Total Pageviews

Thursday, April 26, 2012

teringin


Teringin


Artist: Shima
Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...
Oh.. oh.. oh...
 
teringin betul untuk ambil cuti panjang...rasa nak saja pergi jauh, jauh dari 'ksibukan' dan 'semak-samun'......teringin nak lepak sorang2 melayan perasaan....teringin juga nak keluar dari rasa bersalah, rasa resah dan rasa tidak selesa ini..................teringin betul ....betul2 fikiran, minda kini sedang terganggu sehingga mengakibatkan badan rasa lesu dan letih..semua serba tak kena......gelisah, resah.....teringin nak rasa tenang semula..........buntu!!

Tuesday, April 24, 2012

kaunseling

mama rasa mama perlukan kaunseling.  amat penting utk mengembalikan semangat mama semula.  betul, semangat mama dah hilang. yang ada cuma 'kesakitan', 'kemarahan', 'kekecewaan; dan 'kekeliruan'.  abang pun bimbang dgn emosi mama yg berubah-ubah.  betul kata orang, kena banyak sabar dengan org mcm yah.  kalau tak sabar, silap2 kita pulak lagi teruk dari dia....nauzubillah.....hmmm......yang sebenarnya hati ini sedang keliru....tercari-cari jalan keluar.......

bila mama 'jalan2' di laman maya, terjumpa blog kisah haziq.....mama kagum betul dgn ketabahan ibunya.. mama rasa mama tak mampu jadi macam dia.  tapi haziq bukan macam yah.   haziq tak ada masalah mental.  mudah-mudahan haziq akan mampu membuat ibunya bangga dgn dirinya.

dua hari lepas mama bertemu seorang ustazah, bertanyakan pendapatnya tentang perasaan mama saat ini.... betul, mama rasa tak sanggup lagi uruskan yah....tapi kadang2 rasa bersalah dan simpati pada abah mengatasi rasa tidak sanggup itu....ustazah beritahu, perasaan itu normal bagi insan biasa macam mama...lagipun mama 'org luar' , bukan adik-beradik yah....yah bukan dibawah tanggungjawab mama....dan mereka tidak boleh memaksa mama kalau mama tak mampu kerana katanya lagi, sabar itu ada hadnya.......keredhaan hati kita juga perlu ada batasnya...bukan sabar sehingga melukakan hati sendiri......bukan redha tapi menyiksa diri.......kalau niat untuk mencari pahala pun bukan sampai ditimpa bala...

terbaru, mama dengar mereka takkan hantar yah ke rumah kebajikan...yah tetap akan diurus dirumah dan mereka akan berusaha mencari org lain menggantikan epi.....ada ke? mungkin..........dan yg mama lihat, abang pun serah semuanya pada mereka, tapi abang dah beri kata dua.......tunggu dan lihat....

   
hah......tensionnya......

Sunday, April 22, 2012

keliru

pembantuku epi mintak berhenti kerja......aduhai stress lagi aku dibuatnya........setelah berbincang dgn abang, mama dah buat keputusan utk 'angkat bendera putih'........mama rasa tak mampu lagi nak bantu menguruskan yah....peristiwa tiga mlm berturut2 mama tidur jam 2 pagi amat perit rasanya..kesabaran, kekuatan dan keikhlasan mama terus hilang....terbang jauh dan mungkin sukar utk kembali..serik benar rasanya bila yah buat hal, dia buka pampersnya dan letak di dapur....puas dipujuk namun dia tak mahu kencing dan tak mahu pakai lampin pakai buangnya semula.........oleh kerana mahu mengelakkan dia kencing merata rumah dan menyiksa jiwa raga mama keesokan pagi, mama ambil kesempatan utk menguncikan dia di bilik...kebetulan saat dia mengamuk itu dia masuk ke bilik, jadi mama cepat2 kunci pintu bilik itu dari luar. ..esok paginya baru mama buka semula......................bukan sekali dua yah buat hal, malah kerap juga.....kerap juga mama memandikan dia awal pagi, seawal jam 4 - 5 pagi dan .kerap jugalah abang terpaksa mengemop lantai rumah di awal pagi itu akibat 'banjir' yg dicipta oleh yah....yah bukan baby yg kencingnya sikit...yah org dewasa, air kencingnya banyak.....
 

sejak peristiwa mama ditahan diwad tempohari, mama rasa tak mampu lagi......kalau betul epi berhenti kerja, mama hanya ada dua cadangan utk mereka fikir2kan...pertama ambil full-time maid, dan kedua hantar saja yah ke rumah yg sepatutnya....mama juga tak akan masuk campur lagi dlm masalah ini.....biarlah mereka adik-beradik saja yg membuat keputusan......kalau mereka tak setuju dgn pilihan kedua, mama akan 'offer' mereka uruskan yah....mama mintak mereka tinggal di rumah abah, jadi mama boleh 'hidup selesa' di rumah sendiri....