Total Pageviews

Tuesday, November 29, 2011

cuti-cuti, cuti?

Cuti banyak perkara cuti. Cuti sakit, cuti kerja, cuti sekolah.....................................hmmmmm  tenxion waktu cuti skolah ni.. Budak2 seronoklah, tak perlu bangun pagi, tak pelu bersiap ke sekolah, tak perlu lagi berhadapan dgn homework, ulangkaji, exam....mana tak seronok...mak2 yg dok umahlah yg tension.  Manakan tidak, kalau biasanya anak2 tak de, rumah pun sunyi dan tak berselerak.  Bila cuti sekolah, anak2 memekak, buat sepah, malas bangun pagi, belum lagi riuh rendah sbb bergaduh adik-beradik.  Cikgu2 pulak, masa cuti sekolah macam ni bukan bermakna cuti utk mereka...Ada kerja yg perlu dibereskan.  Bila2 masa saja Guru Besar atau Pengetua akan panggil ke sekolah.  Pihak Jabatan Pelajaran pulak biasanya buat kursus utk cikgu2 ni waktu cuti sekolah.  Dua minggu awal cuti sekolah kena siapkan laporan tahun semasa.  Tiga minggu sebelum sekolah bermula, dah sibuk pulak dgn macam2 program, pendaftaran murid, jualan buku, mesyuarat dan macam2 lagi.  Hakikatnya cuti sekolah bukan bermakna cikgu2 turut bercuti.

Pasal cuti jugak, mama rasa Ana dah banyak ambil kesempatan.  Kalau hujan dia tak datang.  Bukan ke cuti tu? Kalau Ani balik, pun Ana tak datang.  Cuti sekolah ni dah banyak kali juga Ana ambil cuti dgn bermacam alasan.  Mama naik pening memikirkannya.  Abang dah mula cuak dan bising.  Abang kata, potong gaji Ana tapi mama belum sampai hati.  Nak kata kami terlalu berkira ke, kedekut ke, rasanya tidak sbb sejak Ana kerja uruskan Yah, rezeki Ana cukup murah.  Saban hari ada saja buah tgn utk Ana... Kdg2 abah bagi pisang, ubi, kelapa dan macam2 lagi hasil tanaman abah.  Mama pun slalu juga bagi Ana lauk ke, kuih ke.  Setiap kali balik kg, buah tgn utk Ana tak pernah kami lupa.  Kdg2 mama order kuih kat Ana utk dibawa ke surau, dan mama selalunya bagi lebih.  Kalau kuih tu RM25, mama bayar RM30.

Minggu lepas Ana dah dua hari cuti.  Alasannya ada hal penting di Palong.  Kemudian, dia tambah sehari lagi.  Hntar sms je.  Katanya ada akikah di Alor Gajah pulak.  Serba salah dibuatnya. Semalam Ana dtg kerja tapi pagi saja.  Itupun dia 'terlupa' nak cuci kain.  Hari ni, pagi2 buta Ana hntr sms kata tak dpt dtg. Pening sekejap kepala mama. Tak bg cuti nanti takut2 Ana kata mama tak bertimbangrasa.pulak.  Atas nasihat kaunselor peribadi, mama telefon Ana, tanya apa masalh dia sbb kerap tak dtg.  Ana tak jawab pun, dia cuma kata,"adalah...." Ya Allah, mudahkanlah urusanku..!!!!!  Terima kasihlah buat kaunselor peribadi yg prihatin.......Notie.

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah

 
Ya Allah Ya Tuhanku, aku ini hamba-mu yang lemah. Kau berilah aku kekuatan dan kesabaran.  Ya Allah, aku ini hamba-mu yang hina, Kau berilah aku kemuliaan.  Ya Allah, aku ini hamba-Mu yang jahil, Kau berilah aku petunjuk dan hidayah.  Ya Allah, ampunilah aku kerana terlalu banyak meminta dari-Mu.tetapi aku tidak berdaya ya Allah......hanya kepada-Mu aku mohon pertolongan.  Ya Allah, mudahkanlah setiap urusanku, murahkanlah rezekiku, berilah aku kesihatan yang baik supaya aku mampu untuk terus beribadah kepada-Mu...Ya Allah, aku ingin berhijrah menjadi hamba-Mu yang lebih baik....Kau pimpinlah aku.....Ya Allah, Kau lindungilah aku, ahli keluargaku, guru-guruku, murid-muridku, sahabat-sahabatku daripada melakukan perkara-perkara yang tidak Engkau sukai...Amin, amin ya Rabbalalamin.....