi teruskan kerja jaga yah.....mama macam dah nekad dan pasrah, tak mau masuk campur dgn urusan abang adik-beradik...

mama beritau abang yg mama dah tak ada apa2 perasaan lagi utk yah dan abah.  mama masih lagi sanggup urus yah kerana kesiankan abang saja....mama pun tau abang serba salah, diluah mati mak, ditelan mati bapak....hari2 setiap kali terpandang yah, mama rasa tertekan .........mama tau mama tak patut rasa begitu, tapi perasaan itu datang sendiri.....abang cuma boleh suruh mama bersabar saja.....tapi sampai bila?

baru2 ini mama buat permintaan iaitu mama dan anak2 akan balik ke rumah sendiri setiap sabtu, ahad dan isnin...dan mama mintak cah uruskan makan-minum abah dan yah utk tiga hari itu....mama dah berterus-terang dgn cah ttg ketidaksanggupan mama utk ambil-alih tpt epi kalau dia betul2 berhenti kerja.....mujur cah setuju....[kerana mama rasa cah dah terikat dgn pesan mak}..dan kini dah masuk minggu ketiga mama dpt balik kerumah selama tiga hari tanpa perlu lagi fikirkan makan minum org lain.  hari2 lain pun mama dah kerap balik terus ke rumah sendiri, jam 6 ptg baru balik rumah abah....


Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU

 

selamat hari guru ku ucapkan buat semua  guru, terutamanya adik-beradik mama yg bergelar guru, abang long, udin dan esah....juga buat suami, ipar2 iaitu kak ngah, ikin dan birasku, faridah.....tak lupa nadia, anak buah yg bakal jadi guru juga....  semoga kalian terus dapat meneruskan perjuangan dgn semangat yg tinggi demi anak2 bangsa....terlupa pulak.  abang long dah pencen, tapi rasanya bekas2 anak murid dia kat IKM Jasin dan Lumut masih akan panggil abang long cikgu juga...sebab tulah org kata, gelaran cikgu ni tak akan hilang sekalipun kita dah bongkok tiga....pendeknya selagi ada umur kita, selagi itu gelaran cikgu tu kekal buat kita...

hmm, cakap pasal kerjaya guru ni.....mama dah lalui macam2 pengalaman....yg pahit yg manis, masin, kelat, payau semuanya ada......setakat ni ada empat buah sekolah yg mama pernah berkhidmat...semuanya berbeza...bukan saja warga sekolahnya berbeza, malah gaya pentadbiran pun berbeza....mula2 dulu mama posting kat SJK[C] Foon Yew Johor Bahru........masa tu tahun 1989......punyala frust dpt kat SJK[C]....betul2 terkena 'kejutan budaya' ....sekolah tu sikit punya besar, murid lebih kurang 2000 org...tapi cikgu Melayu ketika tu cuma ada 3 org termasuk mama.....sedangkan jumlah guru ada lebih kurang 80 org.  kami yg bertiga nilah g mengajar BM....dan dibantu oleh beberapa org guru berbangsa Cina. Mula2 memang tension sbb murid2 tu tak faham apa yg kita cakap dan ajar...ibarat itik bercakap dgn ayam...terpaksa la pulak terjemah dlm bahasa inggeris ..itupun tak ramai yg tau berbahasa inggeris.....akhirnya mama ambil inisiatif utk hadir ke kelas mandarin....boleh bercakap sepatah dua dan ianya sgt membantu merapatkan hubungan mama dgn murid2.....malangnya banayk perkataan yg mama dah lupa sejak tinggalkan sekolah tu pada tahun 1992...agaknya kalau mama masih mengajar di SJK[C], mama boleh fasih mandarin...

awal tahun 1992, mama ikut suami ke Tg Sedili........dari bandar besar JB, mama ke kampung di hujung tanjung....hmm banyak kenangan manis selama lima tahun di sana...kg tu  kg kelahiran Usman Awang dan Rosiah Chik.......suasana perkampungan nelayan yg mendamaikan...


di sini jugalah opsyen mama bertukar, dari cikgu kepada teacher..haha.....



dan ia berterusan shingga ke hari ini.....pengalaman manis di SK Seri Setia Jaya masih kekal diingatan.....sebelum berpindah ke Muar, guru2 ada projek mural..kebetulan mama kena bahagian tembok depan dan satu lagi di tepi jalan besar....terharu betul bila mama dapat lihat mural hasil tangan mama itu masih ada selepas mama tinggalkan sekolah tu... kalau nak citer, tak cukup muka surat ........lain kali sajalah mama citerkan....

Monday, May 7, 2012

number one for me


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed  
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
  
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
  
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
 
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
  
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
 
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me



lamanya tak balik kg jumpa mak..................!!!!!!