Total Pageviews

Wednesday, May 25, 2011

ulangtahun

alhamdulillah, hari ini genap 20 tahun usia perkahwinan kami...syukur ya Illahi kerana limpah rahmat-Mu. Mungkin inilah masa yg terbaik buatku mengimbau kenangan pahit manis bersama-sama suami. Bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan sepanjang 20 tahun, tapi Alhamdulillah.....segalanya dipermudahkan. Petuanya; sering berkongsi masalah baik dalam rumhtangga atau kerjaya. Sebagai seorang isteri, syurga kita ada padanya. Oleh itu, segala hal berkaitan rumahtangga lebih baik diluah, diceritakan dan dikongsikan bersama-sama suami. Bukan kepada orang lain. Paling penting, hal rumahtangga jangan sesekali dihebohkan kepada orang lain yg kita belum tahu hati budinya. Kadang-kadang kita terlalu ambil mudah dengan hal ini. Kadang-kadang ada yang terlalu ambil kisah dengan masalah kita. Lebih bahaya jika org yg kita rasakan mengambil berat itu adalah org yg berlainan jantina. Akibatnya berlakulah salah faham, dan kadang-kadang ada pula yg mengambil kesempatan. Terhadap keluarga suami pun kita kenalah pandai ambil hati. Perlu lebih banyak bertolak-ansur. Benar kata bijak pandai, KESABARAN ITU PAHIT...TETAPI BUAHNYA AMAT MANIS...

Sunday, May 22, 2011

aurat wanita

ustazah zuriati ; telah mengingatkan para wanita supaya berhati-hati dalam berpakaian. janganlah sehingga seolah-olah meniru pakaian agama lain. contohnya, apabila tudung kita dipinkan dibhgn belakang, menampakkan seperti pakaian 'tudung' sister atau paderi wanita..subhanallah, kadang2 kita tak perasan benda ni...boleh berfesyen tetapi kena buat kajian juga..dan lagi katanya, jgn lah berlebih-lebihan dlm berhias...tanya diri kita berhias utk siapa? andainya pakaian kita itu menarik perhatian orang walaupun kita menutup aurat, kita tetap berdosa...contoh berlebihan adalah seperti manik yg sarat berkelipan dengan labuci dan sebagainya, sehingga tertarik org utk melihat kita..mungkin kita akan kata, tak salah..yg penting tutup aurat..betul, tapi tanya balik diri kita..untuk siapa? andainya kita keluar rumah, sudah tentulah menjadi tatapan orang lain...fikir2kanlah.....